MARI KITA TENGOK : permainan ini

PM Beri Amaran Kepada Lim Jangan Marakkan Ketegangan Kaum

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.
Siapakah yang selama ini yang menyemarakkan ketegangan kaum. Ingat Operasi Lalang 1987. Isu ini dimainkan oleh BN.. Di ulangi BN BNNNNN tak caya.? baca kat sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang

Lim, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru.
Lim juga berkata DEB, yang diperkenalkan pada 1971 selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, merupakan punca kepada "kronisme, rasuah dan ketidakcekapan."
Cuba cari yang bukan kroni kepada Umno & BN kat sini http://www.malaysiakini.com/news/51651

Abdullah memberitahu Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan para pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di sini, bahawa DEB yang diperkenalkan perdana menteri kedua allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, sebenarnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan ini telah memberi faedah kepada semua kaum.

"Saya ingin bertanya kepada DAP kaum manakah yang telah menjadi lebih miskin kerana DEB.
Selama ini siapakah yang menjadikan MELAYU MISKIN di Pulau Pinang. Siapakah pemerintah kerajaan negeri sebelum ini?
"Saya ingin juga memberi peringatan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya jangan menimbulkan keadaan di mana ketegangan antara kaum boleh berlaku," tegas Abdullah yang juga Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang.
Selama lebih 50 tahun Apa yang Umno dah buat untuk seimbangkan kedudukan ekonomi orang melayu di Pulau Pinang?

Beliau berkata kerajaan baru negeri Pulau Pinang tidak harus meminggirkan orang Melayu, yang merupakan kaum minoriti di Pulau Pinang dan kumpulan minoriti yang lain seperti kaum India.

"Jangan pinggirkan orang Melayu dan kumpulan minoriti seperti orang India. Saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng apakah rancangan DAP untuk membantu orang Melayu," katanya.
Selama lebih 50 tahun ini DAP kah yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang Merempat di negeri sendiri?

Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan akan tetap membela golongan berpendapatan rendah dan akan teruskan bantuan khas kepada orang Melayu.
Lepas ini kita akan saksikan TV3 suku hanya akan siarkan orang-orang selain melayu dalam slot BERSAMAMU!!!!!!!!. Kenape tak Percaya????

Ulasan

Catatan Popular