BN TIDAK LAGI RELEVAN UNTUK RAKYAT

BismiLlahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir sekelian alam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan hanya Dia Yang Maha Bijaksana.

Perjuangan sebenar sesebuah parti politik di dunia ini adalah tidak lain untuk kepentingan rakyat. Kita simpangkan dahulu perihal perjuangan untuk menegakkan agama kerana apa yang ingin ana bincangkan ini dalah sesuatu yang umum sahaja.

BUKIT MERTAJAM 23 April – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu ekoran keputusannya menerima dua jawatan utama dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan invest-Penang Berhad.

Dengan keluar parti sahaja, katanya, beliau boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.


Ulasan - Dari sini dapatkan kita rumuskan bahawa Kah Choon memang seorang pemimpin yang lebih mementingkan rakyat dari kepentingan partinya. Walaupun beliau dan partinya telah tewas pada PRU-12 lalu di Pulau Pinang, tetapi watak kepimpinan beliau dengan mudah dapat dihidu oleh Lim Guan Eng lalu menyerapkannya ke PDC dengan harapan beliau dapat terus memberikan bakti kepada rakyat. Perkara ini TIDAK AKAN dapat berlaku jika beliau masih tetap bersama BN.

KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, "Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO," katanya.

Ulasan - Selama lebih setengah abad pemerintahan BN di negara kita ini, barulah kini para pimpinan UMNO sedar bahawa tugas utama mereka adalah memperjuangkan kebajikan rakyat. Rupanya mereka telah lama terleka dan kini ingin memujuk kembali rakyat dengan janji-janji manis bermadu.

Adakah rakyat akan termakan pujuk rayu sang arjuna ini? Jika jawapannya "YA". Maka tunggulah akibatnya nanti. Mereka akan kembali "ter"lupa dan rakyat akan kembali dilupakan untuk kadar masa setengah abad sahaja lagi. Kerana ironinya, mereka hanya kini tersedar selepas kehilangan kuasa dan kepercayaan rakyat. Adakah mereka akan sedar jika rakyat masih tidak menegur atau menempelak? Jawapannya pasti tidak kerana sebelum PRU-12 mereka begitu bongkak dan angkuh. Rakyat marhaein yang memprotes akan ditangkap dan disumbatkan kepenjara. Tiada ruang untuk bersuara, tiada medan untuk unjuk rasa.

Tetapi ana percaya, rakyat kini bukan seperti rakyat yang dahulu. Bukan lagi rakyat di "saluran 1". Rakyat kini adalah mereka yang berpendidikan tinggi, yang bermaruah, yang bijak menilai serta rakyat yang berakhlak terpuji. Mereka sudah pun memandang kehadapan dan hanya akan menjadikan perkara yang kebelakang sebagai suatu sejarah dan tauladan sahaja namun untuk berpaling tidak sekali.

KUALA LUMPUR 16 April - Langkah permuafakatan parti-parti politik Melayu perlu dilakukan dengan segera dan tidak ditangguhkan terlalu lama kerana sebarang penangguhan akan hanya merugikan orang Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob pula berkata, sekarang bukan masanya untuk kaum Melayu berpecah-belah atas nama politik. "Kelangsungan Melayu sendiri kini dalam keadaan yang sukar untuk diramal, sikap berpecah-belah hanya akan merumitkan lagi keadaan," katanya.

Tambah beliau, usaha bersepadu dan tulus daripada lubuk hati perlu dimulakan oleh semua pihak agar muafakat untuk mempertahankan hak orang Melayu dapat dilakukan.

Ulasan - Selama ini, ketika tetuan melayu memerintah Tanah Melayu, apakah yang tetuan melayu lakukan untuk ketuanan melayu? Kenapa baru kini, setelah tidak lagi dipercayai, baru hendak mempertahankan hak orang melayu?

Siapa dahulu yang menjual tanah-tanah rezab orang melayu untuk dibangunkan? Siapa yang mengubah bahasa melayu dalam pengajian Matematik dan Sains? Siapa yang menghapuskan hak pusat pengajian tinggi orang melayu?

Seribu satu perkara lagi yang boleh kita kaitkan dengan ketidak relevanan BN ini kepada rakyat terutamanya melayu tetapi memadailah ana mengulaskannya sedikit. Sekadar berkongsi rasa. Segala yang Baik dari Allah SWT dan segala yang lemah sesungguhnya dari manusia terutamanya UMNO. Moga bertemu lagi, sehingga itu jagalah diri hiasi peribadi. Illalliqa'


Ulasan

Catatan Popular