Buletin Pemuda Bakal Diterbitkan

Bismillahi rahma nirahhim,
Assalamualaikum sahabat-sahabat yg dirahmati Allah SWT sekelian.
Buat julung kalinya ana melakar kata pembuka bicara di ruangan blog kesayangan kita ini. Adapun sebenarnya, ana sengaja ingin membiasakan kembali tarian jemari di papan kekunci ini yang telah agak lama ana tinggalkan. Ye lah, semenjak bergelar pereka rambut ini, jemari ana lebih kerap menarikan tango (rentak yang serupa saban hari) daripada tarian tradisional yang memerlukan lenggok yang berbagai mengikut alunan muzik semasa. Semoga lakaran ana ini tidak lama kekoknya serta dapat cepat diperbaiki.

Selain itu, yang lebih penting dan terutama ana dan barisan exco penerangan yang baru (memangku tugas) ingin memaklumkan tentang bakal kelahiran buletin DPPWM tidak berapa lama lagi. Kekerapan keluaran adalah sekitar 4 bulan sekali dan keluaran sulung bakal menemui semua, insyaAllah pada 15 hb April 2008 ini. Tungguuuuuuu.........

Kami juga ingin mengalu-alukan para sahabat yang berminat untuk menghantar sebarang bentuk tulisan kepada Lujnah Penerangan untuk dimuatkan ke dalam buletin itu nanti. Namun perlu diingat bahawa setiap karya akan ditapis terlebih dahulu serta mengikut giliran 'first-come-first-serve' sebelum diterbitkan. Proses 'editing' juga untuk memastikan ianya bertepatan dengan kehendak perjuangan islam.

Sekadar itu, terima kasih kami ucapkan kepada sahabat-sahabat sekelian kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk memikul tugas ini. Walaupun berat tetapi kami bertekat untuk melaksanakan amanah ini sebaik serta seikhlas mungkin.
Insya ALLAH

Ulasan

Catatan Popular