Membaca isyarat 30,000 Hindu meluahkan rasa

Posted by: raja petra
“Kita adalah orang yang terpaksa bekerja kuat untuk hidup. Kita tidak bekerja di pejabat berhawa dingin seperti orang KL. Kita bekerja di bawah panas matahari dan hujan. Kita tahan lasak. Biarlah mereka memukul kami dengan apa saja. Kita sedia menghadapinya," kata Raman, seorang pemandu bas dari Batang Berjuntai, Selangor. Oleh K KabilanDetik Daily


"Mari tunggu dan lihat 'kuasa rakyat'," itulah reaksi Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy sejurus selepas beliau dan dua lagi pemimpin utama Hindraf ditahan, 48 jam sebelum berlangsungnya perhimpunan anjuran Hindraf di ibunegara.

Dan pada hari Ahad, kira-kira 30,000 rakyat dari seluruh negara - hampir kesemuanya dari kalangan masyarakat India - turun berduyun-duyun untuk menyertai perhimpunan tersebut. Waythamoorthy dan abangnya Uthayakumar merupakan penggerak utama Hindraf.

Selain menjadi orang pertama yang hadir mempertahankan hak masyarakat India, mereka juga mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk mengingatkan kaum India mengenai hak mereka.

Dalam proses tersebut, Hindraf telah menyedarkan mereka, dan ini terbukti daripada jumlah mereka yang menyertai perhimpunan semalam dan ribuan lagi yang dihalang oleh pihak polis daripada memasuki Kuala Lumpur.Dan hero sebenarnya, adalah rakyat yang menyertai perhimpunan semalam. Mereka marah dengan layanan terhadap masyarakat India di Malaysia. Mereka kecewa kerana dilayan seperti rakyat kelas ketiga di negara mereka sendiri.dipetik dari

http://www.malaysia-today.net/

Ulasan

Catatan Popular