'Zam hanya belajar mengira sampai angka 4,000 sahaja'
KANGAR, 15 Nov (Hrkh)-
Dewan Pemuda PAS Perlis hari ini mencabar kesahihan kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin yang menyatakan hanya 4,000 orang menyertai himpunan rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
"Secara realitinya, jumlah tersebut hanyalah sebahagian sahaja dari jumlah keseluruhan peserta himpunan yang berada di sekitar kawasan Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak.
"Itu belum di kira yang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Masjid India. Tempat lain tak payah kiralah, lagi ramai," kata Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Beliau mencabar siapa sahaja termasuk Zainuddin sendiri untuk menghimpunkan orang ramai untuk hanya memenuhi halaman Masjid Jamek Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya dan dikira jumlahnya.
"Kalau berani, bawa orang ramai ke sana dan hitung berapa ramai orang yang ada. Mungkin selama ini dia hanya belajar mengira sampai angka 4,000 sahaja," ujarnya.
Menurutnya Y'akub, sebagai seorang menteri Zainuddin tidak sepatutnya memberikan kenyataan sedemikian yang jelas tidak bertepatan dengan keadaan sebenarnya yang berlaku.
"Mengapa perlu berbohong dan hidup dalam penafian? Apa yang dia takutkan? Rakyat sekarang sudah celik maklumat dan penafian sebegini amat memalukan apatah beliau memegang portfolio Penerangan.
"Inilah caranya pimpinan negara yang diterajui Umno-BN, sentiasa bertindak mengelirukan rakyat demi kepentingan sempit politik mereka," tegasnya.
Selain itu menurutnya, kenyataan Zainuddin ketika soalan wakil stesen tv Al-Jazeera baru-baru amat memalukan imej negara di mata dunia.
"Mengapa perlu bebal dan beremosi? Inilah gambaran perwatakan seorang menteri kabinet Malaysia. Sudah sampai masanya negara ini untuk menukar Menteri Penerangan," ujarnya.
Wakil media antarabangsa melaporkan kehadiran orang ramai ke perhimpunan itu melebihi 100,000 dan ini menepati target yang dikehendaki pihak penganjur. Malah, jika turut diambil kira mereka yang gagal ke lokasi berikutan sekatan jalan raya oleh pihak polis hingga mengakibatkan laluan utama ke Kuala Lumpur "tertutup", angka kehadiran mungkin berlipat kali ganda.
Ketua Polis Negara memberi perakuan bahawa lebih 4,000 anggota keselamatan dikerah untuk menggagalkan perhimpunan rakyat itu.

Ulasan
Catat Ulasan