30 Jan 2009

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur ?
benludin30 Jan 2009 0 Komentar

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.

Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?

Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.

Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.

Bagaimana Bentuk Pusara Kita ?



Dalam alam barzakh adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti semasa hidup?

Ramai yang menjawab : "Tidak"

apabila saya utarakan hal ini.

Apa jawapannya sebenar ?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-

ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ

Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur.

Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"

Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :

(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Kematian Itu Pasti


Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal.

Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil dan berselimut.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu.

Disebut dalam sebuah lagi hadis :-

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ

Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)


Bersegeralah kita menyiapkan diri sehabis mungkin untuk selamat dari sebarang azab kubur yang amat mengerikan.

Bagi orang yang bertaqwa, inilah peluang terhebat. Bagi individu yang hatinya diselaputi sifat nifaq dan dosa. Ia adalah a 'piece of cake' dan 'need no worries', hidup untuk ENJOYYYY!! . Nau'zubillah.

Sekian. Allahu akla wa aklam

29 Jan 2009

Fitnah khalwat: Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta
chedet29 Jan 2009 0 Komentar


KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh)
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini menepis dakwaan fitnah dalam forum sebuah laman web, kononnya beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.

Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, petang 27 Januari lalu. Image

"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.

Sebelum pergi ke forum Perdana beliau menghadiri satu mesyuarat bersama Yayasan Amal di Shah Alam.

Beliau mendapat tahu fitnah tersebut tersebar dalam laman web My Kmu.net setelah diberitahu oleh suaminya pada 26 Januari iaitu ketika pulang daripada forum Perdana Keluarga Bahagia.

Sehubungan itu tambah beliau, dengan keizinan Menteri Besar Selangor, beliau akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik laman web itu sebanyak RM40 juta.

"Saya mendesak pimpinan Umno sam ada di Selangor atau Pusat menyiasat perkara itu kerana saya yakin dan percaya mereka tahu siapa di belakang laman web itu," tegasnya.

Menurut beliau, di bawah laman web itu ada tertera slogan 'Demi Islam' dan dengan perkataan 'Demi Islam' juga Umno perlu siasat perkara tersebut.

Tegas beliau, Umno yang mengatakan mereka merupakan sebuah parti Islam sila teliti surah An-Nur ayat 4 di mana Allah melarang menuduh wanita yang baik berzina.

Ayat itu bermaksud; "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik." - lanh _

BN/UM 'No' Kebajikan
benludin 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim

UMNO/BN bakal berkubur jika rakyat segera sedar serta bersedia berubah.

Selepas memberikan 'gula-gula' yang bertaburan di Permatang Pauh dan KT, akhirnya pemimpin UMNO/BN bakal menaikkan pula harga gula. Suatu barang keperluan yang wajib ada disebarang tempat, rumah, ofis, kantin-kantin sekolah, surau-surau dan masjid sementelah lagi di kedai-kedai makan. Yang paling banyak menggunakannya adalah kilang-kilang pengeluar barangan makanan dan minuman.

Kalau dah semua guna benda ni, pastilah barang-barang keperluan akan naik lagi. Apakah pemimpin-pemimpin BN ni tak fikir langsung tentang kebajikan rakyat?

Jawapannya memang TIDAK.

Cuba kita selami. Perkara yang paling asas dalam kehidupan manusia adalah makanan. Pada ketika saya menulis ni, ikan cencaru dah RM8.50 sekilo dan sayur sawi sekitar RM4.00 sekilo(bukan dipasar borong). Di kedai-kedai makan dan restoran tomyam sup ekor dah RM7.00 semangkuk. Senang cerita, kalau makan tengahari tu dah tentu cecah RM10.00 seorang.

Barang-barang keperluan lain mula melambung ketika kenaikan mendadak harga petrol pada bulan Jun 2008 yang lalu. Walaupun telah diturunkan kembali sebanyak 6 kali dalam masa 3 bulan, ia langsung tidak memberi gesaan untuk turunnya harga-harga barang tersebut. Menteri KPDNHEP kata nak pantau, tapi akhirnya bukan lagi melegakan kita, bahkan berita gula pula akan naik, pasti menambahkan sesak jantung kita.

Perkara asas kedua, iaitu pelajaran. Kecuali yuran pada tahun ini yang menjadi misteri kerana ditangguhkan sementara. Tahun-tahun terdahulu, yuran dan macam-macam caj lain perlu kita bayar kepada pihak sekolah. Dengan kelas tambahannya, dengan buku kokurikulumnya dan berbagai lagi.

Yang paling ketara, yuran sekolah-sekolah agama. Inilah satu-satunya institusi yang perlu orang-orang islam pilih untuk pembinaan sahsiah diri anak-anak. Tetapi akibat yuran serta caj-caj lain yang amat tinggi, membuatkan sebahagian ibubapa terpaksa membiarkan anak-anak tidak ke sekolah agama lantas tidak mendapat didikan agama. Tidak pernahkah pemimpin-pemimpin kerajaan ini berfikir untuk memberikan pendidikan percuma kepada sekalian hamba rakyat.

Di Australia, setiap anak yang lahir akan diberikan elaun sara diri. Bermula saja persekolahan mereka sehinggalah ke menara gading, semuanya ditanggung percuma oleh kerajaan mereka. Pihak berkuasa mereka itu bukanlah orang-orang islam. Tetapi kelihatannya mereka ini lebih berkebajikan dari kita orang-orang islam di dalam negara yang kononnya negara islam?

Rakyat-rakyat bahkan pemastautin tetap yang tidak mempunyai pekerjaan diberikan elaun sara hidup selama-lamanya sehingga mereka kembali bekerja. Oleh kerana itulah rakyat jelatanya sungguh berdisplin serta mematuhi peraturan hatta yang kecil sekalipun, kerana pemimpin mereka sayang mereka, lalu mereka menyayangi pemimpin mereka. Inilah kerajaan yang kita mahu. Iaitu kerajaan yang 'MENTADBIR' dan bukan kerajaan yang 'MEMERINTAH'.

Jalan-jalan raya di sana tidak bertol tapi macam mana dengan jalanraya-jalanraya di negara kita? Lebuhraya-lebuhraya yang cantik dibina menggunakan duit cukai yang dipungut dari rakyat lalu dikenakan pula tol untuk dibayar sekali lagi oleh rakyat. Maknanya rakyat perlu membiayai keseluruhan pembinaan sehinggalah kepada penyelenggaraan lebuhraya tersebut. Inikah yang dikatakan oleh para pemimpin UMNO/BN sebagai pembangunan untuk rakyat? Tetapi yang paling menghairankan, masih ramai pulak tu yang setia menyokong kerajaan ini.

Lu fikirlah sendiri!!!

Sempat bertemu dengan seorang pengusaha kedai gunting rambut disekitar Setapak (tempat dirahsiakan). Kedai beliau dah hampir 6 tahun tak naik-naik harga. Masih ditakuk tu juga walau harga barangan keperluan harian, harga petrol, takrif elektrik dan air dah naik berkali-kali. Caj kedai gunting dia tetap macam tu juga. Padahal harga sediada pun berada di bawah paras harga pasaran tempatan. Bukannya tiada kualiti, bahkan sering diberikan 5 bintang oleh pelanggan-pelanggannya.

Lalu orang bertanya, "Masih harga lama ke? (setiap kali nak bayar selepas mendapat khidmat guntingan). Lalu dijawab dengan selamba oleh sang tawkey, "Dah kalau semua orang nak kira untung, sape pulak nak buat kebajikan". Agaknya adakah tukang gunting ini lebih layak untuk menjadi menteri dari sang-sang menteri yang ada ketika ini?

Jawapannya tentu 'YA' sebab dia masih ingatkan hal orang lain dari kepentingan diri sendiri, tidak seperti Pak-Pak menteri sekalian yang kaya-raya. Rumah-rumah banglo yang mewah, kereta bersepah sehingga tak tahu yang mana satu nak guna. Itulah yang membuat rakyat benci kerana asyik memandang ke langit tidak menoleh ke bumi.

Alahai!!!

Malas nak cerita panjang, saya menyeru semua ahli-ahli UMNO yang dok rajin ke surau masjid tu, pakatlah keluar dari UMNO dan masuklah PAS. Sepertimana anak-anak muda kita yang semarak mendokong PAS kini. Senario ini dapat kita lihat ketika PRK KT yang lalu. Rasa terharu melihatkan anak-anak muda ini menggantung serta mengibarkan bendera bulan diserata pelusuk KT tanpa segan dan gundah. Ketika hari-mengundi kelihatan berduyun-duyun mereka ini melaungkan takbir. Malu rasanya kita yang sayangkan islam ini tapi tidak bersama perjuangan islam. Fikir-fikirkanlah kemana arah tuju kita dipengakhiran hidup kita ini.

Allahu Akbar

Dah semakin ramai pimpinan UMNO/BN lompat ke Pakatan Rakyat. Anda yang takat sokong diperingkat akar umbi ni, bila lagi? Janganlah anda menjadi orang yang paling akhir untuk meninggalkan UMNO/BN yang bakal menjadi sebuah parti yang tinggal keramat sahaja tidak berapa lama lagi. Ayuh, mulakan langkah anda di sini.

Allahu akla waaklam


Tragedi Gaza wajar buka mata ummah
maabms 0 Komentar

Ustaz Zainudin Hashim

Konflik Israel-Palestin merupakan pertikaian berterusan antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah 'penyelesaian dua negara' yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.

Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.


Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.

Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas.

Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair.

Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangkan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan pejuang Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza.

Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem (Baitulmaqdis), pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Ini bertujuan untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.

Perancangan jahat Yahudi dibongkar

Mantan Setiausaha Agung Gerakan Zionis Sedunia, Dr Roger Garoody yang pernah memegang dan menyimpan fail-fail resolusi atau keputusan persidangan Yahudi yang turut disertai oleh para pendita mereka, telah memutuskan untuk mencipta satu buku baru yang dikenali sebagai 'Talmud' bagi menggantikan ajaran agama Yahudi yang termaktub dalam kitab Taurat.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Dr Garoody yang terkilan kerana bangsa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja kejahatan bagi memenuhi cita-cita rakus mereka untuk menguasai Palestin mahupun dunia. Akhirnya Dr Garoody meninggalkan Zionis untuk bersembunyi di satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa bertujuan untuk mendedahkan perancangan jahat Yahudi kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau mendedahkan banyak perkara dalam buku tulisannya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jerman, Arab dan Inggeris kerana rasa bertanggungjawab bagi mengelakkan perangan sesama manusia yang berakhir dengan kematian.

Antara lain beliau menyebut, bahawa dalam saban persidangan yang dianjurkan oleh Zionis, mereka menetapkan dalam protokol-protokol mereka, sesiapa di kalangan orang Yahudi yang boleh membunuh orang Arab khususnya dan orang Islam umumnya, baginya pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga.

Begitu juga protokol lain menyebut, bahawa mana-mana wanita Yahudi yang boleh melacurkan dirinya khusus buat lelaki Arab atau Muslim lain, bagi mereka pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga. Bagi menjamin kesinambungan Gerakan Zionis terus usbur dan kuat, maka hasil-hasil keuntungan daripada penjualan fabrik/tektils seperti jenama Levi's, keuntungan penjualan rokok-rokok seperti Dunhill, Benson & Hedges, Malboro, Winston, Lucky Strike, Rothmans, Pall Mall dan jenama rokok yang lain, hasil keuntungan daripada produk makanan KFC adalah diperlukan untuk membeli peralatan persenjataan bagi membunuh orang-orang Palestin.

Apa peranan kita terhadap Yahudi @ Israel?

Setelah mengetahui apa yang telah didedahkan oleh Dr Garoody itu, menjadi tanggungjawab ke atas setiap insan muslim/muslimah untuk memboikot barangan tersebut di atas, kerana ia secara tidak langsung memberi saham untuk membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin.

Justeru, orang-orang Palestin di kalangan penyokong Hamas dan barisan pemimpin mereka telah mengharamkan umat Islam menghisap rokok, kerana walau satu sen sekalipun keuntungan itu diperolehi daripada orang Islam, maka mereka akan didakwa nanti di akhirat.

Demikian menurut mantan Imam dan Kahtib Masjidul Aqsa, Dr Muhammad as-Siyam dalam kenyataannya berhubung isu Palestin.

Justeru menurut Persatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan, bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia membantu mereka sama ada dengan wang ringgit, sokongan moral, doa dan tidak membeli barangan produk Yahudi kerana dengan jelas ia akan membunuh umat Islam di Palestin. - lanh _

28 Jan 2009

LIM KIT SIANG JAUH LEBIH BERSOPAN DAN BERADAB DARI BN TERENGGANU.
chedet28 Jan 2009 0 Komentar

Ditulis oleh PAS Kelantan
Monday, 24 March 2008
DERHAKAKAH HANG JEBAK DAN HANG NADING (sebutan versi Terengganu)?

Rupa-rupanya pakatan sesama sendiri dalam satu parti satu aliran yang di namakan Barisan Nasional amat kelam-kabut.Sehingga kini Terengganu iaitu negeri di bawah kuasaan BN secara majoriti tidak mempunyai Menteri Besar disebabkan konflik perebutan jawatan kerusi panas untuk memerintah Terengganu.Sesama sendiri pula tu.Bukannya ada parti MCA atau MIC yang tukang kacau.

Rosol yang tidak terima wahyu semalam telah mengumumkan bahawa parti telah memecat keahlian Ahmad Said.Dan sekaligus tidak menerima keputusan Majlis Pemangku Raja.Keputusan raja adalah tidak sah dan diluar perlembagaan tegasnya.

Mohd Idris pula kata dia hanya akan terima keputusan rakyat, keputusan parti dan keputusan Perdana Menteri.Lain-lain pendirian dan keputusan (yakni Istana) tidak diterima.Beliau yakin beliau ialah MB yang rakyat mahu.Untuk makluman, tiada lagi tunjuk perasaan aman atau bantahan oleh rakyat terengganu secara besar-besaran bagi menunjukkan sokongan terhadap Idris Jusoh.Kecuali sebilangan kecil orang suruhan Rosol tidak terima wahyu dalam lingkungan 30 orang yang berkumpul sambil senyum-senyum malu memegang sepanduk"Kami Sokong Idris" di luar Istana ketika majlis watikah.

Mana dia pihak-pihak yang sebelum ini menuduh dan mencaci Lim Kit Siang sebagai kurang ajar, tak beradap dengan raja dan sampai tahap dicaci sebagai komunis?Kenapa berdiam diri dalam hal kebiadapan Rosol tak terima wahyu dan si angkuh Idris yang terang-terangan menolak keputusan Majlis Pemangku raja dengan cara yang lebih kurang ajar daripada Lim Kit SIang?

Tidak kisahlah samada Lim Kit Siang hanya bermain politik (untuk mengambil hati pengundi cina) apabila dia menyatakan bantahanya pada keputusan Sultan Perak terhadap pemilihan Ir.Nizar.Tetapi sekurang-kurangnya, dia secara terbuka dan gentleman telah memohon maaf secara bersopan dan beradab kepada rakyat Malaysia dan Sultan Perak.

Tetapi BN ini memang angkuh betul.Nasiblah mitos berkenaan tulah raja ini ada dalam cerita dongeng sahaja.....

- dipetik dari stance of muslimah

23 Jan 2009

PAS :LUAHAN HATI REMAJA ROCK
chedet23 Jan 2009 2 Komentar


Assalamualaikum

BAIK MANAKAH KITA, BURUK MANA SANGAT KAH MEREKA???

Semuga pengorbanan dan keterlibatan anak muda ini dalam Pilihanraya Kecil P036 turut menyumbang roh kemenangan PAS di sana. Sebagai anak muda yang masih minat dan terlibat aktif dengan dunia muzik rocknya, namun dia boleh mengenepikan keselesaan hidupnya dan bersama petugas2 di Markas Wilayah di Terengganu.

Anak-anak muda sepertinya perlu di dekati, agar semangat yang tertanam dalam jiwanya terus subur...

Memberhentikan minatnya pada ROCK... mungkin akan memberhentikan benih yang tertanam untuk mendekati perjuangan ini.

Kesayangan mereka pada Tok Guru seharusnya diraikan dengan pendekatan yang tersusun agar mereka akan terubah dengan pendekatan yang ada.

Ramai dikalangan mereka yang memang baik dan beriman kadang-kadang mahu anak-anak muda seperti ini terus beramal seperti mana mereka beramal... sedangkan dunia kita, mereka dan anak-anak muda ini terlalu banyak perbezaannya.

Masalahnya... anak-anak muda ini, jika di ajak ke masjid, surau memang sukar untuk mengikuti, tapi bila ada yang mendekati mereka dan berbicar tentang perjuangan dan Islam, mereka akan bertanya itu dan ini...

Tapi... siapakan yang akan mahu berdampingan dengan mereka kerana waktak keimanan dan pengamalan yang ada pada para pejuang jauh berbeza dengan mereka...

Ada ahli yang memandang sinis dan bertanyakan itu ini kerana gaya dan watak anak-anak muda ini kurang islamik ketika di Rumah Wilayah kerana yang baru sampai itu pejuang sejati PAS, hingga ada yang meninggalkan bekas didalam hati anak-anak muda ini.

Mereka tidak mahukan wang ringgit...
mereka tahu... bekerja untuk PAS tiada dijanjikan duit...!
Sekurang2nya hormatilah mereka.

Kehadiran mereka dari hari penamaan calon hingga keputusan di umumkan hars di hargai kerana setebal manapun keimana pejuang-pejuang yang ada kadang-kadang hanya mampu pergi hari penamaan calon dan hari mengundi sahaja... Mereka tak nampak anak-anak muda ini ketika di tengah-tengah hari itu! Oleh itu wajar bagi mereka memarahi anak-anak muda ini seperti kehadiran mereka menjadi pengacau kepada pejuangan ini...

mereka tidak mahu wang ringgit...
yang mereka mahu agar mereka di hormati sebagai anak-anak muda yang turut memberi sumbangan walaupun sedikit... dan yang paling penting dekati dan bimbingi mereka...

semuga ianya dapat difikir kan besama...

22 Jan 2009

Hikmah Sujud: Sujud lega sistem pernafasan
chedet22 Jan 2009 0 Komentar

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s. w. t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s. w. t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s. w. t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

* membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

* membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

* melegakan sakit hernia. (burut)

* mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

* melegakan paru-paru daripada ketegangan.

* mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

* kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

* meringankan bahagian pelvis.

* memberi dorongan supaya mudah tidur.

* menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

* pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

* bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

* mengurangkan kegemukan.

* pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .

* organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

*
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Segalanya akan dapat melalui keikhlasan dan mengharapkan keredhaan dari Allah. " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan mati hanya pada Allah Tuhan Semesta Alam."

20 Jan 2009

Najib gagal baca amaran awal kekalahan?
chedet20 Jan 2009 0 Komentar

Ahmad Lutfi Othman

SEBELUM diisytihar menang pun, penampilan Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS, mewakili Pakatan Rakyat, sudah menem pa sejarah tersendiri. Pemilihannya memang tidak dijangka. Namanya dicalonkan di peringkat awal, tetapi khabarnya beliau leh
sendiri menarik diri, untuk memberi laluan kepada tokoh-tokoh lain, dan antara yang disebut-sebut ialah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu (1999-2004) dan Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri.

Sejarah dibentuk lagi kemudiannya apabila persepakatan erat Pakatan Rakyat terserlah bermula dari hari penamaan calon, semasa kempen hinggalah hari pembuangan undi. Rasanya inilah kali pertama pimpinan utama DAP, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng aktif berkampung di kawasan majoriti Melayu, dan lebih menarik ia terletak di Kuala Terengganu.

"Cantiknya ia berlaku di Terengganu"

Apabila turun mengatur strategi dan berkempen bersama, tentulah "yang jauh dapat didekat, yang dekat dapat dimesrakan". Ada dakwaan mengatakan pimpinan PAS Terengganu agak tidak begitu "dekat dan mesra" bukan saja dengan pemimpinan DAP, malah KeADILan.

Sementara kemenangan dengan majoriti tidak terduga Abdul Wahid, iaitu 2,632 undi, disambut gema takbir (dan kemudiannya ratusan anak muda meraikannya di jalan-jalan sekitar bandar), Timbalan Presiden Umno, Najib Razak, yang mengemudi jentera kempen BN pasti terkedu dengan kekalahan bergandanya.

Permatang Pauh mungkin tidak memalukannya tetapi Kuala Terengganu nyata memberi tamparan hebat buat bakal Perdana Menteri, yang dijangka naik takhta Mac nanti.

Permatang Pauh dikenali sebagai kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi, terletak pula di negeri Pakatan Rakyat. Sementara Kuala Terengganu milik Umno-BN, di negeri Terengganu yang mana BN menang besar dalam pilihan raya umum ke-12, menghadang ombak tsunami politik yang menghempas Pantai Barat.

Lebih perit buat BN di Kuala Terengganu

Di Permatang Pauh calon BN kekurangan 1,426 undi berbanding pilihan raya 2008 tetapi di Kuala Terengganu, "orang kuat" Abdullah Ahmad Badawi, undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh merosot 2,320 berbanding penyandang, Allahyarham Razali Ismail.

Najib diakui bekerja keras sepanjang 11 hari berkempen, menawarkan pelbagai impian, menyogok tawaran, dan mengetuk pintu demi pintu, bagi memastikan momentum kejayaan gemilang Anwar tidak merebak ke Pantai Timur.

Kini reputasi Najib - dan BN yang bakal dipimpinnya - dipercayai tambah gelap memandangkan bagasi sejarah beliau juga begitu membebankannya. Igauan Altantunya Shaariibu masih menghantui Najib hinggakan mereka yang manampal gambar gadis Mongolia itu di Kuala Terengganu pun ditahan polis.

Umno di bawah terajunya nanti dijangka berdepan masalah dalaman lebih parah. Secara umumnya, imej peribadi calon BN, Wan Farid Salleh, yang dikatakan "sombong, tidak mesra, elitis, bersifat bangsawan" boleh menggambarkan imej Umno-BN sekarang.

Malang sekali, Najib dan juga jentera kempen BN tidak pernah berubah; mereka seolah-olah langsung tidak mengambil iktibar pengalaman pahit pilihan raya Mac 2008 yang menyaksikan lima negeri jatuh dan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan.

Seperti ditegaskan sarjana politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Ghazali Mayudin, yang menghantar artikelnya kepada saya pada awal pagi 17 Januari, di waktu pusat mengundi baru dibuka: "Strategi dan tindakan BN untuk memenangi hati pengundi di KT menampakkan yang parti itu seakan terperangkap dalam penjara yang dibinanya sendiri. Setelah memenangi puluhan pilihan raya, umum atau kecil, dengan skrip yang sama semenjak merdeka, maka skrip lama ini juga yang digunakan dalam pilihan raya abad ke-21 ini." Maknanya Ghazali menulis artikel itu, yang sudah merumuskan punca kekalahan BN, sebelum pemilih berdaftar membuang undi lagi.

Ramalan sarjana politik terbukti tepat

Bukan Ghazali seorang yang begitu yakin PAS boleh menang, malah beberapa pengkaji dan sarjana politik lain sudah meramalkan begitu. Ketua Program Sains Politik UKM, Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff, empat hari sebelum mengundi, memaklumkan kepada saya: "Lutfi, pegang cakap-cakap saya ini, PAS boleh menang sehingga majoriti 3,000 undi!" Seorang lagi pensyarah sains politik, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin, melalui siaran langsung TV, berdasarkan tinjauannya, juga dengan penuh yakin menjangkakan PAS bakal menang.

Semasa kempen, berdepan masyarakat Tionghua, yang dikira undi penentu, BN terus menakutkan mereka dengan isu Hudud walhal dalam pilihan raya umum lalu, khususnya di Pantai Barat, pengundi Cina dan India tanpa segan silu menyelimuti bendera PAS di tubuh mereka, sambil giat berkempen memenangkan Pakatan Rakyat. Seorang pemimpin muda MCA Cheras, melalui siaran Astro Awani menegaskan, "politik ugut dan gertak" menggunakan isu Hudud sudah tidak berkesan lagi.

Politik "pembangunan dan keselamatan" dengan gaya lama adalah konsep kuno yang tidak lagi sesuai dengan dunia siber dan langit terbuka ini. Benar seperti kata A Kadir Jasin, BN yang sudah terlalu lama berkuasa sudah begitu sukar berubah: "Mereka tetap menggunakan taktik lama yang sama. Memang ada janji untuk melakukan bedah-siasat atas kekalahan Mac 2008 tetapi apabila didapati post-mortem itu menikam pemimpin atasan, ia terus dilupakan. Jadi, tidak hairanlah jika ada ahli Umno sendiri yang mendoakan BN kalah di Kuala Terengganu."

Di pihak Pakatan Rakyat pula, diharap hubungan erat semasa kempen dapat diinstitusikan. Lima negeri Pakatan harus menyerlahkan bentuk kerjasama yang boleh memberi banyak manfaat buat rakyat.

Persefahaman mantap Pakatan

Tidak mudah berdepan ketidak-tentuan ekonomi dan cabaran lain yang lebih sengit dalam waktu terdekat, namun dengan persefahaman pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri terbabit, segala kemelut mudah dirongkai.

Lebih menarik, "Pengisytiharan Mentaloon" dikeluarkan pada 18 Mac, sehari selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu, membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat, bertempat di kediaman Menteri Besar Kedah, di Sri Mentaloon, Alor Setar.

Impian rakyat untuk menikmati kehidupan lebih baik di bawah Pakatan begitu tinggi. Segala tawaran dalam manifesto masih ada yang belum tertunai. Masa Umno-BN sudah berlalu.

PAS terbukti dapat melalui ranjau dengan cemerlang sekali. KT bukan sahaja membuka laluan untuk menguasai kembali Terengganu, malah menunjuk jalan lurus ke Putrajaya, insya-Allah.

Dan terbukti penangguhan cetakan Harakah edisi Jumaat, Bil 1408, daripada pagi Sabtu kepada pagi Ahad, bagi menunggu keputusan pilihan raya, adalah langkah tepat! Kami tidak mahu terlewat untuk merakam satu sejarah baru dalam politik Malaysia._

19 Jan 2009

Rakyat menghukum BN, sekali lagi
chedet19 Jan 2009 0 Komentar


Oleh Zilkifli Nordin

Alhamdulillah, calun PAS, Hj Abdul Wahid Endut telah memenangi piliharaya kecil Kuala Terengganu P.36 dengan undi 32883, manakala calun BN memperolehi 32252 undi. Rakyat berbilang kaum sekali lagi menghukum BN dengan menolak calon yang bertanding. Mesej yang disampaikan oleh rakyat kali ini jelas walaupun BN telah menyalahgunakan jentera kerajaan termasuk PDRM dengan hasrat menakut-nakutkan pengundi.

Mereka membuat tipu-daya, dan Allah juga membuat tipu daya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.


Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar!

15 Jan 2009

Ganti Duta Palestin Di Malaysia...Hamas Bukan Fatah...
chedet15 Jan 2009 0 Komentar


Dalam Pilihan Raya Umum Palestin 3 tahun lepas (25 Januari, 2006)... perlu diingatkan Hamas telah memenangi 76 dari 132 kerusi yang dipertandingkan. Sedangkan Fatah cuma memenangi 43 kerusi...

Perdana Menteri Palestin pada masa itu, Ahmad Qorei meletakkan jawatan sebaik sahaja Fatah kalah dan mengakui...

"This is the choice of the people. It should be respected."


Dan kemenangan Hamas ini adalah hasil mandat rakyat Palestin yang mahukan Hamas melaksanakan manifesto utamanya iaitu ...

a. The destruction of jewish state

b. To replace the corrupted and ineffective Fatah movement.

Tentulah Israel terkejut beruk dengan kemenangan Hamas ini dan Amerika dan EU merasa gundah gulana kerana rencana mereka untuk mengekalkan boneka mereka di bumi Palestin tidak direstui rakyat Palestin sendiri.

Ron Prossor, orang kuat Israel dalam satu kenyataan di BBC terang2 menyatakan serangan ke atas Hamas adalah untuk mengukuhkan kedudukan Fatah. Sambil memperlecehkan Hamas dan Gaza, mangkok ini memuji2 Gerakan Fatah dan Tebing Barat yang dikatakan sebagai liberal dan vibrant....

Gaza bukan sahaja diserang malah sejak kemenangan Hamas...penempatan itu telah disekat segala2nya. Dari bekalan elektrik sehinggalah aktiviti ekonomi dan makanan. Fatah dan Mesir menjadi talibarut no. 1 Israel.

Selama setahun dari tarikh Hamas mengecap kemenangan itu, mereka sentiasa ditindas dan ditekan oleh kuasa2 besar dan Israel. Akhirnya mereka terpaksa duduk semeja dengan Fatah dan menadatangani Perjanjian Mekah pada 9 Februari, 2007. Malaysia ada peranan kotor dengan menjadikan tindakan Amerika dan sekutunya sebagai landasan hubungan negara ini dengan Palestin.

Apa tidaknya, Malaysia sebagai pengerusi NAM pada tahun 2006 telah melakukan kesilapan besar dengan 'recognised' Fatah sebagai the head of the Palestinian delegation sedangkan Hamaslah yang memenangi pilihanraya tersebut. Teman tidak tahu apakah reaksi Kuala Lumpur jika ada mana2 negara berdaulat mengiktiraf wakil Pakatan Rakyat sebagai ketua delegasi Malaysia di dalam satu persidangan antarabangsa sedangkan BN yang menang pilihanraya?

Kerajaan Malaysia memanglah mempunyai dasar yang flip-flop. Bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negara. Kita patut menghalau Duta Palestin ke Malaysia sekarang dan menggantikannya dengan wakil kerajaan Hamas jika kita benar2 bukan an American stooge.

Teman petik temuramah SHAHANAAZ HABIB dengan Menteri Luar Malaysia ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Jawapan2nya benar2 melambangkan Malaysia yang hipokrit dan tak dak teloq...

Q: For the Non-Aligned Movement (NAM) meeting in Kuala Lumpur recently, how come Malaysia allowed the Fatah and Hamas representatives to attend the Foreign Ministers meeting and acknowledged the Fatah representative as the head of the Palestinian delegation when it was Hamas that had won the elections?

A: We follow international practice. It is the Palestinian Authority that it is internationally recognised as representing Palestine. The foreign policy of Palestine is still determined by Mahmoud Abbas, the president (who is from Fatah), and he informed us that the person attending would be Farouk Kadoumi (from Fatah).

In order not to embarrass Hamas, which was already here, we made a compromise for both representatives to attend under the banner of the Palestinian Authority.

Q: What is Malaysia’s position on the elected government of Hamas? Does Malaysia recognise it as the legitimate government?

A: We recognise the government. But we also have to look at the constitution of Palestine. The appointment of the government, the prime minister and ministers lie with the president. Mahmoud Abbas is the elected president. So we must recognise the line of function.

Those are administrative matters that they must sort out. We do not want to get involved. You must distinguish between the head of state and head of government. In their case, they have a system where the head of state and head of government are both executives.

Under their constitution, the right of deciding on foreign policy and appointing ambassadors is with the president. Diplomatically, we asked them to attend together because they are both representing Palestine.

But the Hamas Foreign Minister (Mahmoud Zahar) said “them or nothing else”. He didn’t attend, he didn’t appear, and when he left, he didn’t tell us.

Q: Is Malaysia taking cues from the United States, which is uncomfortable with the Hamas?

A: No, no. You must respect the democratic result of the elections. Recently the Hamas prime minister and the president have come to an agreement to work together. But this is being hijacked by the Israeli invasion of Gaza.

Q: Why is there a lack of leadership in the OIC in terms of the present Middle East crisis?

A: Not a lack of leadership, but there is more difficulty now because of the exercise of the veto. US and Britain are not willing to get the UN Security Council involved. We have written to the five permanent members and the UN Secretary-General to bring the matter to the Security Council. We are even moving to get a special session of the general assembly on uniting for peace but it’s up to the secretary-general.

But if he feels that the matter is under siege by the Security Council, then it cannot be brought up by the UN. That is the hopeless state now, when there is no strong power we can call and move.

We have not shifted our foreign policy. I spoke to Indonesia and the Arab League. As far as they are concerned, the Quartet (compromising the United States, the European Union, the United Nations and Russia) has failed. And the peace process is dead. They want the matter to be brought back to the Security Council.

Israel must not be given a carte blanche to do what they like. You can talk about releasing the two Israeli soldiers, about terrorism, but you must also talk about civilian killings. Israel is like a superpower in that area against a people who do not even have a conventional army.

Sekarang kita kununnya mahu menjadi jaguh pembela rakyat Palestin yang terbunuh dan syahid di Gaza sedangkan kita sebenarnya adalah hipokrit besar...Cheehhh...!!

14 Jan 2009

Pas dakwa penyokong UMNO cetus isu perkauman
benludin14 Jan 2009 0 Komentar

KUALA TERENGGANU – Pembangkang semalam menuduh penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba mencetuskan isu perkauman dengan pengedaran risalah memburukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, penyebaran risalah berkenaan dilihat cuba menaikkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat Melayu.

Menurutnya, ini kerana perkataan dalam risalah itu seolah-olah menggambarkan Abdul Khalid memenuhi sebahagian besar keperluan orang Cina dalam aspek pihak berkuasa tempatan (PBT) dan membelakangkan orang Melayu

“UMNOlah ni, memang tidak tulis nama, UMNO. Kempen kita secara terbuka, Pakatan Rakyat sama, kita tidak cakap pada Melayu demikian dan Cina demikian,” katanya kepada pemberita, semalam.

Antara perkataan yang dianggap ekstrem berbunyi ‘sampai bila orang Melayu akan terus terlena sehingga tuan menjadi hamba, hamba menjadi tuan’ dan ‘hanya kerana nak tebus kuasa, Tan Sri Khalid sanggup jual maruah bangsa Melayu’.

Beliau menganggap pelaku yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan mahu melaga-lagakan rakyat di negara ini termasuk memburukkan pemimpin pembangkang.

“Kita harap pengundi tidak termakan dengan tindakan ekstrem yang dilakukan pemimpin UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, kita nak perpaduan, nak harmoni tetapi memecahbelahkan masyarakat, bukan PR tapi BN, ni yang kita payah nak sampai pada perpaduan ini,” katanya.

12 Jan 2009

Kasi pecah !!
Ir Dr bin.harun12 Jan 2009 1 Komentar

Pada hari Ahad, 11 Januari 2009, ahli DPPWM dgn kekuatan 12 shabab telah menjalankan kempen “KASI 'PECCAH' ITU KFC & MCD”.

Dalam 'serbuan' ini,beberapa kawasan target dikenalpasti,antaranya di McD@Petronas,Tmn Melati, KFC & McD @ Plaza Idaman, KFC Jln Genting Klang serta KFC & Pizza Hut di Carefour, Wangsa Maju.

Kami telah berpecah dlm beberapa kumpulan dan operasi 'jihad' ini bermula sekitar jam 5.30 ptg.

Kebetulan, saudara rashidi telah menjemput wartawan Sinar Harian untuk membuat sedikit liputan akan program ini.

Objektif utama adalah untuk menyedarkan masyarakat khususnya orang Islam akan usaha memboikot semua Produk Amerika yg menjadi proksi Israel dan buat permulaan kami mensasarkan jaringan restoran fastfood spt KFC & McD di sekitar Wangsa Maju.

Modus operandi kami ialah telah menyebarkan handbill kepada semua pengunjung yang berkunjung ke premis tersebut, dan Alhamdulillah 'jihad' kami telah memberi kesan kpd sebilangan pelanggan.

Yang pasti setiap kerja dakwah pasti akan ada halangan dan ujian.Ahli DPPWM tidak terkecuali dari ujian ini. Kami telah dihalau oleh manager restoran termasuk juga pihak pengurusan premis meminta pihak polis untuk menghalang usaha kami. Alhamdullillah pihak berkuasa tidak cepat melatah dan menari ikut rentak pengurusan premis.

Ini adalah antara usaha dan langkah awal yang diambil oleh DPPWM bagi mencetus kesedaran kpd semua Parti2 politik termasuk NGO utk terus menerus turun padang dan bukan sahaja mewar-warkan dalam media.

Yang pasti, operasi di depan premis rangkaian U.S ini lebih membuka mata dari hanya mengedar handbill di depan kedai mamak.Hanya puji-pujian kpd ALLAH SWT yg dapat diucapkan pabila melihat org Islam meninggalkan premis-premis ini.

Akhir kalam, Starbucks...nanti kan kedatangan kami....!!!!

Jazakaallah khairan kasira ....

Oleh : Yuamri

maaf tiada posing2 maut utk tatapan pengujung...

SAVE GAZA
chedet 0 Komentar











Bantuan boleh di buat ke alamat berikut:-
Aman Palestin Berhad (www.amanpalestin.org)

Dana dan sumbangan :
BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787
Dana Pengurusan :
Muamalat 12070005133717

Mercy Malaysia (www.mercy.org.my)
Palestine Relief Fund : CIMB Account No : 1424-000-6561053

*http://savepalestinetoday.blogspot.com

5 Jan 2009

Sumbangan Anda Diperlukan !!!
Ir Dr bin.harun5 Jan 2009 0 Komentar

Assalamualaikum warah matulllah hiwabarkatuh,

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

DPPWM dengan kerjasama PAS Kawasan Wangsa Maju, berhajat untuk membeli satu lot rumah kedai dikawasan Melati Utama, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Dianggarkan kos bagi memiliki lot tersebut mencecah RM200,000 tidak termasuk kos renovation.

Sehubungan dengan itu, para ahli DPPWM sedang giat mengumpul dana bagi menampung kos pembelian ini dan juga kami memohon jasa baik para pembaca blog menyumbangkan wang anda dalam merealisasikan impian kami untuk memiliki Pusat Tarbiyah bagi mengerakkan dakwah Islam di kawasan Wangsa Maju ini.

Kami juga mohon jasa baik anda untuk memanjangkan dan mewar-warkan posting ini ke blog-blog atau ke laman-laman web anda ataupun setidak-tidaknya dapat memanjangkan melalui email kepada sahabat-sahabat dan rakan pejabat anda yang lain.

Moga dengan pertolongan dan sumbangan anda baik wang ringgit atau tenaga dapat membantu di alam barzakh kelak kerana salah satu antara bekalan diterima adalah membuka jalan kebaikan agar orang lain juga dapat membuat kebajikan.

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.