SABAH MENGHADAPI MASALAH MINYAK MASAK... APA KERAJAAN BN BUAT?

Nampaknya masalah meruncing minyak masak di pasaran yang dijanjikan kerajaan sejak buan lalu masih gagal diatasi sehingga ke hari ini.

Tinjauan di kedai-kedai disekitar Sabah termasuk di pasarraya besar mendapati memang benar berlaku masalah kekurangan bekalan minyak masak termasuk minyak masak botol dan para pengguna sukar mendapat minyak masak.

Masalah kekurangan bekalan minyak masak itu menyebabkan ianya menimbulkan masalah kepada para pengguna.

Rakyat Sabah amat berharap berharap pihak yang berkaitan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam egeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau kerajaan Sabah sendiri dibawah pimpinan BN dapat memantau bagi mengatasi masalah itu yang semakin menyusahkan rakyat.

Ini kerana katanya, minyak masak merupakan salah satu bahan keperluan harian orang ramai untuk memasak, membuat kuih dan sebagainya.

so kerajaan kene cucuk hidung le dengan para pengeluar.... nak buat lagu mane... harga minyak sawit dunia meningkat... maknenye harga minyak masak lepas nie naik le tue...

Ulasan

Catatan Popular