Kenyataan Media: DPPWP - Kes Eric Chia
Pembebasan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock daripada tuduhan pecah amanah jenayah (Criminal Breach of Trust - CBT) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam melengkapkan lagi episod malap sistem perundangan tanahair, sekaligus mencalarkan lagi sistem kehakiman negara yang sedia parah.
Ia membuktikan dengan jelas betapa benarnya kenyataan pimpinan tertinggi PAS bahawa pendakwaan terpilih (selective prosecution) yang dibuat terhadap Eric Chia dan Kasitah Gadam adalah pendakwaan yang bersifat "kosmetik" semata-mata dan bertujuan kononnya untuk menggambarkan betapa tegasnya kerajaan Pak Lah untuk memerangi rasuah menjelang Pilihanraya Umum 2004 yang lalu.
Natijahnya, selama hampir tiga tahun rakyat dihidangkan dengan sandiwara palsu lakonan pihak-pihak yang kononnya berniat suci untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi.Pembebasan Eric Chia tanpa dipanggil membela diri adalah tamparan hebat kepada pihak pendakwaan dan pejabat Peguam Negara yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan efektif dan munasabah dalam kes berprofil tinggi seperti ini.
Pembebasan Eric Chia tersebut adalah atas faktor "teknikal" semata-mata di mana pihak pendakwa telah gagal memanggil dua saksi utama untuk memberi keterangan berkenaan tuduhan tersebut.
Ini ditambah dengan pertuduhan-pertuduhan yang mengelirukan dan keterangan lisan dan dokumen dari saksi-saksi pendakwa sendiri yang bercanggah, yang membuatkan mahkamah memutuskan bahawa tidak ada prima facie kes terhadap Eric Chia.
Pemuda PAS WP menganggap ketidakberkesanan proses pendakwaan ini adalah suatu yang amat serius kerana ia mencerminkan kredibiliti badan perundangan negara dalam menangani kes-kes jenayah yang melibatkan keselamatan rakyat.
Jika kes sebesar ini pun, siasatan dan pendakwaan dibuat sambil lewa dan sekadar melepaskan batuk di tangga, bagaimana pula dengan kes-kes jenayah yang lain? Apakah harapan yang ada pada rakyat untuk melihat keadilan terlaksana sekiranya penjenayah-penjenayah terus dibebaskan di jalanan akibat dari kecuaian dan kelalaian pihak pendakwa dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Pemuda PAS WP juga mempersoalkan bagaimana keterangan saksi-saksi yang diambil di Jepun, Switzerland dan Hong Kong tidak diterima (inadmissable) oleh mahkamah kerana tidak mengikut Akta Keterangan dan Kanun Prosedur Jenayah negara ini. Apakah pasukan pendakwa tidak sedar hal ini dan hanya pergi melancong dan menghabiskan wang rakyat semata-mata sedangkan hasilnya amat sia-sia.
Rakyat berhak mempersoalkan kredibiliti sistem perundangan negara jika perkara-perkara seperti ini terus berlaku, dalam keadaan indeks jenayah negara yang semakin meningkat dari hari ke sehari.
Rakyat juga berhak menyimpan rasa syak wasangka yang mendalam terhadap keputusan kes-kes berprofil tinggi lain seperti kes rasuah melibatkan Tan Sri Kasitah Gadam dan kes pembunuhan Altantuya yang sedang dalam proses perbicaraan, jika beginilah keadaannya sistem kehakiman kita.
Apa yang jelas, tindakan kerajaan pimpinan Pak Lah yang secara rakus memperalatkan jentera-jentera kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka semakin terserlah dan harus dikecam hebat kerana ia meruntuhkan institusi keadilan yang semakin nyawa-nyawa ikan.
Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi
Pengarah
Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Ulasan
Catat Ulasan