Kenyataan Akhbar Bersama oleh 10 Ahli Parlimen Pembangkang di Kuala Lumpur:

10 Ahli Parlimen pembangkang telah bertemu di Hotel Federal semalam. Resolusi di bawah telah dipersetujui sebulat suara.

  1. Dari permerhatian kita iaitu 10 Ahli Parlimen pembangkang di Kuala Lumpur, didapati bahawa 2 bulan sebelum PRU 12, DBKL amat bertolak-ansur/prihatin semasa mengambil tindakan terhadap penjaja, peniaga kecil, penyewa tapak DBKL dan sebagainya.
  2. Kita mendapat sebaik sahaja selepas PRU 12 yang menunjukkan penolakan yang terang-terangan oleh warga KL terhadap BN dimana BN menunjukkan prestasi yang amat teruk, DBKL terus 'turun padang' untuk menganiaya/menghukum penjaja, peniaga kecil dan juga mengugut untuk menghukum penyewa tapak DBKL di kawasan Parlimen yang dimenangi pihak pembangkang.
  3. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan DBKL yang melibatkan diri dalam politik secara terancang untuk menganiaya/menghukum penjaja, peniaga kecil dan penyewa tapak DBKL yang cuma menggunakan hak demokratik mereka dalam PRU 12 untik memilih 10 Ahli Parlimen pembangkang.
  4. Kita menyeru Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya menghentikan tindakan yang bermotifkan politik ini serta-merta dan tidak lagi menganiaya/menghukum penjaja, peniaga kecil dan penyewa tapak DBKL. Pemilihan Ahli Perlimen adalah hak demokratik mereka.

Tarikh 26th March 2008

Ditandatangani oleh :

YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

YB Dr Tan Seng Giaw
Ahli Parlimen Kepong

YB Tian Chua
Ahli Parlimen Batu

YB Wee Choo Keong
Ahli Parlimen Wangsa Maju

YB Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

YB Theresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

YB Tan Kok Wai
Ahli Parlimen Cheras

YB Fong Kui Lun
Ahli Parlimen Bukit Bintang

YB Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Segambut

Ulasan

Catatan Popular