Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketua Polis Negara (KPN) Perlu Letak Jawatan Segera !
Oleh Mohd Ezli Mashut (LL.B Hons) - Laman M@RHAEN
--------------------------------------------------------------------------------
Insiden ‘rusuhan polis’ dalam menyuraikan perhimpunan politik terbaru pada 9 September di Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud Terengganu membawa satu lagi episod hitam yang memberikan implikasi negatif terhadap integriti, kredibiliti dan professionalisme pasukan polis. Apakah kewajaran pihak polis pencegah rusuhan dengan menimbulkan suasana ‘huru-hara’ dalam menyuraikan perhimpunan ceramah politik yang memerlukan polis pencegah rusuhan bertindak keras dan diluar batas kemanusiaan.
Malahan dilaporkan juga penggunaan peluru hidup dalam usaha menyuraikan perhimpunan ini perlu membawa kepada suatu siasatan rasmi dan terperinci. Alasan membela diri yang didakwa pihak polis memerlukan satu justifikasi undang-undang apakah kewajarannya pihak polis yang lengkap bersenjata perlu menggunakannya ketika berhadapan dengan rakyat Malaysia yang tidak bersenjata. Perlu diperingatkan kita baru sahaja merayakan kemerdekaan negara ke-50 dan bukan dalam suasana darurat atau menghadapi ancaman pengganas komunis.
Adalah ditegaskan di sini setelah beberapa insiden memalukan pasukan polis seperti :
Pembunuhan kejam warga Mongolia dengan C4 oleh UTK.
Insiden anggota polis membelasah warga Indonesia yang merenggangkan hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Jakarta.
Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara yang mengatakan 40 peratus anggota polis boleh disabitkan dengan dakwaan rasuah.
Penutupan kes rasuah Ketua Polis Negara dan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang dipersoalkan sehingga kini.
Ada lagi tetapi sekadar catatan ringkas sahaja.
Episod hitam di atas telah mencalarkan imej negara malahan orang yang dipertanggungjawabkan menjaga pasukan polis kini dipersoalkan. Kita percaya dan yakin kepada kewibawaan pasukan polis malahan pasukan polis telah banyak menyumbang dan berkorban untuk kesejahteraan negara.
Sebagai seorang warganegara Malaysia kita menyuarakan ketidakpuashatian kerana terdapat segelintir pemimpin parti pemerintah terus menerus
mempergunakan pasukan polis untuk kepentingan politik mereka kini setelah melihat arus perubahan masyarakat semakin bertiup kencang ke arah perubahan pada pilihanraya ke-12 kelak. Malahan kita juga cukup yakin bahawa majoriti anggota pasukan polis tidak mahu dipergunakan sebagai alat untuk mengekalkan pimpinan negara yang rasuah dan zalim.
Kita juga masih mempersoalkan fungsi sebenar pasukan cawangan khas polis atau ‘Special Branch’ dalam hal ehwal negara. Terdapat juga ‘cakap-cakap orang ramai’ bahawa di sebalik sesuatu kejadian dalam perhimpunan aman di cemari dengan tindakan provokasi oleh pasukan ini yang berpakaian orang awam dan melakukan aksi-aksi yang boleh membawa suasana aman menjadi kacau bilau.
Malahan di akhbar juga ada memaparkan aksi gambar seorang perusuh sedang membakar jalur gemilang. Kita juga mempersoalkan ketulenan gambar ini apakah benar ianya tindakan orang awam atau agen-agen khas yang dilatih polis atau orang upahan daripada parti pemerintah untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dalam sesuatu perhimpunan aman rakyat di Malaysia yang diadakan oleh parti pembangkang. Senario ini sering berlaku ketika mana perhimpunan aman ketika era reformasi dahulu.
Justeru itu satu rombakan besar-besaran di peringkat atasan perlu dilaksanakan segera. Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara perlu meletak jawatan segera. Satu Tribunal yang mendapat mandat terus daripada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) perlu dilakukan. Malahan yang terpenting adalah tindakan selepas ini bukan kita perlu gah dengan wujudnya suruhanjaya dan tribunal tetapi apabila tamat siasatan tiada tindakan dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu juga memohon perkenan YDPA supaya memandang isu ini sebagai insiden yang perlu perhatian khusus Majlis Raja Raja untuk mengembalikan kembali keyakinan rakyat terhadap pasukan polis. Jika ianya tidak ditangani segera ia akan menjejaskan iklim ekonomi dan pelaburan asing di Malaysia kerana ketenteraman negara dipersoalkan.
Kenyataan Tun Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara yang lama berkhidmat baru-baru ini juga mengundang banyak polemik dan persoalan
integriti pasukan polis. Kita menyatakan pendirian ini kerana kasihnya kita kepada pasukan polis yang majoritinya mempunyai kredibiliti yang tinggi dan mahu menyelamatkan pasukan polis daripada imej negatif kepada masyarakat.
Di samping itu juga kita mendesak pasukan polis sempena Malaysia mencapai kemerdekaan ke-50 menunjukkan usia matang dalam menangani persoalan politik. Pasukan polis perlu bertindak adil kepada semua parti politik di Malaysia. Mereka perlu memahami kini negara di ambang pilihanraya ke-12 bila-bila masa sahaja. Justeru tindakan professionalisme pasukan polis adalah dituntut.
Kita juga mengingatkan kepada parti pemerintah tidak perlu mengeluarkan kenyataan di media –media massa untuk melaga-lagakan pasukan polis yang taat setia kepada YDPA dengan parti pembangkang. Malahan ini semua adalah ‘taktik kotor’ biasa parti pemerintah apabila semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat ketika mana selepas pengumuman Budget 2008 sokongan kepada pemerintah semakin menurun dan merudum teruk.
Pasukan polis adalah hak milik rakyat Malaysia keseluruhannya. Kepada pimpinan UMNO yang kian terdesak kini yang selalu mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik apabila timbulnya suasana seperti ini. Rakyat Malaysia sudah matang. Maklumat tepat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Oleh itu tidak perlu untuk membuat satu provokasi lagi antara parti pembangkang dan pasukan polis dengan menjadi batu api untuk meraih sokongan politik pada PRU-12 kelak.
Selain itu juga kita mencadangkan dalam kes-kes seumpama ini, anggota polis adalah tidak dibenarkan untuk membawa senjata api tetapi dengan perkembangan teknologi terkini sudah ada alat-alat alternatif lain untuk mempertahankan diri seperti pistol elektrik dan lain-lain lagi. Penggunaan senjata api perlu dihadkan kepada tugas-tugas untuk memerangi penjenayah sahaja.
Fungsi pemberian permit perhimpunan politik daripada pihak polis juga perlu dikaji kerana ianya sudah tidak lagi releven kini. Adalah lebih baik ianya dihapuskan dengan menghormati prinsip kebebasan di Malaysia. Apakah kewajarannya permit diperlukan jika program itu datangnya daripada bukan parti pemerintah tetapi jika ianya parti pemerintah tidak timbul isu ini. Inilah yang menimbulkan suasana bias dalam sistem demokrasi Malaysia.
Akhirnya kita mengharapkan masyarakat tidak terperangkap dengan mainan kotor pihak pemerinta yang mengunakan pihak media untuk melaga-lagakan pasukan polis dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ayuh kita bangun untuk selamatkan Polis DiRaja Malaysia dan semoga Malaysia dijaga oleh PDRM yang taat setia kepada ‘ Keadilan , Keamanan dan Keberkatan.
Mohd Ezli Mashut (LL.B Hons)
ezli007@hotmail.com

Ulasan
Catat Ulasan