Faktor Barang Naik
BismiLlahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir sekelian alam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan hanya Dia Yang Maha Bijaksana.
Saban hari, dari dahulu sehingga kini, manusia diakui semakin bijak serta semakin matang dalam segala segi. Terutama sekali dalam bab putar alam.
Berkisar kepada bab harga barang naik dan terus naik ni. Dari seorang menteri ke seorang menteri, makanya tiadalah alasan lain yang diberi. Kita tiada kuasa untuk menyekat, kita tiada cara untuk menahan serta bermacam-macam tiada lagi. Kalaulah ini sahaja perkataan yang perlu dikeluarkan oleh seseorang menteri, tak perlulah belajar tinggi-tinggi. Sesiapa pun boleh menjadi wakil rakyat.
Berbalik kepada persoalan manusia semakin bijak. Apabila sudah bijak, manusia tak perlu lagi bekerja keras untuk hidup. Cukup sekadar menggunakan otak untuk mendapat keuntungan yang lebih. Bak kata pepatah Inggeris "work smart".
Mari fikirkan: Faktor utama barang naik adalah kekurangan stok, kekurangan bahan mentah serta berbagai-bagai kurang lagi. Ini juga bermakna kurang kerja.
Satu contoh. Ironinya, dahulu para petani mengerjakan ratusan ribu hektar sawah diseluruh negara untuk hasilkan padi bagi keperluan rakyat. Hasil yang banyak tetapi harganya pula rendah. Maknanya kerja lebih tapi pulangannya kurang. Harga hanya akan naik jika permintaan melebihi pengeluaran. Jadi tauke-tauke besar (orang tengah) mula berfikir.
Dari ratusan ribu hektar, kini hanya ribuan hektar sahaja dikerjakan. Jadi hasilnya pun menjadi kurang dan mereka pun mengatakan stok terhad, hasil kurang dan sebagainya. Disebabkan serba kekurangan ini, maka harganya terpaksa dinaikkan untuk mengimbangi permintaan tadi. Nah! Bukankah elok begitu, mereka bekerja sedikit tetapi mendapat pulangan yang banyak. Contoh: Jual 100kg padi, harganya RM100.00. Jual 20kg padi, harganya juga tetap RM100.00. Jadi manakah yang lebih untung? Sudah tentulah kerja yang sedikit tetapi pulangannya banyak.
Inilah yang berlaku pada setiap barangan dipasaran tempatan. Para tauke-tauke ini sentiasa berusaha untuk bekerja sedikit tetapi mendapat pulangan yang berlebihan. Para menteri pun dengan lurusnya mengatakan kita tidak boleh berbuat apa TANPA sedikit pun berusaha untuk menangani masalah ini. Jika begitu lebih baik tak perlu ada Kementerian Hal Ehwal Pengguna kerana tiada fungsinya.
Wahai pak-pak menteri! Cubalah gerakkan kembali sektor hasil bumi kita. Kurangkan import dari luar negara. Bukankah kita asalnya sebuah negara pertanian. Bukankah kita kekurangan peluang pekerjaan. Dari situlah akan terlaksananya penyuburan kembali bumi serta terbukalah peluang pekerjaan. Dalam pada itu, sekat tauke-tauke cekik darah ini dari terus menghisap darah rakyat. Mereka begitu bersenang-lenang sedangkan anda dan rakyat tertekan. Jangan biarkan mereka terus menghimpit kita dan usah benarkan mereka bermaharajalela. Hentikan penindasan ini. Teruskan berikhtiar jika tidak mahu negara ini dihimpit kebuluran dan kemiskinan pada suatu masa nanti.
Sekian sahaja, ana sekadar memberi laluan untuk kita sama fikirkan. Semoga bertemu lagi, salam ukhwah. Illaliqa'

Ulasan
Catat Ulasan