Resolusi-resolusi Perhimpunan Agong Pemuda MCA

Oleh rosmahbertudung

"Nah! Ini dia resolusi Pemuda MCA dalam Perhimpunan Agong Pemudanya. Pemuda UMNO masih sibuk mengumpul harta..

Saksikanlah MCA yang lebih sayang bangsa dan bahasanya dari UMNO, yang lebih pentingkan perut dan nafsunya serakahnya... yang hanya tahu menjulang dan mencium keris...



RESOLUSI-RESOLUSI PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA MCA KEBANGSAAN
YANG KE-44 ( 18hb Ogos 2007 )

HAL EHWAL PARTI:

Rasional: Parti perlulah menarik minat penyertaan golongan muda untuk menyertai MCA dalam usaha untuk memperkasakan parti kerana semua parti kini sedang merekrut lebih ramai golongan muda yang berintelek tinggi ke dalam parti-partinya.

Resolusi (1):

Menyokong penuh dan merealisasikan 9 Agenda Platform Parti serta berharap pucuk pimpinan Parti akan menyediakan ruang yang lebih besar kepada Pemuda MCA untuk memainkan peranan serta menetapkan strategi untuk menarik minat penyertaan pemuda Cina di setiap lapisan masyarakat bagi menyertai MCA demi melatih Pemuda MCA sebagai pelapis pucuk pimpinan MCA pada masa hadapan.

PENDIDIKAN:

Rasional: Pada tahun 2003, kerajaan telah menetapkan bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik haruslah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Namun di bawah usaha MCA, bahasa Cina masih merupakan bahasa utama dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di SJK(C). Para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2008 sehingga kini masih tidak mengetahui jenis bahasa yang akan digunakan dalam kertas peperiksaan mereka memandangkan hal tersebut masih belum mendapat kata putus dari Kementerian Pelajaran. Ketidaktentuan ini bagaimanapun telah menimbulkan kerisauan dalam komuniti Cina.

Resolusi (2):

Menegaskan bahawa soalan peperiksaan UPSR tahun 2008 bagi subjek Sains dan Matematik haruslah disediakan dalam bahasa Cina dan menyeru Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan sistem peperiksaan tersebut demi mengekalkan identiti SJK(C).

Rasional: Segelintir guru besar SJK(C) yang telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian untuk menerima guru Melayu yang tidak fasih berbahasa Cina sebagai guru pemulihan telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam masyarakat Cina. Walaupun Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Hon Choon Kim, telah mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menarik balik atau membatalkan arahan tersebut namun kejadian tersebut telah meninggalkan impak yang negatif di kalangan masyarakat Cina.

Resolusi (3):

Dulu, kini dan selama-lamanya membantah tindakan Kementerian Pelajaran menghantar guru-guru yang tidak fasih berbahasa Cina sebagai guru pemulihan di sekolah Cina agar ia tidak menjejaskan identiti SJK(C) yang sediada.

Rasional: Tindakan penguatkuasaan segelintir pegawai pelajaran daerah, kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan terhadap guru-guru yang mengajar tuisyen sebagai kerja sambilan telah mendapat bantahan kuat dari segenap lapisan masyarakat. Keadaan bertambah buruk apabila pegawai-pegawai tersebut menyuruh para pelajar untuk menjadi saksi dalam tuduhan terhadap gurunya sehingga menjejaskan rasa hormat pelajar kepada guru berkenaan. Tindakan itu juga mengakibatkan guru tersebut tidak berani untuk memberi tuisyen lagi serta hal ini telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan ibu bapa pelajar.

Resolusi (4):

Menyeru Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghentikan tindakan terhadap guru yang mengajar tuisyen sebagai kerja sambilan. Kami sebaliknya menyeru kementerian tersebut untuk menetapkan suatu garis panduan dan mekanisme pemantauan yang lebih jelas bagi mengelakkan sebarang kepincangan daripada berlaku sekali gus membenarkan guru menyambung kembali kelas tuisyennya.

Rasional: Kabinet pada tahun 2002 telah memperuntukkan sebanyak 10% kemasukan di peringkat Matrikulasi bagi kaum bukan Bumiputera. Sehingga kini, kemasukan ke peringkat Matrikulasi sentiasa mendapat sambutan yang hangat dengan permintaan melebihi jumlah bilangan tempat yang ditawarkan.

SUMBER:
LAMAN PEMUDA MCA


Untuk paparan resolusi lain sila ke http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3385&mode=&order=0&thold=0

Ulasan

Catatan Popular