Harakahdaily, Tranungkite kalah pusingan pertama?

Oleh Pak Tam Mat
Apakah kita sudah kalah pada pusingan pertama ini? Ya, saya dapati pertempuran dalam dunia siber tidak semudah yang kita sangkakan. Meskipun Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) tidak mensyaratkan laman-laman web mesti mendapat permit terlebih dahulu seperti bahan bercetak lainnya, namun halangan yang menunggu rupanya lebih perit.

Sebaik sahaja Parlimen dan Dun dibubarkan, pihak Umno sudah melancarkan komplot yang dirancang sekian lama untuk menjahanamkan laman-laman alternatif yang dikunjungi oleh begitu ramai rakyat Malaysia, seperti laman harakahdaily, selain tranungkite.net.

Mungkin pelbagai kaedah diguna oleh kumpulan penggodam itu sehingga pengunjung begitu sukar untuk akses laman-laman yang menyediakan maklumat alternatif itu. Malah laman detikdaily.net pun tidak dapat dilayari lagi.
Saya cuma membayangkan bahawa ia berlaku belumpun kempen secara rasmi dilancarkan. Cuba kita fikirkan apakah yang akan dilakukan oleh jentera Umno ini bagi menggagalkan fungsi harakahdaily selepas hari hari penamaan calon 24 Februari nanti?
Mampukah harakahdaily menghadapi asakan berterusan dan tidak mengulangi suasana kempen 2004 apabila laman ini begitu sukar untuk diakses terutama lima hari sebelum mengundi?

Saya hanya mohon kepada pengendali laman harakahdaily dan laman-laman alternatif lain agar melakukan persiapan sebaik mungkin, dengan pelbagai alternatif atau jalan keluar jika penggodam Umno itu berjaya menyebabkan laman popular ini "dimusnahkan".

Ulasan

Catatan Popular