FIKRAH Selamat Dilancarkan.



BismiLlahirrahmanirrahim

AlhamduliLlah, bersyukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya jua dapat kita hidup buat meneruskan perjuangan menegakkan islam yang tercinta ini. Terlebih dari itu kita terus diberikan untuk hidup di dalam nikmat iman dan islam. Setiap detik berlalu, dimatangkanNya kita. Semakin umur dititi, ilmu terus diberkati. InsyaALlah.

Tanggal 15 Apr 08 - Buletin sulung DPPWM telah selamat dilancarkan dengan jayanya. Walau tiada kompang dipalu, walau tiada gimik terhidang, tetapi kehadiran jemaah dan taulan sudah cukup untuk kita mula mewarkan bahawa DPPWM setapak lagi menjulang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu dihormat, Sdr Kamarulzaman Mohamad (ketua DPPWP) kerana sudi hadir serta melancarkan buletin ini. Penghargaan juga buat Tn Hj Azzaruddin (TYDP PAS Kaw W.Maju), sdr Mahyuddin (S/u PAS Kaw W.Maju) serta perwakilan muslimat kaw W.Maju yang sudi mampir. Dan yang terawla para sahabat mujahid DPPWM yang menjadi pencetus penerbitan buletin ini.

Nama FIKRAH buletin diberi,
tanda naluri pemuda yang tinggi,
menjadi wadah pembakar diri,
sebarang suasana sedia berbakti.

Semoga dengan kelahiran wadah suara hati dan saluran rakyat ini akan menjadi penggalak kepada sahabat sekelian untuk terus mencurah keringat memacu islam ke persada dunia.

Diharap juga dikeluaran yang mendatang , Fikrah dapat dimantapkan lagi dengan sumbangan-sumbangan buah fikiran serta tulisan yang menyentuh semangat mujahid. Akhir kalam, ana menyeru semua jemaah DPPWM supaya teruskan perjuangan. Barisan-barisan yang kosong tolong rapatkan. Jika usrah makin kita sisihkan, bimbang hanyut diterjah gelombang.

Sekian, assamualaikum wrt.

Ulasan

Catatan Popular