TarakNama: Oi oi apa nie..ini bukan budaya kita ini bukan cara kita...

oleh :http://taraknama.tblog.com/

PULAU PINANG 14 Mac – Kira-kira 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai perhimpunan aman di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri ini.

Perhimpunan pada pukul 2.30 petang itu bermula di pekarangan Masjid Simpang Enam berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini

Saya kata JANGAN.. Saya kata JANGAN.. Saya PANTANG DiCABAR.. Inilah BEROK2...Saya kata JANGAN...eishhh pekak kaa depa nie..org kata jangan..jangan laa.. BEROK betullah...

Oklah aku nak tanya sikit kat BEROK2 nie...

saya ingin bertanya beberapa soalan kepada juak-juak UMNO P.Pinang yang kononnya selama ini memperjuangkan 'hak istimewa orang Melayu':

1. semenjak 1969 sudah berapa ramai Timb. KM dari kalangan org UMNO termasuklah almarhum bapa Pak Lah, berapa banyak tanah milik orang Melayu yang TIDAK TERGADAI kepada orang bukan melayu atas nama DEB?

2. Kampung Dodol, Kampung Makam, Tanjung Tokong, Batu Maung, Batu Uban pernah menjadi perkampungan besar bagi orang melayu P.Pinang, tapi hari ini datang dan lihatlah sendiri "hasil" perjuangan UMNO P.Pinang di tempat2 ini. Betapa saiz kampung yang semakin mengecil dikelilingi flat2,kondo2 yang majoritinya milik bukan melayu.Selusurilah sekitar stadium Bandaraya berhampiran Sg.Pinang dan Masjid Rawana dan lihatlah "banglo2" usang dan hampir roboh milik org melayu P.Pinang. Adakah ini hasil perjuangan selama berpuluh tahun oleh UMNO P.Pinang?.

3. Lupakah kita siapakah yang begitu laparkan tanah wakaf milik orang melayu P.Pinang sampaikan pernah diura-urakan tanah perkuburan Islam Jalan Perak pernah hendak dipindahkan ke Bkt. jambul satu masa dahulu? Sapa lagi kalau bukan UMNO P.Pinang.

4. Nasib penjaja melayu di Pulau Pinang lebih hina dari pendatang asing, salah siapa? DAP atau UMNO?

5.orang2 melayu P.Pinang dihalau secara halus dari bahagian pulau ke tanah besar spt Kulim, BM, Seberang Prai. Inikah ketuanan melayu yang UMNO agung2kan?

6. dan yang terakhir (buat masa ini), bolehkan UMNO P.Pinang beritahu pada kami rakyat P.Pinang,berapa ramai orang Melayu (bukan MAMAK!!) yang berjaya dalam bidang perniagaan berskala besar? berapa ramai jutawan melayu yang berjaya dilahirkan hasil perjuangan ketuanan melayu dan DEB di P.Pinang selama ini?

Akhir kata, cermin diri sendiri dulu sebelum nak bercakap soal ketuanan melayu dan DEB di P.Pinang. Lain kali pakai helmet sebelum dok main serbu tembok..dah la tu BEROK2 yg dok berbunyi tu sebenaqnya tembolok depa yg tak dapat di isi dah tu yg depa kalut sangat tu..baru hangpa ada akai lanie..masa hangpa dibagi kuasa hangpa leka.. skrg dah jatuh tangan orang lain hangpa terima ja lah nak balik 5 thn nanti ambik semula.. nak buat camna nasib koo lah BEROK...

Ulasan

Catatan Popular