Betapa Bangangnya Dia?

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia nampaknya seorang yang kurang cerdik. Biasanya jika seseorang itu kurang cerdik, dia akan mendapatkan pandangan orang lain sebelum di mengeluarkan apa-apa hujah. Jika tidak, ianya hanyalah akan menyebabkan semua orang akan tahu kekurangan kecerdikan pada dirinya.
Contohnya, jika seorang yang kurang cerdik dalam matapelajaran Matematik, biasanya sebelum dia mengeluarkan pandangan atau jawapan, dia akan bertanya kepada mana-mana rakan-rakan atau guru yang mahir dalam bidang tersebut. Biasalah semua orang akan takut malu memberikan pandangan, jawapan atau hujah.

Namun Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tidak segan-silu untuk mengeluarkan satu arahan, hujah atau pandangan yang dia sendiri kurang arif mengenainya. Cuba anda lihat apa yang disuarakan olehnya yang diberitakan di dalam Utusan Malaysia.

Di sini anda akan dapati bahawa memang memalukan bahawasanya Malaysia memiliki Timbalan Menteri yang ber “IQ” pada tahap yang agak rendah. Bayangkanlah jika senario ini berlaku.

1. Pemilik harta akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya hartanya dicuri akibat daripada kecuaiannya.
2. Suami akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya isterinya hilang (menghilangkan diri) akibat dari kecuaiannya.
3. Penternak akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya ternakannya mati akibat dari kecuaiannya.
4. Tenaga Nasional Berhad akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya bekalan elektrik dicuri atas sebab kecuaiannya.
5. Angkatan Tentera Malaysia akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan musuh menyerang Malaysia.
6. Suruhanjaya Sekuriti akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya kecuaiannya menyebabkan banyak syarikat awam menjadi milik peribadi dan dijual kepada asing.
7. Sultan akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya kecuaiannya menyebabkan Menteri Besar membolot dan menguasai negerinya.
dan banyak lagi yang anda dan saya boleh fikirkan.
Jika beginilah idea yang boleh diberikan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, maka jangan terkejut satu hari nanti tiada siapa yang akan membuat laporan polis atas kehilangan saudara-mara, binatang ternakan dan sebagainya kerana takut akan tindakan yang mungkin dikenakan kepada mereka.

Ini bermakna pihak Polis tidak akan mengambil hirau akan perkara orang hilang dan sebagainya dan lebih menumpukan kepada mengutip saman dan membawa orang yang melaporkan kehilangan atas sebab kecuaian ke mana-mana mahkamah harian (malam).

Ini bermakna Polis Malaysia akan terlebih kehadapan dalam semua institusi kepolisan dunia kerana mempunyai kuasa mengambil tindakan kepada pelapor kehilangan orang (atau harta benda) yang disebabkan kepada kecuaian.

Bukanlah tujuan saya menulis komentar ini untuk menghina anggota Polis kerana saya sendiri mempunyai saudara mara yang menjawat jawatan ini, namun idea dan arahan tidak rasional oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menyebabkan saya menulis.

Kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri tersebut, sila jangan memalukan diri sendiri. Cukuplah sudah kebangangan yang terserlah pada kes-kes yang bersangkut paut dengan anda dalam masa terdekat ini. Jika anda berterusan memberikan pandangan bangang ini, maka sewajarnya kami (pengundi) tidak akan memilih anda sebagai wakil rakyat kami kerana kami dapati anda kurang cerdik (malah boleh diklasifikasikan sebagai bangang).

Maafkanlah saya atas komentar kali ini.

“Negara Kami, Hak Kami,”


Ketua Perusuh

Ulasan

Catatan Popular