Penangan Artis Dan Hiburan Terhadap Manusia

Bismillahir rahma nirrahim
Isnin (23 R.Awal 1429) - Petikan dari siaran langsung dari studio "Hot FM" kendalian Faizal Ismail (FBI) dan Fara Fauzana (Fafau) di TV8. Rancangan "life studio" ini adalah satu seumpamanya yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen kita di seluruh negara Hadhari ini.

Apa yang ingin dikongsikan adalah satu bual bicara FBI dan Fafau dengan seorang pendengar yang mengucapkan tahniah kepada kedua pengacara ini yang menang besar dalam Anugerah Bintang Popular pada (Ahad - 30 April 2008). Selepas mengucapkan tahniah kepada keduanya, si pemanggil sempat menyatakan dia tetap frust kerana artis kesayangan keluarganya iaitu Sara (merujuk kepada Sara Raisudin mungkin) tewas pada malam itu.

Katanya dia sendiri telah mengundi melalui SMS sebanyak RM50.00. Apabila artis tersebut tewas dia sekeluarga berasa sungguh kecewa sehinggakan anak-anaknya yang ingin kesekolah pada pagi ini (Isnin - 31 April 2008) berasa longlai dan hilang semangat. Hebat sungguh penangan artis dijiwa manusia kini.

Adakah manusia akan merasa sungguh berdosa serta bersalah jika tidak melakukan setiap perintah Allah SWT sehebat perasaan kecewa apabila keseronokan dunia ini tidak dapat mereka kecapi sesuai dengan kehendak nafsu mereka. Na'uzubillah

Ana juga menyeru kepada sahabat-sahabat, marilah kita teruskan perjuangan dengan sepenuh daya kita yang termampu. Program Ziarah Kasih adalah antara satu usaha dakwah yang dapat kita lakukan untuk menyeru manusia kearah Amal Makruf Nahi Mungkar. Insya Allah

Ulasan

Catatan Popular