Tahniah Kepada Abdullah Gul

By : Al Husseyn http://alhusseyn51.blogspot.com/
Presiden baru Turki, Abdullah Gul memulakan tugas barunya Selasa 28 Ogos , 2007; dengan memberi pengakuan mempertahankan sistem sekular negara itu sejurus selepas parlimen melantiknya sebagai ketua negara .

Ianya merupakan kemenangan besar bagi parti pemerintah Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan untuk Abdulah Gul, dimana usaha pertamanya untuk kejawatan tersebut pada April lalu telah disekat oleh tentera yang kuat mendokong sekular ; yang mendakwa AKP mempunyai agenda sulit menggugat perlembagaan negara.

Dalam ucapan pertamanya, Abdullah Gul, 56, yang telah menjadi Menteri Luar Negara selama lima tahun, berjanji akan bersikap neutral dan mempertahankan sistem yang sedia ada dalam tempoh jawatannya selama tujuh tahun itu.

“Republik Turki adalah sebuah negara demokrasi , sekular dan sosial berdasarkan kepada perundangan…..Saya akan bekerja dengan azam mempertahankan dan memperkukuhkan semua prinsip tersebut," Abdullah Gul memberitahu parlimen selepas mengangkat sumpah.

“ Prinsip fahaman sekular adalah suatu model yang menjamin kebebasan bagi cara hidup yang berbeza dan tatacara sosial yang aman….Prinsip sekular juga melibatkan kebebasan perasaan dan ugama,” katanya.

Majlis mengangkat sumpah tersebut dipulau oleh pemerintah tertinggi tentera dan juga parti pendukung sekular Republican People's Party (CHP), yang mengepalai golongan sekular berkempen menentang Abdullah Gul.

Isteri Abdullah Gul , Hayrunnisa, yang memakai tudung ; dilihat sebagai simbol yang menggugat fahaman sekular , tidak ada pada majlis tersebut.

Kekacauan , ditambah burukan lagi dengan amaran keras dari pihak tentera yang senantiasa sedia mempertahankan fahaman sekular , memaksa diadakan pilihanraya mengejut dimana AKP keluar dengan kemenangan majoriti dan dilihat sebagai sokongan kuat bagi menamakan semula Abdullah Gul sebagai calun presiden.

Walaupun AKP telah berjanji mentaati sekularisma , tetapi para pendukung fahaman sekular yang kental khuatir perlantikan Abdullah Gul sebagai presiden telah melengkapi pengambi alihan jawatan tertinggi negara dan memudahkannya bergerak meneruskan rancangan rahsia gerakan Islam

Abdullah Gul tidak akan begitu mudah dalam jawatannya sebagai presiden dengan amaran pendukung sekular yang akan terus meneliti segala tindak tanduknya .

“Kami akan mengawasi setiap langkah yang diambilnya, kami akan mengawal ketaatannya terhadap republik ini,” kata timbalan pengerusi CHP , Mustafa Ozyurek .

Ulasan

Catatan Popular