Al-Fatihah Buat Pejuang Rakyat - Rustam Abdullah Sani



Penulis, aktivis dan penganalisis politik serta blogger,Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 3pagi tadi dalam usia 63 tahun.

Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un - Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali.

Semoga ALLAH tempatkan roh AlMarhum di kalangan orang Beriman dan terpilih oleh NYA.

Allahyarham merupakan seorg pejuang yang terus menerus menulis baik tulisan melalui blog mahupun dengan penerbitan buku.

Posting yang terakhir beliau didlm blognya: karya-merdeka.blogspot.com bertarikh 21 April 2008 (2 hari yg lepas) dan pelancaran dua buah buku baru beliau (26 April) oleh Anwar Ibrahim hanya menanti hari sahaja. Namun janji ALLAH terlebih dahulu menjemput beliau.

Rustam Sani adalah merupakan anak kepada pengasas Angkatan Pemuda Insaf (API) dan pejuang kemerdekaan iaitu Ahmad Boestamam.

Darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah pejuang dan beliau kembali ke Rahmatullah sebagai pejuang.

Allahyarham dijangka akan disemadikan pada hari ini selepas zohor.

Ya ALLAH, cucurilah rahmat ke atas roh Rustam Abdullah Sani. Amin.

Kami di dppwm.blogspot.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Ulasan

Catatan Popular