3 Tahap Perjuangan

Di sini ana masukkan tulisan sahabat sepejabat ana . Tulisan ini memberi penerangan bagaimana untuk memberi penjelasan kepada yang 'atas pagar' atau yang masih samar-samar dgn hubungan PAS dalam pakatan rakyat.



3 Tahap Perjuangan

SEORANG teman bertanya kepada saya apa rasionalnya Pas berkawan dengan DAP. Kerana menurut jangkaan beliau kedua belah pihak suatu hari nanti sudah tentu tidak akan dapat berkompromi lagi terhadap dasar-dasar yang saling bertentangan.

Saya mendiamkan diri sebentar seperti mencari-cari bagaimanakah untuk memulakan hujah bagi menjelaskan pendirian saya terhadap perkara ini. Memang saya ada ‘bahan’ yang hendak dikongsi bersama teman tersebut mengenai bagaimana saya melihat persoalan tersebut. Tetapi untuk menyusun dan mengolahnya kepada bahasa yang mudah difahami oleh beliau memerlukan sedikit kepakaran.

‘Begini’ kata saya memulakan bicara. Saya meletakkan 3 batang pensil berderetan di atas meja seperti susunan anak tangga. Pensil yang menjadi mata tangga pertama saya namakan sebagai ‘tahap 1’, pensil yang menjadi mata tangga kedua saya namakan sebagai ‘tahap 2’, dan pensil ketiga sebagai ‘tahap 3’.

TAHAP 1 adalah dimana tempat kita bermula dan kita berada sebelum pilihanraya, TAHAP 2 adalah ‘tahap demokrasi’ dicapai, manakala TAHAP 3 pula adalah di mana Islam itu di daulatkan.

Kata saya kepada teman tersebut Pas ikut serta bersama dengan parti-parti lain termasuk DAP walaupun berlainan ideologi adalah kerana kesemua parti-parti ini bersetuju untuk bergerak dan ...seterusnya...

Ulasan

Catatan Popular