27 Nov 2008

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ke Tanah Suci
Ir Dr bin.harun27 Nov 2008 0 Komentar


" Labbaik Allah humma labbaik , Labbaik la sharika laka labbaik , Innal hamda , Wan-ni'mata , Laka walmulk , Laa sharika lak "

Alhamdullillah, di beritakan Tuan Guru Presiden telah di kurniakan rezeki untuk menjadi tetamu ALLAH pada tahun ini.

Insyaallah, Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang akan berangkat ke tanah suci hari ini bagi menunaikan fardhu haji.

Kami di DPPWM mendoakan agar ALLAH taala memberikan kemudahan dan kesihatan ke atas tok guru sepanjang pemergian beliau.

"Ya ALLAH, berilah keselamatan perjalanan tuan guru pergi dan balik, permudahkan urusan beliau, berikanlah kekuatan untuk tuan guru beribadat dan beramal.Ya ALLAH kurniakan haji yang mabrur kepada tuan guru kerana tidak ada balasan bagi haji mabrur, kecuali surga. Ya Allah terimalah doa kami , AMIN "

26 Nov 2008

Anwar kecam tindakan polis halang ceramah bantah ISA di MPAJ
chedet26 Nov 2008 0 Komentar

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon Nov 24, 08 1:08:42 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan polis mengganggu dan menahan beberapa aktivis dalam ceramah perdana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi.


Menurut Anwar, ceramah yang dianjurkan PAS itu diganggu polis sebelum ia sempat dimulakan, dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.

"Kita buat ceramah membantah akta yang zalim diganggu polis, tetapi jika Umno buat himpunan, polis tidak pernah ganggu, inikah demokrasi?," katanya ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Bendahari KeADILan, William Leong; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar seterusnya mempersoal kecenderungan polis yang mutakhir ini kerap menggunakan kekerasan bagi menyuraikan himpunan aman anjuran Pakatan Rakyat.

Sedangkan pelbagai himpunan yang dianjurkan Umno yang membawa isu perkauman yang dikhuatiri mengundang masalah ketenteraman awam tidak diambil peduli, katanya.

Beliau turut mengecam beberapa pertubuhan dan individu yang menyokong pelaksanaan ISA sebagai akta yang kononnya didakwa mempertahankan orang Melayu.

Walhal, akta tersebutlah yang sebenarnya banyak memenjarakan orang Melayu yang akhirnya memangsakan anak-anak dan keluarga Melayu, kata Anwar.

Dalam kejadian di Padang MPAJ malam tadi, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.

Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

Difahamkan belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain.

Dilaporkan suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Menurut laporan kira-kira sembilan oarang ditahan yang di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Pengarah Unit Amal (3); Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah (unit amal DPPWM), Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid. Bagaimanapun kesemua sembilan yang ditahan telah dibebaskan jam4.30 pagi tadi.-


22 Nov 2008

Isteri Pengebom Bali Tulis Buku Tentang Mukhlas @ Ali Ghufron
chedet22 Nov 2008 0 Komentar


Semoga Mereka Mendapat "Sayyidush Shuhada'"
JOHOR BHARU: Faridah Abbas, isteri kepada Mukhlas, salah seorang daripada tiga militan Indonesia yang dihukum mati Sabtu lepas kerana terlibat dalam kejadian pengeboman Bali yang mengorbankan 202 orang enam tahun lepas, telah menulis sebuah buku mengenai suaminya. Abbas Yusof, 72, bapa kepada Faridah, berkata buku berjudul "Orang Hilang Ayah Terroris" dihasilkan anaknya, seorang guru tadika Islam di sini, kerana ia amat menyanjungi suaminya yang dianggapnya mati syahid. "Tidak ada perasaan kesal di pihaknya terhadap apa yang telah berlaku," katanya kepada Bernama dalam pertemuan eksklusif di sini, hari ini.

Abbas, seorang peniaga kecilkecilan berkata, hasil perkongsian hidup di antara allahyarham Mukhlas dengan anaknya, mereka telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan. Pada ketika ini menurut beliau, Faridah yang ditemani oleh dua orang anaknya masih berada di Indonesia, untuk menghadiri upacara pengebumian Mukhlas di Tenggulun, Jawa Timur dua hari lepas. Pada Sabtu lepas, Mukhlas, 48, adiknya, Amrozi, 47, dan Imam Samudra, 38, telah menjalani hukuman mati oleh skuad penembak khas di Nusakambangan, sebuah pulau yang dijadikan penjara.



Mukhlas atau turut dikenali sebagai Ali Ghufron dan Amrozi telah dikebumikan di Tenggulun, manakala Imam Samudra pula disemadikan di kampung halamannya di Serang, Banten. Abbas yang kini menjadi penjaga kepada anakanak Mukhlas berkata, keenamenam cucunya kecuali seorang yang masih terlalu kecil, mengetahui tentang apa yang telah berlaku terhadap bapa mereka. "Kami menonton televisyen bersama-sama dan mereka tahu tentang apa yang telah berlaku terhadap bapa mereka. Saya tidak mahu berselindung dengan mereka tentang kejadian itu (hukuman mati Mukhlas)," katanya. Kesemua cucunya kecuali yang sulung menurutnya, telah menerima dengan tenang pelaksanaan hukuman mati terhadap bapa mereka dan tidak menunjukkan sebarang emosi yang keterlaluan.

Kebanyakan anak-anak Mukhlas masih kecil dan tidak begitu mesra dengan bapa mereka, katanya. "Tetapi saya lihat raut wajah yang sulung (anak perempuan Mukhlas) berusia 16 tahun itu berubah apabila televisyen menyiarkan berita mengenai hukuman mati bapanya. "Saya biarkan dan tidak bertanya, kerana bimbang tentang emosinya," kata Abbas. Bagi Abbas pula, pandangan peribadi tentang menantunya adalah beliau merupakan seorang bapa yang baik terhadap anak-anaknya tetapi "di dalam soal perjuangan beliau adalah seorang yang tidak mempunyai sikap tolak ansur." Ditanya bagaimana titik pertemuan anaknya dengan Mukhlas, beliau berkata, mereka tidak pernah melihat atau mengenali di antara satu sama lain sebelum kedua-duanya berkahwin. "Saya yang meminang Mukhlas kerana tertarik dengan ilmu (agama) yang dia ada dan sebagainya. Saya tanya kepada Mukhlas, 'Aku nak kahwinkan kau dengan anak aku, jangan kata setuju atau tidak. Aku beri kau tempoh satu minggu." LAGI "Dia (Mukhlas) mahu melihat perempuan (Faridah) dan tidak lama selepas itu mereka bernikah," katanya.

Pasangan suami isteri, Mukhlas dan Faridah menurutnya, kemudiannya menginap di sebuah madrasah di Ulu Tiram di mana warga Indonesia itu merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar selama beberapa tahun. Apabila Faridah melahirkan anak kedua mereka, kata Abbas, adik Mukhlas, Amrozi mengikut jejak abangnya dan tinggal serta belajar dengan abangnya. Di antara tahun 2000 dan 2001 katanya, menantunya itu telah meninggalkan madrasah di Ulu Tiram untuk mengajar di sebuah madrasah di Kelantan, sebelum kembali ke Indonesia. Ditanya adakah beliau kesal kerana menjadikan Mukhlas menantunya, Abbas berkata, "Saya akan mengingati beliau (Mukhlas) sebagai seorang pejuang dan menantu yang baik terhadap keluarganya". BERNAMA Sumber : mstar WaLlahu'aklam.


19 Nov 2008

Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA
Ir Dr bin.harun19 Nov 2008 0 Komentar

Kuala Lumpur: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sedang merancang mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Mac tahun depan (Mac 2009) di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA serta bebaskan semua tahanan tanpa syarat.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ketika dalam sidang media 6 November lalu, berkata, akta drakonian itu semakin mendapat tentangan daripada semua pihak termasuklah parti komponen BN iaitu Gerakan dan MCA.

Sehubungan itu, suatu Majlis Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dataran MPAJ, Pandan Indah
Masa : 9 malam

Pemidato Utama :
1) YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
2) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)
3) YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP)

Penceramah :
1) Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS)
2) YB Salahuddin Bin Ayob (Ketua Pemuda PAS Pusat)
3) Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Pengerusi GMI)

Karpal gesa Ketua Hakim Negara letak jawatan
chedet 0 Komentar

http://www1.mstar.com.my
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menggesa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi supaya meletak jawatan secara terhormat dalam masa tujuh hari berkuat kuasa hari ini.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau membuat gesaan tersebut atas kapasiti Pengerusi Kaukus Integriti dan Kebebasan Kehakiman, berikutan kenyataan Zaki dalam satu persidangan integriti di Kuching pada 7 November lalu bahawa beliau pernah memberi rasuah

“Tiada ada keraguan lagi yang Tan Sri Zaki berkata perkara berikut : ‘Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini’.


“Tan Sri Zaki tidak boleh dan tidak seharusnya menafikan yang beliau telah mengungkap perkara itu,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Karpal berkata, beliau mempunyai rakaman audio berhubung apa yang dikatakan Zaki itu namun enggan memberitahu daripada rakaman tersebut diperolehi.

Karpal berkata, penjelasan Zaki berhubung isu tersebut yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris juga adalah satu pembohongan yang mencerminkan kekurangan integriti dirinya.

“Dalam memberikan kenyataan itu, beliau (Zaki) telah mengelirukan seluruh negara. Justeru, beliau bukanlah orang yang layak memegang jawatan Ketua Hakim yang telah memalukan institusi kehakiman,” katanya.

Karpal berkata, jika Zaki tidak meletak jawatan dalam tempoh yang diminta, beliau tidak ada alternatif lain selain membuat usul terhadap Zaki di bawah Artikel 127, Perlembagaan Persekutuan kerana telah mengelirukan negara dengan apa yang dipanggil Zaki sebagai penjelasan.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 8 November lalu menyiarkan sebuah artikel berhubung pengakuan Azmi yang pernah menghadapi masalah korupsi di dalam mahkamah.

Pada hari berikutnya, Zaki membuat penjelasan dalam akhbar yang sama bahawa apa yang dikatakan beliau telah disalah tafsir oleh wartawan akhbar terbabit dan beliau tidak pernah memberi atau menerima rasuah.

Sementara itu, Karpal turut meminta Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) supaya menyerahkan nama ahli-ahlinya yang berminat untuk menyertai kaukus kehakiman.

Beliau berkata, kenyataan Pengerusi BNBBC bahawa hanya jawatan timbalan pengerusi kaukus dibuka kepada BN adalah salah.

“Pakatan Rakyat mempunyai 81 ahli dalam Parlimen. Hanya 55 tandatangan ahli Parlimen yang diperlukan bagi membentuk satu perempat daripada ahli Parlimen untuk membuat usul berhubung kelakuan seorang hakim di bawah artikel 127,” katanya.

Pada Khamis lalu, Karpal telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Zaki di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Dalam laporannya, Karpal menggesa pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan satu siasatan lengkap di bawa Akta Pencegahan Rasuah 1961 berhubung kenyataan yang dibuat Zaki.

Karpal memfailkan laporan polis tersebut setelah usulnya supaya Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Zaki itu ditolak buat kali kedua pada hari sebelumnya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.

18 Nov 2008

Siapakah reformis Ramlan Abu Bakar?
chedet18 Nov 2008 3 Komentar

Tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian berkaitan dengan ancaman mogok bogel dari Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dipengerusi oleh Ramlan Abu Bakar.
Alasan yang diberikan adalah kerana sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat. Reformis juga bersedia untuk berdebat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat demi membela golongan miskin di Selangor yang terus ditindas.

Persoalan yang bermain dibenak fikiran kita sekarang ini ialah siapakah sebenarnya Ramlan Abu Bakar? Adakah dia ini benar-benar reformis yang betul-betul berjiwa rakyat dan amat prihatin dengan masalah rakyat? Adakah rakyat miskin amat bersetuju dengan cadangan dia ini untuk melancarkan kempen mogok bogel? Apakah hanya ini sahaja caranya atau kaedah yang ada untuk kita mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalah yang timbul?

mSecara peribadi cadangan untuk mengadakan kempen mogok bogel adalah satu cadangan yang paling keji, jijik dan teramat-amat bodoh. Tindakan ini akan menjatuhkan maruah peribadi kita sebagai seorang muslim. Lupakah kita pada balasan Allah? Kita berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam setiap perjuangan kita mesti letakkan nama Allah di atas kerana keberkatan sesuatu perjuangan itu datangnya dari Allah. Apabila kita berjuang menuntut keadilan dengan mogok bogel, ianya amat menyimpang dari suruhan Allah. Adakah Allah akan memberi keadilan yang dituntut itu kepada kita?

Para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat diharap tidak terperangkap dengan isu mogok ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari identiti sebenar Ramlan Abu Bakar ini. Bongkarkan latar belakangnya agar semua penyokong dan pendokong tahu siapakah dia Ramlan Abu Bakar. Apa yang dibimbangkan adalah mungkin ianya satu permainan yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat demi untuk menjatuhkan maruah kerajaan Pakatan Rakyat dimata rakyat.

AnakKechil
anak-kechil.blogspot.com


17 Nov 2008

QAIDAH
chedet17 Nov 2008 0 Komentar


Qiadah, if she is a woman, she must be such a lovely lady. Although she is not a woman, she has been my wife for the last few weeks. She is the reason why I am not able to update this blog and also not able to answer those phone calls or reply those sms-es. She is my day and night.

Well, Kelantan Chief Minister Incorporated (PMBK) has published her first corporate magazine and has been dubbed as the first such magazine produced in Kelantan. The one-hundred pages magazine features everything about Kelantan and mostly captures those things that exclusively belong to Kelantan.



This magazine is named Qiadah by Tok Guru Nik Aziz. You can get your free personal copy of Qiadah from any prominent hotels in Kota Bharu. Qiadah will also be distributed in selected Malaysian and foreign embassies, libraries, museums and tourist centres.

For loyal readers of Kickdefella whom yet to be in Qiadah mailing list, please email your complete mailing address to qiadah@yahoo.com. Qiadah will be sent to you via airmail, no matter in which continent you are. For those who would love to help distribute or advertise your business, products and services in Qiadah please call Mr. Zaidi Hj Abdullah at +609 744 6800. Qiadah is a quarterly publication, published by Kelantan Chief Minister Incorporated and produced by Global Media Channel Sdn Bhd.

(Kepada pembaca dppwm yang belum mendaftar untuk menerima majalah Qiadah, sila email alamat surat menyurat anda kepada qiadah@yahoo.com. Qiadah akan diposkan kepada anda tanpa mengira dimana anda berada).

12 Nov 2008

Tamrin Pemuda Wilayah
Abe Joe12 Nov 2008 1 Komentar

HARI

MASA

PERKARA

SABTU

(15 Nov 08)

12.00-1.00 tgh

Pendaftaran (makan tengahari tidak disediakan)

1.15 tghr

Solat zohor berjemaah

2.00 ptg

Taklimat Program

2.30 ptg

Kuliah 1

Fiqh Awlawiyat dalam Gerakan Islam

Oleh : Ustaz Zaharuddin Mohamad

4.30 ptg

Solat Asar + Al-Ma’thurat

5.15 ptg

Modul riadah 1

6.45 ptg

Makan malam + Solat maghrib

Tazkirah (disampaikan oleh peserta)

Solat isyak

9.00 malam

Modul Khas 1

(Siri Pemantapan Pemuda)

10.00 malam

Pengisian :-

Wala’ Wal Barra’

Oleh : Ust Riduan Mohd Nor

12.00 pg

Minum malam / Tidur

4.30 pg

Qiamullail

AHAD

(16 Nov08)

5.45

Solat Subuh + Kuliah Subuh

Amal jamaie dan Amal Iijtimaie

Oleh : Ust Riduan Ismail

7.30 pg

Modul Riadah 2 + Sarapan + Urus diri

8.30 pg

Sesi Khas Pemantapan Pemuda

Debat Parlimen

10.30 pg

Minum pagi

11.30

Pembentangan resolusi Pemuda Wilayah

12.00 tghr

Perasmian Penutup : Penghayatan Baiah

Oleh : Idris Hj Ahmad

1.15 tghr

Solat Zohor + Makan tengahari

2.00 ptg

Kemas2x + Bersurai


Beberapa tindakan DPPK Wangsa Maju:-

1. Beli hamper (hadiah) untuk 3 kumpulan - Kos RM 20-30. Claim selepas program.
2. Sediakan 3 biji bola takraw (sepak raga). - kos diclaim selepas program.
3. Buat peraturan permainan sepak raga bulatan ikut kumpulan. Siapa menang akan diberikan hadiah.
4. Sediakan 3 orang pengadil untuk permainan sepak raga tersebut.
5. Masa permainan adalah pada jam 5.15 ptg hari sabtu (15 Nov 08), tempat di dataran belakang Markaz.


Harap maklum

4 Nov 2008

Dah jumpa ayat haramkan judi ????
Ir Dr bin.harun4 Nov 2008 1 Komentar

"Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?"
(Al-Maidah : 90 & 91)



Macam tak percaya bile mata dan telinga ini ketika melihat berita NTV7 semalam.

Terkejut tu memang ler terkejut, nak confirm kan lagi berita tu, saya berpaling ke isteri di sebelah dan bertanya betul ke tak berita nih..

Nyata ini bukan cobaaann ini betui betui....

Kalau yg bercakap tuh ahmad ker, tuan aji ker, cik siti ker, tak de ler rasa terkejut sangat, tapi yg bercakap nih si mata sepet yg selalu dituduh chauvinist.

Semalam, Lim Guan Eng sewaktu sidang media di Lobi Parlimen, mencadang serta memohon kerajaan BN Islam Hadhari supaya mengurangkan jumlah menikam nombor ramalan (nombor ekoq) dari 10 kali seminggu kepada 6 kali seminggu.

(Lihat berita disini thestar.com.my)

Nampaknya Lim Guan Eng dah memahami barah berjudi ni kpd masyarakat dan rasa2nya beliau faham kenapa Islam mengharamkan judi. Agaknya Guan Eng dah jumpa ayat Haram judi kot ???.. Dan di atas syariat inilah kerajaan PAS Kelantan menutup premis-premis judi di negeri serambi mekah sedekad yg lalu, insyaallah akan disusuli oleh kerajaan Kedah pula selepas ini.

Kalau Guan Eng boleh cadang kurangkan tempoh berjudi, saya berpendapat ahli-ahli parlimen Islam patutnya minta lebih dari apa yg Guan Eng pohon... Tutup terus pusat-pusat judi ni !

Tapi jangan pulak terkejut,tak pun buat-buat la muka terkejut bile ada bangsa melayu mengaku Islam yg memperlekehkan saranan Guan Eng nih dan yg lebih hebat mempertahankan hujah perlunya kpd syarikat2 dan pusat2 judi dlm menjaga ketuanan melayu mereka ...kuii kuuiiii kuiii

Lihat sajalah sewaktu Kerajaan PAS Kelantan 'implement' mengharamkan lesen premis judi dan arak, ada tak puak2 keris telanjang menyokong? Nak jawab pun malas...lu pikir le sendiri !!!


p/s: Salam ustaz-ustaz JAWI, cam mana dgn report oleh DPPWM ttg gejala melayu Islam membeli nombor ramalan tempohari? Dah buat serbuan ker? atau report tu dah 'hilang' atas meja pengarah ???


3 Nov 2008

2008...Pertama Kalinya.
benludin3 Nov 2008 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim

Pertama kalinya..

Dalam sejarah Malaysia, kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN selama 50 tahun, kehilangan 5 + 1 (WP) negeri di bawah kekuasaannya kepada pembangkang.

Bagai nak gila orang-orang UMNO/BN sementelah lagi para pemimpinnya. Lari sini lari sana cuba selamatkan harta dan periuk nasi.

Yang pegang fail, musnahkan. Takut pemimpin baru nanti tahu segala penyelewengan. Yang pegang duit, pindahkan duit agar pemimpin yang akan datang tidak dapat merasai kemewahan itu semua.

Pertama kalinya...

Para penyokong tegar UMNO/BN ini menjadi suka pula kepada demonstrasi. Menjadi 'beruk-beruk' di jalanan. Demonstrasi sini, piket sana. Sorak sini, jerit sana. Semuanya kerana terkejut dek kerana hilang kuasa. Tak puas hati sikit, naik banner. Tak suka sikit, unjuk rasa.

Sekarang ni takpe lagi sebab masih di bawah kerajaan lama, bolehlah kata demonstrasi aman atau perhimpunan aman. Tapi kalau dah tukar kerajaan nanti, jangan cari masalah. Takut nanti jadi penghuni KEMTA yang begitu disanjungi para pemimpin sendiri.

Pertama kalinya...

Harga minyak di Malaysia ni, boleh berlaku turun naik. Kalau dulu harga minyak dunia aje yang turun naik tapi harga minyak di negara kita ni asyik mencanak aje naiknya. Tak pernahlah nak turun-turun kalau sekali dah naik.

Pernah pada tahun 2004, berlaku sehingga 2 kali kenaikan. Fuhhh... tiada siapa yang boleh menghalang.

Tapi sejak PRU-12 yang lalu, kerajaan pusat berubah sama sekali. Minyak naik sekali, tapi turun sehingga 4 kali dalam masa 3 bulan. Fuhhh... bagai nak gila pula penyokong kerajaan ni kata pemimpin mereka prihatin. Padahal mereka telahpun mengaut keuntungan dari kenaikan harga yang lalu.

Bayangkan harga kenaikan Rm 0.78 tapi turun Rm 0.55. Tak untung ke tu? Walhal harga minyak di pasaran dunia kini adalah di paras harga Rm 1.92 dulu. kenapa mesti turun sikit-sikit, sepatutnya kembali ke harga yang asal. Itupun suruh rakyat berterima kasih kerana pemimpin prihatin.

Bayangkan, seseorang yang datang menumbuk muka kita hingga bengkak-bengkak, lepas tu dicucinya dengan kain basah dan ditaruhnya ubat lalu meminta kita mengucapkan terima kasih. Apa kata anda?

Pertama kalinya...

Para pemimpin UMNO/BN sibuk dengan isu perlunya calon-calon yang ingin bertanding kerusi kepimpinan berdebat untuk buktikan kejaguhan. Itupun kena sembunyi-sembunyi, takut orang manipulasi, katanya.

Nak ambil contoh keterbukaan Amerika tapi kena buat secara tertutup. Apa ni? Ini tak lain kerana pemimpin-pemimpin mereka tidak mempunyai kebijaksanaan dalam memimpin akibat tiada visi dan misi. Sebab itu kena buat sorok-sorok, takut rakyat tahu kebodohan mereka melalui hujah-hujah yang akan mereka sampaikan.

Contoh yang paling ketara ialah debat harga minyak antara Dato Seri Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek pada Julai yang lalu. Mereka tidak mahu malu kerana mempunyai pemimpin yang bercakap laksana tong kosong. Bunyinya kuat tetapi tiada isi.

Pertama kalinya...

Kami para pemuda perjuangan islam ingin menyeru kepada seluruh orang-orang melayu, marilah sertai perjuangan islam yang dibawa oleh PAS. InsyaAllah anda akan dapati jalan hidup yang sebenar-benarnya menuju Allah SWT.

Kalau melayu yang kita hebohkan, islam akan meninggalkan kita tetapi kalau islam yang kita tegakkan, pastilah melayu itu akan tinggi menjulang.

Yakinlah dengan janji Allah, jika redhaNya yang kita cari, maka pasti redha itu yang akan kita temui. Sesungguhnya perjalanan hidup kita hanya menuju akhirat, tidak akan sama sekali kita mati lalu pergi ke suatu negeri lain selain negeri akhirat yang segalanya adalah milik Allah SWT.

Renungkanlah serta bertindaklah segera sebelum maut menjemput kita sedangkan kita masih leka di dalam kesesatan melayu yang tiada penghujung.

Takbir!!! Allahu Akbar

Tazkirah Buat Pengantin
Abe Joe 0 Komentar

Alhamdulillah, Pujian selayaknya bagi Allah yang menyempurnakan segala nikmat kepada hambaNya.
Klip walimah saya, untuk dikongsi sedikit dari peringatan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Perancangan asalnya dimasjid Pulau Melaka selepas subuh, namun perancangan Allah lagi Besar. Atas sedikit masalah, terlewat 30 minit.. Namun diteruskan juga di Rumah TGNA.
Terharu mendengar Tazkirah Khas dari Tuan Guru. Apapun, saya berminat untuk berkongsi kefahaman dan penghayatannya bersama-sama. Moga yang baik mampu bersama dikutip sahabat2 yang sudah dan akan berwalimah. Kalau rasa posting ini agak personal. Boleh remove yea..



Jadi kebetulan ambo nak ghoyat dua perkara..

Bila kita berkahwin dengan satu orang, kita tidak jadi macam kawan. Bila kita berkahwin, tidak serupa dengan masa kita berkawan. Kita berkawan nie, seorang lelaki dengan perempuan itu perkara biasa. Tanggungjawab kita tidak banyak terhadap kawan. Bila kawan kita pong bertukar menjadi isteri kerana kita berkahwin, maka segala makan minum dia, kain pakai dia ke atas kita seratus-peratus. Tak boleh kita minta sesen pong duit dia. Katakanlah.. kita takdok duit,(tapi) dia ada duit. Kita kahwin dengan dia kita kata, “Awak belanjalah..”. Tak boleh!! Hak dia. Allah Taala memberi kuasa kepada perempuan memiliki harta. Kalau dia nak beri sukarela takpe. Tapi kalu dia beri tuh dengan mmecok (merungut), rumah sewa dengan mmecok, minyak kereta dengan mmecok, berdosa kita!! Tidak lepas begitu, berdosa kita!! Mahu tak mahu. Jadi dengan itu, bila kita kahwin wajib atas kita jaga makan minum dia, kain pakai dia, rumahtangga dia. Sewa rumah belako atas kito belako.

Yang keduanya masalah nafqah batin, nafqah batin ni bukan sekadar tidur dengan dia saja. Nafqah batin ni apa sahaja perkara yang boleh menyenangkan hati isteri, namanya nafqah batin. Misal kata, kita pergi Kuala Lumpur tok beroyat (bgtau), 2..3.. hari tak balik rumah tak ghoyak sepatoh, ini suami yang tidak menunaikan nafqah batin. Dia berserabut.. pergi ke manalah abang aku. Tak boleh!! Berdosa kita.
Hak perempuan serupa dengan tanggungjawab perempuan. Perempuan, kita bertanggungjawab menjaga dia dan dia juga bertanggungjawab menjaga dia. Maknanya apabila kita berkahwin ini serupa pinang dibelah dua, hok balik nie(kanan) pong pinang.. balik nie(kiri) pong pinang. Jangan kata semata-mata kita.. kalau kita tanggung dia, dia tak peduli kita berdosa dia. Kalau dia jaga kita, kita pula buat tak peduli dia.. berdosa kita. Dosa nie, benda yang tak boleh nak lari…”



Terima Kasih Tuan Guru...



AbeJoes@abejoes.blogspot.com
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.