Salahuddin Desak Pesuruhjaya Suhakam Letak Jawatan
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak agar Pesuruhjaya Suhakam, Dato’ N. Siva Subramaniam meletakkan jawatan daripada suruhanjaya tersebut berikutan kenyataannya bahawa polis tidak menggunakan kekerasan dalam perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 November lalu.
Dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (foto) melahirkan kekecewaan kerana sebelum ini, Suhakam dalam laporan inkuiri awam berhubung tragedi ‘Bloody Sunday’ juga menyokong perhimpunan aman seta mengharapkan pihak polis menghapuskan permohonan permit untuk berhimpun.
“Kenyataan Siva itu telah menghakis kepercayaan kami kepada Suhakam, sedangkan badan ini dikatakan bertanggungjawab membela hak asasi manusia.“Kami mengharapkan Suhakam tidak mengikis kepercayaan rakyat dengan pendirian seperti yang ditunjukkan Siva itu. Sedangkan dalam perhimpunan tersebut ada antara peserta yang cedera parah akibat kekasaran pihak polis,”katanya.Selain Yap Swee Seng dan Salahuddin, sidang media tersebut dihadiri oleh beberapa orang jawatan kuasa Bersih yang lain antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Teresa Kok,Maria Chin Abdullah dan Khai Loon.
Salahuddin turut menjelaskan, surat jawapan daripada Yang di-Pertuan Agung yang dihantar kepada Bersih yang menyatakan akan menerima memorandum tersebut menunjukkan bahawa baginda bersedia mendengar tuntutan Bersih terhadap empat perkara ke arah pilihan raya adil dan bersih.Dalam sidang akhbar itu juga, jawatankuasa Bersih menunjukkan surat jawapan daripada Yang di-Pertuan Agung sebagaimana yang diminta oleh para wartawan.
“Jika tuntutan ini sebagai tuntutan yang tidak penting dan remeh, kenapa baginda bersedia untuk menerima penyerahan memorandum kami. Dan pada 10 haribulan itu juga setiausaha sulit baginda menerima memorandum tersebut.“Ini bermakna baginda amat prihatin dengan tuntutan rakyat dan bukan soal mengheret baginda dalam kancah politik,” tegas Salahuddin.
Sementara itu Salahuddin yang ditemui sejurus sidang akhbar memberi isyarat yang jelas kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya melihat perhimpunan 100,000 orang ini sebagai kebanjiran bantahan rakyat dan tidak menjadikan SPR sebagai bilik gerakan BN.Jelasnya, Abdul Rashid harus belajar daripada perhimpunan tersebut dan melihat sebagai protes rakyat yang terbesar di negara kita.Salahuddin juga tidak menolak kemungkinan Bersih akan mengadakan perhimpunan yang lebih besar sekiranya pihak SPR dan kakitangannya menjadikan SPR sebagai bilik gerakan BN.Dalam sidang media itu juga, Bersih menggalakkan semua rakyat memakai pakaian berwarna kuning pada setiap hari Sabtu. Bersih turut mengumumkan penyertaan Parti Pasok Sabah ke dalam Bersih menjadikan enam buah parti politik yang menyertai pertubuhan tersebut.
Sementara itu, Jawatankuasa Bersih, Yap Swee Seng menegaskan kenyataan Siva itu amat memeranjatkan kerana dilihat bertentangan dengan mandat Suhakam untuk membela hak asasi manusia.Malahan katanya dilihat berbeza dengan kenyataannya selama ini berhubung beberapa insiden kekejaman polis yang berlaku.Jelas Pengarah Eksekutif Suaram ini, laporan daripada media antarabangsa mengenai perhimpunan tersebut secara langsung jelas menunjukkan kekejaman yang dilakukan polis.Beliau melahirkan kekesalan bagaimana Siva menyatakan tiada kekejaman yang berlaku pada hari tersebut.

PERLIS MEMBUKA PINTU PERBINCANGAN
BalasPadamSaya mengharapkan agar pihak PAS dapat menghantar wakil untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perlis berkenaan demonstrsi dan Negara Islam.