Raja Dr. Nazrin Tolak Perbelanjaan Kerajaan Negeri Untuk Meraikan Perkahwinan

Oleh Reformis Muda

DYTM Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak telah menolak sebarang perbelanjaan daripada duit kerajaan negeri Perak untuk dibelanjakan meraikan perkahwinannya. Malah Raja Dr. Nazrin menitahkan agar duit itu harus digunakan untuk pembangunan bagi kesejehteraan rakyat untuk jangka masa panjang.

Malah baginda juga akan menanggung segala perbelanjaan untuk majlis-majlis jamuan rakyat selain menitahkan agar perkahwinannya diraikan secara sederhana.

Inilah contoh raja yang patut disanjung rakyat. ITULAH PENTINGNYA RAJA BERPENDIDIKAN. Titah Raja Dr Nazrin harus menjadi iktibar bagi pemimpin negara. Bahasa sinis Raja Dr. Nazrin harus difahami buat Paklah yang tidur dan membelanjakan wang negara untuk kempen kebaya nyonya arwah isterinya di Australia baru-baru ini.

Sebelum ini Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pernah mengkritik sistem kehakiman negara. Maknanya Sultan Perak adalah satu-satunya raja yang peka terhadap hal ehwal negara. Malah dalam isu Azhar Mansur yang dikatakan murtad, Sultan Perak juga telah menitahkan Ketua Polis Negara, Tajol Rosli bersama Ketua Polis Perak menghadap baginda kerana mereka bersikap biadab kepada Mufti Kerajaan Perak.

Daulat Tuanku!!

Marhaen

Ulasan

Catatan Popular