Idris: Terengganu makmur kini berbanding era PAS...(betoi kaa deris..?)

Idris: Terengganu makmur kini berbanding era PAS
09-01-2008 04:46:31 PM
KUALA TERENGGANU: Beberapa faktor telah membuktikan bahawa kehidupan rakyat Terengganu kini semakin selesa dan makmur berbanding beberapa tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Tanpa memberikan angkanya, beliau berkata kadar kemiskinan di negeri ini juga telah mencatatkan penurunan.

Beliau berkata antara faktor yang menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat Terengganu bertambah baik ialah kuasa beli rakyat yang semakin meningkat berdasarkan kepada peningkatan jualan kenderaan dan juga barangan di kedai dan pasar raya.

Sementara Suruhanjaya Syarikat Malaysia melaporkan sebanyak 432 syarikat didaftarkan sepanjang tahun lepas berbanding 346 pada 2006 manakala sebanyak 7,090 premis perniagaan didaftarkan pada tahun 2007 berbanding 5,872 pada tahun sebelumnya, katanya.

"Derma di masjid-masjid bertambah hingga tiga, empat kali ganda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Idris berkata kerajaan negeri juga akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menggunakan sistem komputer berpusat bagi keselesaan orang ramai.

"Jadi dengan faktor-faktor itu, kita yakin kadar kemiskinan rakyat Terengganu telah menurun dan kini kehidupan rakyat bertambah baik di bawah pemerintahan kerajaan sekarang berbanding empat tahun lepas," katanya. BERNAMA

TARAKNAMA : Setakat nie aja otak deris fikirkan..main cakap jaa last bila tanya data dan fakta tak beri laa plak..deris oo deris...

Ulasan

Catatan Popular