Sambutan Kemerdekaan Bersama PAS Wilayah, Menyorot Perjuangan Insan Yang Tak Didendang

Setiap tahun negara akan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan. Pelbagai wadah dan wacana diadakan bagi menzahirkan rasa syukur kita terhadap detik 31 Ogos. Sambutan Kemerdekaan Ke-50 negara pada kali ini amat unit dan begitu menarik untuk diperkatakan.
Setelah hampir 50 tahun Negara mengecapi Kemerdekaan Fizikal dari Penjajahan British, kita melihat bahawa saban waktu rakyat terus disajikan dengan fakta-fakta yang tidak telus. Perjuangan pejuang kemerdekaan dan penceritaan sejarah sering kali menidakan sumbangan beberapa tokoh dan organisasi penting. Hatta dalam buku-buku sejarah kita membaca, seolah-olah hanya UMNO, MCA dan MIC sahaja yang menjadi peneraju Kemerdekaan.

Gabungan Parti Perikatan ini begitu dijulang atas jasa mereka memperjuangkan tanahair walaupun hakikatnya mereka hanyalah sebahagian dari proksi perjuangan kemerdekaan. Kita tidak menafikan jasa-jasa tokoh penting seperti Tunku Abd Rahman dalam jalan menuju kemerdekaan. Namun kita juga harus meraikan mereka-mereka yang digelarkan sebagai Hero yang tidak didendang dan telah banyak berjasa khususnya dalam memastikan Islam dan orang Melayu dapat terus wujud ditengah-tengah masyarakat majmuk dinegara ini. Nama-nama mereka tersembunyi dibalik naskhah lusuh buku-buku dan akhbar tua.

Coretan perjuangan mereka kurang diketahui. Perjuangan organisasi seperti Parti Islam Semalaysia (PAS) juga tidak diceritakan secara menyeluruh. PAS telah dilabelkan sebagai parti pembangkang yang agreasif dan penentang utama Kerajaan British yang kuat memperjuangkan idelisme Islam. Pada ketika itu, British melakukan banyak perkara terhadap ahli dan pemimpin PAS termasuklah menjalinkan hubungan dengan UMNO bagi memastikan populariti PAS tenggelam ditengah-tengah tempikkan MERDEKA. Inilah yang berlaku dan disambung oleh generasi hari ini.

PAS amat sinonim dengan perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan tanahair serta mempertahankan hak-hak orang Islam dan Melayu. Perjuangan yang dipelopori oleh Hj Ahmad Fuad bin Hassan yang menjadi Presiden PAS yang pertama pada 1951 telah memberikan satu alternatif kepada umat Islam-Melayu untuk meneruskan agenda perjuangan sebenar yang telah disembunyikan oleh UMNO dan British pada ketika itu.

Telah banyak Fakta-fakta sejarah dikesampingkan bagi menjulang nama UMNO dan PAS pula difitnah sebagai perosak kepada rancangan kemerdekaan. PAS dituduh sebagai komunis, pelampau agama, pengkhianat bangsa, pemecah belah Melayu, dan banyak lagi. Cerita-cerita bohong ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini bagi mengagalkan matlamat PAS untuk menguasai undi rakyat.

Berhadapan dengan situasi sebegini, peluang sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara akan dimanfaat oleh PAS Wilayah Persekutuan bagi memulihkan semula imej dan menarik penyertaan ahli untuk keluar bersama masyarakat bagi meraikan Kemerdekaan sebenar yang kita hasratkan. Selama ini kita melihat bahawa Sambutan Kemerdekaan yang diadakan hanyalah bersifat retorik sedangan rakyat terus tertipu dengan pembohongan sejarah oleh UMNO. Tidak cukup dengan itu, mereka mengalakkan lebih banyak konsert dan program hiburan sepanjang tempoh keraian itu bagi menutup mata rakyat dari menganalisa sejarah sebenar.

Justeru itu, PAS Wilayah Persekutuan merangka beberapa inisiatif awal bagi menyemarakkan pemulihan sejarah kemerdekaan disamping kita mengunakan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan dakwah bersama masyarakat.

Antara program yang bakal berlangsung sepanjang Bulan Kemerdekaan ini adalah;

1. Kolokium PAS dan 50 Tahun Merdeka – Menyoroti Perjuangan Kemerdekaan Dari Perspektif PAS
Tarikh : 11 Ogos 2007 (Sabtu)
Masa : 8.00pg-12.30tgh
Tempat : Dewan Dato ‘ Fadhil Noor, Taman Melewar
Panel :
Tn Hj Subky Latif
Sdr. Hanipa Maidin
Prof Madya Dr. Abd Latif Ibrahim
Sdr. Fadli Ab Ghani
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Keterangan Lanjut : Ust. Fathi – 013-6669669

2. Majlis Sambutan Isra’ Mikraj & Munajat Merdeka’50 Tahun – Doa Selamat, Ceramah & Qiamullail
Tarikh : 11 Ogos 2007 (Sabtu)
Masa : 7.30mlm-7.30pg
Tempat : Dewan Dato ‘ Fadhil Noor, Taman Melewar
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Keterangan Lanjut : Ust. Suhaimi – 019-6039187

3. Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS
Tarikh : 12 Ogos 2007 (Ahad)
Masa : 8.00pg-12.30tgh
Tempat : Dewan Dato ‘ Fadhil Noor, Taman Melewar
Penyertaan : Terbuka Kepada Ahli PAS Sahaja
Keterangan Lanjut : Encik Azaruddin – 013-3392870

4. Pertandingan Pidato “Selamatkan Malaysia”
Tarikh : 18 Ogos 2007 (Sabtu)
Tempat : Pejabat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
Penyertaan : Terbuka Kepada Ahli Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Sahaja
Keterangan Lanjut : Encik Herman – 016-6781700

5. Sukan Persahabatan Bersama Media
Tarikh : 18 Ogos 2007 (Sabtu)
Tempat : Padang Bolasepak Taman Maluri.
Keterangan Lanjut : Ust. Solihin – 019-4287350

6. Program Motivasi & Kefahaman Islam
Tarikh : 18- 20 Ogos 2007 (Sabtu-Isnin)
Tempat : D’Congkak Forest, Hulu Langat
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Remaja dan Pelajar
Keterangan Lanjut & Pendaftaran : Ust. Suhaimi – 019-6039187

7. Himpunan Rakyat Memulihkan Demokrasi Menjelang 50 Tahun Malaysia
Tarikh : 22 Ogos 2007 (Rabu)
Aktiviti : Ceramah, Rapat Umum dan Edaran Risalah
Tetamu : Hj. Mohamad Sabu & Pimpinan PAS Wilayah
Tempat : Kg. Baru, Kuala Lumpur
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Keterangan Lanjut : Encik Herman – 016-6781700

8. Konvoi Ziarah & Ceramah Jelajah Kemerdekaan
Tarikh : 26 Ogos 2007 (Ahad)
Masa : 8.00pg – 3.00ptg
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Aktiviti : Ziarah Fakir Miskin, Masyarakat, Ceramah & Edaran Risalah Sekitar Kuala Lumpur
Tetamu :
YB. Datuk Paduka Husam Musa
YB. Amiruddin Hamzah
Sdr. Mazlan Aliman
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Keterangan Lanjut : Encik Herman – 016-6781700

9. Ceramah Umum Sempena Sambutan 50 Tahun Merdeka
Tarikh : 26 Ogos 2007 (Ahad)
Masa : 9.30mlm
Tempat : Taman Bukit Anggerik Bandar Tun Razak
Penceramah :
YB. Datuk Paduka Husam Musa
YB. Amiruddin Hamzah
Sdr. Mazlan Aliman
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Keterangan Lanjut : Encik Herman – 016-6781700

10. XPDC Dakwah Anak Merdeka 2007
Tarikh : 30 Ogos 2007
Aktiviti : Bacaan Yasin, Doa Selamat & Edaran Risalah Sekitar Kuala Lumpur
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Keterangan Lanjut : Encik Herman – 016-6781700

11. Konvoi Skuad Kembara Komuniti
Tarikh : 1 September 2007 (Sabtu)
Masa : 8.00pg – 6.00ptg
Edaran Bendera dan Risalah, Pertemuan dengan masyarakat & Ceramah Sekitar Kuala Lumpur Bersama Pimpinan Pemuda PAS Pusat
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Keterangan Lanjut : Encik Herman – 016-6781700

12. Ceramah Umum – Perspektif Kemerdekaan Dari Kaca Mata Generasi Muda
Tarikh : 26 Ogos 2007 (Ahad)
Masa : 9.30mlm
Tempat : Lembah Pantai, Bandar Tun Razak & Titiwangsa
Penyertaan : Terbuka Kepada Semua Rakyat
Keterangan Lanjut : Encik Herman – 016-6781700

Bagi memeriahkan lagi Sambutan ini PAS Wilayah juga berharap agar setiap Markas dan Pejabat-pejabat Cawangan serta Kawasan dihiasi dengan Bendera Malaysia dan Wilayah Persekutuan. PAS Wilayah juga mengalu-alukan penyertaan semua ahli dan rakyat dalam setiap aktiviti yang diadakan. Diharapkan kita dapat memberikan pembaharuan terhadap diari sejarah yang ada dinegara ini.

Adalah tanggungjawab kita semua untuk menghayati serta memahami sejarah sebenar Kemerdekaan Negara ini. Biarlah rakyat tahu, yang mana satu talibarut dan yang mana satu pejuang yang sebenar.

Kamarul Arif Ambak
Timbalan Pengarah
Sambutan 50 Tahun Merdeka PAS Wilayah Persekutuan

Ulasan

Catatan Popular