Teori penipuan di Ijok

PERTAMA 143 kertas undi ini samada telah siap berada dalam tangan PEMBELI UNDI atau dikeluarkan oleh 143 pengundi.

KEDUA Sindiket akan memangkah BN pada kesemua 143 undi yang dikeluarkan ini.

KETIGA Sindiket akan mendekati melalui kakinya sejumlah para pengudi yang dikenal pasti. Jaringan 143 orang kaki sindiket ini akan mengunakan para pengundi yang dikenal-pasti iaitu dengan menyerahkan kertas undi yang bertanda BN ini kepada mereka untuk dibawa masuk ke bilik mengundi.

KEEMPAT Pengundi akan masuk ke bilik mengundi, menerima kertas undi baru tetapi memasukkan dalam peti undi kertas yang telah sedia dipangkah sedangkan kertas mereka akan dibawa keluar tanpa pangkah

KELIMA Kertas undi yang dibawa keluar tanpa pangkah akan diserahkan kepada sindiket dan pengundi tadi akan menerima habuan, kalau mengikut audio dalam Umno Reform sogokannnya adalah tunai RM150.00

KEENAM Seterusnya kertas undi yang dibawa keluar itu akan dipangkah pada ruangan BN dan proses di atas diulang kembali. Sekiranya kitaran atau cycle ini berulang 10 kali bermakna BN telah terjamin dengan 1,430 undi (soalnya berapa kalilkah cycle ini telah diulang-ulang di Ijok Sabtu lepas?)

KETUJUH Cycle ini akan berakhir apabila waktu mengundi tamat dengan 143 kertas undi yang divbawa keluar oleh jaringan pengundi terakhir diserahkan kepada sindiket. Mungkinkah ini yang sebenarnya telah berlaku di Ijok Sabtu lepas?



Saya telah menyatakan sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dilawan dahulu. Saya juga sedang mencari orang yang berwibawa dan dihormati untuk menubuh dan mengetuai Malaysian Against Election Commision.

Tentulah kartun teramat kartun kalau saya yang nak menjadi tekongnya.

Sementara itu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mendedahkan kejahatan SPR dan sifat-sifatnya yang lebih hina dari babi, jika ada.

Saya telah menjelaskan sejak 1998 lagi, ayat "lebih hina dari babi" adalah rekaan saya sendiri setelah teringatkan firman Allah terhadap orang-orang yang engkar kepada ajaran-Nya yang disifatkan-Nya "seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi" (Al-A'raf:179). Lebih buruk dari binatang ternak.

Antara binatang yang diternak manusia ialah babi.

Saya akan lawan dengan cara dan kemampuan saya sendiri. Termasuklah buat berita. Antaranya dalam berita bertajuk Ijok petanda jelas kemusnahan demokrasi, saya sengaja memetik ulangan pendedahan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang menceritakan pembohongan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Salahuddin menceritakan kembali bagaimana Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Hanifah Mydin serta beliau sendiri berjumpa dengan Abdul Rashid untuk menyerahkan memorandum yang menuntut tiga perkara itu.

"Sebelum kami berjumpa (dengan Abdul Rashid), DAP terlebih dahulu berjumpa dengannya. (Setiausaha Agung) DAP, Lim Guan Eng memberitahu kami bahawa Abdul Rashid telah memberitahu mereka bahawa PAS membantah (sistem) celup jari kerana bertentangan dengan Islam.

"Apabila kami bertemu Abdul Rashid, kami soal dia, betul dia kata begitu? Dia kata bukan PAS kata, ulama India kata," kata beliau ketika mendedahkan pembohongan Pengerusi SPR itu.
Salahuddin pernah mengajak Abdul Rashid (mengapa sesetengah orang memanggilnya Ra-shit?) bersumpah dengan menggunakan kalimah-kalimah sumpah yang diajarkan oleh Islam iaitu waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa tidak terdapat sebarang

Ulasan

Catatan Popular