3 Okt 2007

BANK ISLAM:RE-BRANDING YANG MENGHINA ???
chedet3 Okt 2007 0 Komentar

OleH:razlynn oakwood . razlynn_76@hotmail.com

Pada pandangan saya tidak salah untuk menjenama semula, tetapi biarlah sesuai dengan sesebuah institusi. Saya juga berpendapat, adalah tidak wajar untuk tulisan jawi dihapuskan dari logo lama Bank Islam.

Alasan yang diberikan bahawa tulisan jawi itu tidak global adalah terlalu dangkal. Kenapakah Overseas Chinese Bank Corporation (OCBC) masih mengekalkan tulisan jawi pada logo mereka, walhal pemegang saham mereka majoritinya bukanlah dari kalangan orang Islam.

Berkenaan dengan tulisan jawi tersebut, ianya tidaklah menyedihkan saya sangat berbanding dengan tulisan pada logo barunya. Jika diperhatikan tulisan logo baru Bank Islam, huruf "K" berbentuk bulan sabit dan diwarnakan merah. Tulisan lain ditulis dengan huruf besar yang berwarna hitam berlatar belakang putih.

Jika dilihat dari jauh, huruf "K" itu langsung tidak terang; yang terang adalah "BAN ISLAM". Apakah yang dimaksudkan dengan "BAN ISLAM"? Bukankah bermaksud "Haramkan Islam"? Adakah ini yang ingin dipromosikan oleh Bank Islam? Siapakah perunding imej yang terlibat dalam projek penjenamaan semula bank Islam ini? Apakah ada agenda tersembunyi di sebalik penjenamaan semula itu?

Kalau dulu sewaktu Petronas menukar logonya, pihak tertentu telah melenting kononnya logo itu mirip lambang PAS. Tetapi bila melibatkan Islam, tiada apa apa komen pun keluar dari mereka. Tidakkah kita sensitif dengan agama kita?

Bagi saya, bertolak ansur tidak menjadi suatu kesalahan, tapi saya takut nanti kerana terlalu bertolak ansur menyebabkan Islam beransur-ansur ditolak. Hingga akhirnya Islam itu tumbang. Adakah diri kita tidak sensitif bila sesuatu yang melibatkan Islam?

Pada pendapat saya, kita mesti melakukan sesuatu supaya logo Bank Islam itu ditukar. Sekiranya logo Petronas boleh diubah atas alasan menyerupai logo PAS, tidakkah logo ini juga boleh diubah atas alasan menghina Islam.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.