Selepas Suwandi terlepas peluang jadi syuhada demokrasi
Oleh Ahmad Lutfi Othman (artikel penuh boleh diperolehi dari http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3784&mode=&order=0&thold=0)
TRAGEDI berdarah di Batu Burok, Terengganu, 8 September lalu - selain diingati kerana tembakan peluru hidup oleh anggota polis sehingga hampir menyebabkan kematian seorang peserta demonstrasi - dilihat secara songsang oleh banyak pihak apabila media mengeksploitasikannya bagi memburuk-burukkan PAS, yang semakin berkemampuan mencipta kejutan di negeri ini, sekali gus menafikan ego BN dalam pilihan raya akan datang.
Memandangkan Terengganu, sejak pilihan raya pertama selepas merdeka, menyaksikan saingan sengit antara PAS dan Umno, maka insiden berkenaan terus menjadi bahan polemik yang cukup menarik. Ia tidak dapat lari daripada ditanggap dengan pelbagai persepsi, bermula dari debat kedai kopi hingga ke sidang Parlimen, manakala RTM tanpa silu memainkan lagu lama propaganda menterinya, Zam dan PAS pula menjadikan isu ini sebagai bahan utama untuk menarik lebih ramai audien ke pentas ceramahnya.
Orang ramai malam itu datang untuk mendengar penjelasan tentang tuntutan pilihan raya adil dan bebas. Program sama, anjuran Bersih itu sudah diadakan di seluruh negara, dan mendapat sambutan memberangsangkan, namun tidak pernah menimbulkan reaksi yang menggugat keselamatan. Ia berbentuk pendidikan politik bagi mematangkan kesedaran rakyat kepada ciri-ciri negara demokratik dan sistem pilihan raya yang sepatutnya diamalkan.
Mereka, yang sebahagian besarnya berkain pelikat, bukan datang untuk berdemonstrasi, tapi mahu mendengar ceramah Mat Sabu, Dato' Mustafa Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Leong Ngah Ngah, satu rutin malam minggu bukan hanya di Terengganu, malah di seluruh negara.
Suasana tegang hanya berlaku selepas pihak polis, di saat-saat akhir, tidak membenarkan majlis ceramah diadakan di sebuah premis persendirian, yang selama ini kerap menjadi tuan rumah program seumpama itu, termasuk membabitkan pemimpin kanan pembangkang semasa era reformasi, seperti Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Malah saya yakin jika polis tidak memberi izin pun, tanpa sebarang provokasi jahat, orang ramai yang memenuhi kawasan berkenaan dapat bersurai dengan baik. Pemimpin PAS dan penyokongnya begitu berpengalaman menghadapi situasi sedemikian.
Menarik juga ungkapan Dato' Husam Musa: "Buruk sangatkah kesan perhimpunan di Batu Buruk itu sehingga tidak ada toleransi boleh ditimbangkan? Berapa banyak perhimpunan serupa di seluruh negara berjalan dengan aman? Apa istimewanya polis Terengganu untuk tidak mengambil sikap seperti rakan polisnya di seluruh Negara? Jika hanya 500 hingga 750 orang sahaja pendengar yang hadir, apa sangat yang perlu dirisaukan oleh polis? Apa perlunya polis meruntuhkan pentas tempat ceramah itu dijadual diadakan dan tidakkah itu boleh dikira di luar bidang tugas polis?"
Saya dimaklumkan peristiwa malang itu pada jam 11 malam, melalui SMS ketika dalam perjalanan pulang dari majlis kahwin cucu Pak Said Zahari di Subang Jaya. Saya cuba hubungi teman-teman di KT, tetapi tiada respons. Saya langsung tidak menyangka seorang daripadanya sudahpun ditangkap kerana dilihat cuba merakamkan aksi-aksi "keganasan" polis. Esoknya, Ahad, saya terlantar, pening kepala mungkin dek terlebih makan kuzi kambing.
Pagi itu, banyak panggilan dan SMS tidak terbalas. Menyedari harakahdaily tidak dikemaskinikan, saya gagahi juga ke pejabat menulis pandangan awal, sambil menekankan suasana aman-tenteram negara banyak disumbangkan oleh sikap terbuka pembangkang menerima kekalahan, walaupun menyedari pemerintah sering menang pilihan raya secara penipuan, manipulasi, rasuah dan tipu-helah. Di negara lain, jika pilihan raya pincang, apatah lagi kalau SPR memihak, aktivis oposisi bangun mencabar sehingga jalan raya kerap merah dengan darah, namun di Malaysia, parti-parti pembangkang berkepala dingin reda dengan apa jua keputusan.
Perlu ditekankan bahawa tragedi berdarah di Batu Burok ini berpunca daripada majlis ceramah anjuran Bersih, bukannya tajaan PAS atau KeADILan. Ingat Bersih, ingat tuntutan demokrasi. Dan ia mengimbau tulisan saya, Jun 2006, bertajuk "Syuhada demokrasi dan budaya kagum".
Penutup artikel itu berbunyi: "Isu pemerkosaan terhadap demokrasi kerap diulang tayang, namun jalan keluar masih dilingkari kekeliruan dan keserabutan. Apa lagi tiada keazaman politik yang tinggi untuk merubah. Memang segalanya serba sukar. Meragut kebebasan dan hak yang hilang perlu stamina berterusan, di samping arif benar pelbagai kaedah untuk merebutnya kembali. Atau apakah kita memerlukan pengorbanan syuhada atas perjuangan memulihkan demokrasi ini sebelum satu lonjakan baru tercapai?"
Ya, perlukah kita menanti seorang syuhada demokrasi selepas Suwandi Abdul Ghani, 38, terlepas peluang itu!

Ulasan
Catat Ulasan