APA DAH JADI Saudi Dilanda MUZIK HEAVY METAL

Apa akan berlaku jika sebuah negara Islam seperti Arab Saudi, yang menjadi kiblat dan acuan dalam dunia Islam dilanda Rock and Roll? Inilah yang berlaku di dalam kerajaan Arab Saudi. Lima orang pemuda Arab, dengan bangga mengusung dan menampilkan aliran Heavy Metal.

http://www.myspace.com/wastedland1
GeruN... Tak percaya!!! Cuba lah klik adress diatas ...

Lima pemuda ini mengasaskan sebuah kumpulan metal dengan nama Wasted Land (Tanah Buangan). Kumpulan muzik metal ini memenangi sebuah pertandingan muzik yang bertajuk International Battle of the Band yang diadakan di Dubai pada Disember yang lalu. Sejak itu, The Wasted Land tidak sepi dengan tawaran, mengelilingi negara-negara Arab. Kelima-lima pemuda anggota the Wasted Land yang baru berusia 20-an ini adalah Imad Mujallad selaku vokalis, Ayman Al-Ghamdi -gitar, Ahmad Khoja-gitar, Sultan Al-Ghamdi – gitar bass dan Tamim Hilmi - pemain drum.
Band rock yang satu ini terbilang cukup besar di dunia Arab, dan perkara ini menunjukkan betapa virus liberalisasi telah masuk dan mengembangkan serangannya di Arab Saudi.



Bahkan setiap tahun, sejak beberapa tahun terakhir pemuda-pemuda Arab Saudi mengadakan Desert Rock Festival atau Festival Rock Gurun Pasir yang mengundang beberapa kumpulan muzik metal dari negara barat terutama dari Eropah dan Amerika.

Padahal, Mujallad, vokalis adalah lulusan Universiti Ummul Qurra, Makkah. Khoja yang memegang gitar, adalah mahasiswa lulusan King Abdul Aziz University. Mereka berpendapat, membawakan muzik rock and roll adalah pengalaman yang luar biasa dan banyak orang yang tidak menyangkakan bahawa mereka adalah penduduk Arab Saudi. Dan fenomena ini semakin meyakinkan sebuah sindiran yang beredar selama ini, “Sesungguhnya, jika tidak ada Makkah dan Madinah, sudah sejak lama Arab Saudi tak dipandang lagi oleh dunia Islam saat ini. ”

Ulasan

Catatan Popular