31 Jul 2008

PAS tolak kerjasama dengan Umno, Barisan Nasional
Ir Dr bin.harun31 Jul 2008 0 Komentar

Alhamdullillah selesai sudah mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung petang tadi. Sudah tentu topik perbincangan yang menjadi perhatian semua berkenaan
dengan muqabalah.

Keputusan syura telah menolak sebarang kerjasama dengan Umno Barisan Nasional untuk mewujudkan kerajaan pakatan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri yang diperintah dan diterajui oleh PAS.

Sehubungan dengan itu Tuan Guru Presiden telah pun mengeluarkan kenyataan media berkenaan hal ini. Berikut kenyataan beliau. Takbir !

PAS TOLAK TAWARAN UMNO TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH

PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008

dipetik dari blog Roslan SMS (S/U Akhbar Presiden PAS), http://n32.blogspot.com

Anwar Bertanding Di Permatang Pauh
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Wan Azizah hari ini telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai ahli parlimen Permatang Pauh kepada speaker Dewan Rakyat. Perletakan jawatan ini sekaligus telah menamatkan spekulasi tentang kawasan pilihan bagi Anwar Ibrahim bertanding.





Dalam sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah telah bersedia memberi laluan kepada Ketua Umum PKR yang juga suami beliau untuk mengambilalih kerusi parlimen Permatang Pauh tanpa melepaskan jawatan sebagai Presiden PKR.

Dengan perkembangan ini, proses peralihan kuasa kerajaan pusat dari parti pemerintah BN kepada Pakatan Rakyat akan menjadi semakin hampir. Sudah pasti selepas ini semua jentera kerajaan akan dikerah paksa ke permatang pauh bagi menggagalkan usaha Anwar Ibrahim untuk memenangi kerusi tradisi beliau.

Persoalan siapa lawan Anwar pasti akan menjadi tumpuan selepas ini. Adakah Ezam si Penyimpan kotak akan dipertaruhkan oleh Pak Lah atau masih mahu mengekalkan Ustaz penendang peti undi, Firdaus ...??? Sama-sama lah kita nantikan.

Permatang Pauh: Presiden letak jawatan, Anwar tanding

PRESIDEN KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melepaskan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan memberi laluan kepada suaminya yang juga Ketua Umum Anwar Ibrahim bertanding di kawasan berkenaan.

**********************

KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dan Presiden Dr Wan Azizah akan membuat satu pengumuman peting dalam sidang media petang ini di Ibu Pejabat KeADILan.

Muktahir ini, beberapa perkara penting yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim akan diumumkan bila tiba masanya kelak.

Diantaranya adalah mengenai penyertaan beliau dalam Pilihan Raya Kecil yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Selain itu, isu yang lebih ditunggu oleh rakyat ialah mengenai kemasukan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyertai Pakatan Rakyat.


dipetik dari www.suarakeadilan.com

30 Jul 2008

Dialogue session with residents of Kg Setia Jaya
benludin30 Jul 2008 0 Komentar

July 27, 2008 by weechookeong

Sunday today I was at Kg. Setia Jaya from 10.00 a.m. to 12 noon. The residents and I had a dialogue session and we talked about a few matters.



L-R: Tuan Haji Yusuff, Chairman of PAS Kg. Setia Jaya Branch; Wee Choo Keong, MP for Wangsa Maju; Encik Kamarulzaman, PAS Youth Chief for Wilayah Persekutuan; Encik Buhary, Deputy Chairman of Parti Keadilan Rakyat Wangsa Maju.





I was shocked to learn from the residents that Kg. Setia Jaya had only received their electricity supply just a few years ago. From where I stand I can see that the residents do not ask for much. All they ask for are basic amenities like more street lights, a better security and better drainage system where they live, and, the right to a roof above their heads for them and their families.

After the dialogue session, I went on a guided tour around the kampong to get a first-hand knowledge of the problems faced by the residents. I must convey my thanks to Encik Mahathir, a PAS Youth member and Master of Ceremony (MC) for the event, who kindly took me around on his motorcycle.

I also took some time off to visit Encik Mohd Sidek, Secretary of PAS Kg. Setia Jaya Branch, who had taken ill and was bed-ridden shortly after the March 08 General Elections.



Before we ended the day, we had a group picture taken with some of the young activists from both Parti Keadilan Rakyat (PKR) and PAS.



I would like to also take this opportunity to thank Encik Izamudin, who is a PAS Youth Chief and organiser of the event, and the residents of Kg. Setia Jaya for setting up the venue and preparing the food for lunch. Without their earnest contribution and effort, the dialogue session would not have been as successful.

Syabas dan ribuan terima kasih!

28 Jul 2008

PAS-UMNO BUBAR - UMNO BERANI KE?
benludin28 Jul 2008 0 Komentar

Tok Guru rela korbankan parti

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan sanggup mengorbankan parti untuk kepentingan Islam dan perpaduan Melayu.

Nik Aziz berkata, beliau sanggup membubarkan partinya untuk mengukuhkan Islam dan mengeratkan hubungan antara kaum termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

“Kalau macam tu saya cadangkan kita (Pas dan UMNO) pakat bubar parti. Kita bubar Pas. UMNO pun bubar juga. “Kita bubar kedua-dua parti tubuhkan parti lain untuk kuatkan dasar agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional, Kelantan semalam.
Menteri Besar turut memberitahu cadangan tersebut akan dibawa ke Muktamar Tahunan ke 54 di Ipoh, Perak berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos nanti.

Tambahnya, perjuangan Pas sememangnya berlandaskan Islam tetapi pengorbanan membubarkan parti ini untuk mengelak UMNO kecil hati sekiranya parti itu sahaja dibubarkan. “Kita akan bawa usul ini nanti ke peringkat muktamar dan saya sendiri akan menjawab semua persoalan berkaitan isu ini. “Kita tak payah sebut tentang bangsa. Kita buat atas sebab Islam. Dengan cara ini semua termasuk Cina, India, Orang Asli pun akan terbela,” jelasnya. Beliau juga menjelaskan, hasratnya tersebut bukan sahaja untuk kepentingan agama tetapi turut menjurus kepada menjaga ketuanan Melayu dan bangsa lain.

Sebelum itu, Nik Aziz pernah menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan satu parti baru berasaskan Islam yang didukung bersama Pas dan UMNO dengan berlandaskan Islam bagi menyatupadukan masyarakat Melayu dan agama Islam.
Selain itu parti baru itu juga diharap dapat mengukuhkan perpaduan orang Melayu yang dilihat semakin tertekan sekarang ini.

27 Jul 2008

Mahathir seru ahli Umno 'paksa' Abdullah letak jawatan segera
chedet27 Jul 2008 0 Komentar

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Jul 26, 08 | 11:52:19 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli dan pemimpin Umno supaya 'memaksa' Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya segera bagi memulihkan Umno dan BN.
"Janganlah tunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan Umno supaya Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Abdullah," katanya dalam satu komentar yang tersiar dalam lama web beliau hari ini.


"Jika ahli Umno hendak melihat parti dan BN dipulih semula, 'paksalah' Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian," katanya.
Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri, katanya.
Mahathir mendakwa bahawa beliau masih dipersoal setiap kali mengeluarkan kritikan terhadap Abdullah.

"Tiap kali saya mengkritik Abdullah sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia"," kata Dr Mahathir dalam ulasan terkininya berhubung pergeseran antara beliau dan Abdullah.

"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya. Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," ujarnya sinis.

Abdullah pernah sebelahi Ku Li lawan Mahathir
Menurut Dr Mahathir, Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan beliau pada tahun 1986-1987.

"Apabila Team B kalah dan Umno diharamkan, Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Ku Li. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli Umno baru yang saya pimpin.
"Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli Umno Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri," katanya.

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi, dan ketika itu katanya Mesyuarat Agung Umno memilih Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.
"Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri. Di Mesyuarat Agung selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Saya berpendapat Umno hendakkan kepimpinan Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak Umno," katanya.

Justeru itu ujar Mahathir, beliau kembalikan Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.

Dari 'Mr Clean' kepada pemimpin yang lemah

"Puji-pujian didengar merata-rata yang Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi," katanya.

Kenapa tidak dipilih Najib?

Menurut Mahathir, beliau tidak memilih Najib kerana TPM itu lebih muda dan beliau berharap selepas satu atau dua penggal sebagai Perdana Menteri, Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Najib.

Kerana itu katanya beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Abdullah pilih Najib sebagai timbalannya.

"Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.

"Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agung Umno mengesahkan pemilihan Abdullah sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut," katanya.

Selepas itu beliau anggap penyerahan kuasa kepada Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh Umno dan ketika itu tiada sesiapa yang membantah.

"Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.

"Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir," tegasnya.

Kerosakan yang dibuat Abdullah terhadap Umno teruk

Malah kata Mahathir, kenyataan Abdullah bahawa beliau kan serahkan jawatan dalam parti dan kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu.

"Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya. Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Abdullah letak jawatan.

"Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Abdullah kepada Umno, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan," katanya.

Jika Abdullah benar-benar sayang kepada Umno, Mahathir menyeru supaya Abdullah rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan Umno.

Alasannya bahawa Abdullah ingin mengawasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadiran Presiden Umno itu menyebabkan Umno dan Barisan Nasional jadi lemah, kata Mahathir lagi.

Beliau seterusnya mengakui kesilapan kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya pada tahun 2003 lalu

'Mr Clean' tidak begitu 'clean'

"Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean. Saya percaya ahli dan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama," katanya.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, katanya.

Ahli Umno akan bertanggungjawab terhadap kehancuran dan malapetaka yang akan menimpa orang Melayu dan negara Malaysia, katanya.

Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa Umno dan BN di bawah kepimpinanAbdullah, Umno masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri," ujarnya. /wann _

22 Jul 2008

Tasawwur Tabiat
Abe Joe22 Jul 2008 1 Komentar

Lutut dan betis mulai lenguh. Lama benar tidak berjalan.

XPDC Kasih kali ke-3 yang dijalankan DPPWM memaksa kudrat yang amat. Mana tidaknya, kami menggenapkan pusingan tasik titiwangsa, berjalan ke segenap jalan-jalan simen. Memijak rumput-rumput dalam cahaya yang samar. Alhamdulillah, muda mudi yang berseronok dan berdua-duaan mulai perlahan-lahan meninggalkan lokasi mereka sebaik menyedari susuk tubuh yang berserban dan berkain pelikat.

“Apa nie, pakai baju terang-terang, mestilah diorang nampak..” tegur salah seorang pengunjung malam di tasik tersebut. Tidak menyedari memang niat kami agar kehadiran kami diketahui. Kami tiada kuasa, hanya ‘sangkaan’ mereka sahaja menjadi kad kuasa kami. Memang kami tidak menangkap, namun ‘aura’ yang dizahirkan menghalau mereka secara sukarela.

Selesai XPDC kami meneruskan ke lokasi yang lebih kritikal, avanza dipandu teman diberhentikan betul-betul berhadapan The Zouk. Tindakan kami membangkitkan keresahan mereka yang berhampiran. Beberapa minit kami melalui zon kritikal, dipenuhi anak-anak muda. Arak dijamu berleluasa, gerombolan kami turut dalam kesesakan kereta-kereta pengunjung. Jiwa saya mula dituntun kesedihan melihat anak-anak muda Islam yang menjadi pelengkap majlis-majlis tersebut.

Sebelum pulang, kami sempat menjenguk sebentar situasi di belakang pejabat agung. Hati dibangkit gelisah melihat susuk-susuk tubuh lembut disebalik sinar suram di celah-celah dan ditangga bangunan. Ada yang menutup dada-dada 'lelaki' mereka sebaik memandang kami. Moga perlakuan mereka lahir dari nurani yang tulus, dengan sifat malu dari saki baki iman mereka.

“Alhamdulillah…,” hati memuji atas Nur Islam saya meminta teman segera pulang. Risau juga andai terlalu lama, lain pula jadinya.

DENGARLAH ISI HATINYA

"Rasa nak berubah juga, nak juga keluar dari dunia ini... hendak hidup sebagai orang normal. Tapi nak buat macam mana, tidak ada orang yang sudi membimbing saya"

"Saya tahu perbuatan ini adalah dilaknat Allah, tapi saya tidak mampu untuk melawannya"

"Allah sudah takdirkan saya sebegini, apa yang saya boleh buat lagi"

Terkadang sesetengah orang memandang jijik dengan alasan manusia sebegini. Ada yang membalas dengan kata-kata yang kasar. Namun pernahkah anda menjalani derita hidup seorang PENAGIH maksiat sebegitu sebelum mengungkapkan kata-kata tersebut? Andai pernah, persoalan kedua.. berapakah tahap KETAGIHAN anda?

Mungkin jawapan yang diberi adalah benar, mungkin juga untuk tidak mahu menengakkan benang basah mengatakan yang salah sebagai benar, mungkin juga menjawab sebagai seorang yang inginkan menagih keinsafan dalam ketandusan iman.

KETAGIHAN adalah implikasi dari tabiat. Cuma KETAGIHAN sering dikaitkan dengan hal-hal buruk, hina, jijik dan label-label lain yang seumpama dengannya. Cuma yang ingin saya persoalkan sekali lagi. Pernahkah anda KETAGIH?

Kita biasa mendengar..

Seorang Mat Rempit KETAGIH dengan pil khayal
Seorang Banduan KETAGIH dadah
Seorang Mak Nyah KETAGIH dengan hubungan songsang

"Itulah tidak mahu dengar ayat-ayat Allah"
"Kan Allah sudah bagi amaran"
"Kenapa tidak mengambil iktibar dari Azab yang Allah turunkan?"

Persoalan yang selalu bermain apabila seorang yang KETAGIH tidak mampu untuk meninggalkan alam KETAGIHAN mereka.

Namun, adakah persoalan mendengar ayat-ayat Allah, mengambil iktibar dari Azab itu adalah sesuatu yang boleh menggegarkan jiwa-jiwa PENAGIH untuk terus meninggalkan alam tersebut. Mendengar ayat-ayat Allah adalah bagi manusia yang bersedia untuk berfikir, mengambil iktibar bagi mereka yang masih berfungsi lagi akal fikirannya. Sedangkan di alam KETAGIHAN, akal mereka sudah dihijab untuk mengambil peringatan, iktibar tidak memainkan peranan. Kemudian bagaimana? Adakah membiarkan terus mereka dengan alam mereka? Mati kemudian menunggu detik pembalasan dari Allah?

Saya tidak bermaksud menafikan ayat Allah sebagai ‘ubat’ kepada ketagihan. Namun menyandarkan hakikat masyarakat yang amat suka menghukum tanpa berusaha untuk mengubat. Memandang jijik perbuatan salah adalah benar dan betul, namun adakah memandang pada susuk tubuhnya atau perbuatan tersebut. Itu asasnya..

Andai difikirkan logik akal, peringatan Allah melalui tsunami yang berlaku di negara jiran dan Negara kita sendiri sepatutnya merubah dan memberi kesedaran kepada golongan yang sentiasa melakukan kemungkaran. Namun kenapa masih tidak ramai berjaya menyerap peringatan sebaik peristiwa sehebat itu dihadirkan di hadapan mata?

Tidak lain jawapannya kerana jiwa-jiwa yang telah MENAGIH MAKSIAT. Telah dihijab dari melihat peringatan Allah. Dia gerun melihat mayat, yang bergelimpangan namun kegerunan itu hanya bermain di bebola matanya. Dia gerun melihat mayat-mayat yang terbiar tanpa diurus.. namun kegerunan tersebut tidak terus jatuh ke lubuk hatinya. KERANA hatinya telah diisi dengan keCINTAannya dosanya. Kecintaan kepada dosa yang menenggelamkan peringatan dari Allah.

"Sekali ini sahaja... lepas ini tak buat dah"

"Ya Tuhan.. moga ini menjadi kesilapan aku yang terakhir dalam menurut nafsuku"

"Dah lama rasanya tak buat, hmmm boleh cuba lah sekali lagi"..

Inilah skrip-skrip yang sentiasa berulang dalam kehidupan manusia dan nafsunya. Rantaian ini akan terus berlangsung dan berulang dalam diri manusia yang di dalamnya wujud nafsu dan iman. Bagaimana bermain dengan roja' dan khauf kepada Allah. Menebal harapan (roja') kepada Allah akan memaafkan dirinya sehingga terdorong untuk terus melakukan, hatta akal yang dibimbing nafsu mula menyuntik rasa untuk mencuba lagi atau menjadikan alasan yang terakhir sebagai lesen untuk terus melakukan dosa.

Kekesalan dan penyesalan wujud sebaik hajat nafsunya tercapai.. dan timbul rasa ketakutan dalam dirinya. Namun, kekentalan nafsu yang menyelaputi diri hingga menyukarkan diri untuk keluar dari kepompong ini dan terus dengan rantaian hidup sebegini. Merasa diri sentiasa berdosa namun masih tidak ada kekuatan untuk keluar darinya.

Namun bersyukurlah, kerana jiwa iman masih berada dalam diri.

Inilah rantaian konflik terjadi.. dan inilah yang roda dalam diri seorang PENAGIH.



Sebelum saya diizinkan untuk menyambung terus perbincangan dalam penulisan seterusnya, izinkan saya bertanyakan kembali persoalan begini kepada para ustaz, pejuang dan mujahid.

Bagaimana sekiranya;
Seorang ustaz ‘KETAGIH’ dengan rokoknya..
Seorang pejuang 'KETAGIH' solat sendirian di rumahnya..
Seorang mujahid 'KETAGIH' menonton cerita televisyen berbanding menghadiri majlis ilmu mengisi waktu malamnya..


Bagaimana yang anda akan jawab bagi insan-insan sebegini yang turut terlibat dalam KETAGIHAN mereka?


[abejoe - abejoes.blogspot.com]

19 Jul 2008

DNA DSAI Ber"mutasi"?
chedet19 Jul 2008 0 Komentar

Analisis Isu Oleh Topeng_Perak

"Assalamu'alaikum...

Rujuk berita Malaysiakini semalam bertajuk DNA: Anwar beri jika ada perintah mahkamah...

Kepala otak aku bengong...pusing...kejap aku terkesima jadik tongong...wing wing wing berdengung-dengung dalam kepala otak aku ( ni membuktikan otak aku terletak dalam tengkorak kepala aku, tak macam "depa" )...

Kenapa pulak? ia lah...DNA...nak buat apa dengan DNA DSAI lagi? 1998-1999 dulu kan dah ambik dah DNA...bukan stakat DNA...habis bulu-bulu ari-ari, bulu ketiak, bulu dada ( ada ke? ), bulu roma, kuku, rambut, sample kulit, ayaq mani dll kan dah ambik dah dulu?

Apa yang dulu tak cukup ke untuk buat kajian? nak kaji kejadah lagi? dengar cerita sample DNA DSAI yang dulu pun dah hantar sampai ke Australia untuk buat kajian pengesahan DNA.dah tu amende lagi yang tak cukup?

Ni la yang selalu aku panggil "lembu"...setahu aku la kan...sample-sample tu semua mesti la dah ada dalam simpanan hospital...tak tau la pulak prosedur hospital kita ni...kot-kot depa lupuskan lepas buat kajian.kalau dilupuskan lepas buat kajian, memang sah lah yang terlibat tu bukan tahap "lembu" dah...ni dah tahap "bangang" tapi berlagak ceghedik!

Bila aku perati balik apa yang berlaku 2-3 hari ni dalam kes liwat 2, aku dapat simpulkan bahawa memang SAH kes ni tak pernah berlaku & semua ni rekaan semata-mata.KONSPIRASI kata intelektual.

KONSPIRASI TAK TERANCANG.

Bagi aku konspirasi ni wujud secara tak terancang.ye la kan...bukan senang nak reka cerita sensasi macam ni.rakyat dah belajar dari kes liwat 1 ( 1998-1999 ) & apa-apa yang akan berlaku lepas ni, sentiasa dipantau oleh rakyat.yang merancang pulak main tangkap muat je sebab mungkin dah tersepit sangat takut cita-cita terbantut...jadi, sebelum terbantut...baik redah je...untung-untung sangkut...kalau tak sangkut pun, boleh melengah-lengahkan masa sementara merancang konspirasi lain pulak sebagai back-up...tak gitu?


DNA.

Kita cerita pasal DNA pulak.ikut lojik la...aku yakin hospital memang ada simpan DNA DSAI yang depa ambik dulu.yang ni aku cukup-cukup yakin.mustahil tak de simpan dalam lab hospital.

Tapi...untuk kes liwat 2 ni, apa yang ada dalam lab hospital mungkin sekadar cukup untuk buat kajian & perbandingan je.lebihan memang tak de sebab tu nak kena ambik lagi sample DNA DSAI.

Untuk Apa DNA?

Dalam kepala otak aku, tujuan depa nak ambik lagi sample DNA DSAI untuk kali ni bukanlah untuk buat perbandingan tetapi untuk di"TEPEK" ke tempat-tempat strategi ditempat yang dikatakan berlaku kejadian liwat, dicadar tempat yang dikatakan meliwat, dibantal yang kononnya menjadi tempat alas kejadian liwat, dipintu lokasi yang dikatakan berlaku peliwatan & beberapa tempat-tampat & barangan-barangan yang akan diusung oleh bakal ketua polis seterusnya ke mahkamah sebagai bahan bukti & saksi kejadian liwat...

KEMUNGKINAN JUGA DNA DSAI AKAN DISUMBAT KEDALAM LUBANG BELAKANG SHAIFUL SUPAYA NAMPAK LEBIH REAL LAGI FILEM INI!

Itulah yang ada dalam kepala aku...engkorang semua aku tak tau lah...

DNA DSAI ber"MUTASI"?

Ini pun ada kemungkinan juga...kalau kita ambik pendapat depa-depa yang "percaya" DSAI meliwat, kemungkinan besar kita akan dapat jawapan ni...mungkin KJ & Hishamudin akan buat kenyataan macam ni "kita percaya polis & mahkamah telus dalam siasatan kes ini & DSAI wajib memberi DNAnya untuk dianalisis kerana ada kemungkinan DNA DSAI telah ber"MUTASI" setelah 10 tahun...ya...kita tak menolak kemungkinan ini" ( sambil kelip-kelip mata )...

Kenyataan tu aku reka je...bukan betul pun...tapi ni kan Malaysia...apa-apapun boleh...

Harapnya DSAI tak kan bagi DNAnya kepada pihak-pihak yang berkenaan WALAUPUN ada arahan dari mahkamah...aku rasa peguam-peguam DSAI boleh lawan balik perintah mahkamah ( kalau ada ) dengan hujah tahun 1998-1999 DSAI pernah dibicarakan atas tuduhan liwat & DNAnya telah diambil oleh pihak hospital untuk sample pada masa itu.saksi masa pengambilan DNA tu ialah pihak polis sendiri...

Dengan hujah tu aku rasa tak de masalah untuk lawan balik arahan mahkamah...mahkamah kena la tanya pihak polis & hospital mana pergi sample yang dulu & mintak saksi polis & pihak hospital masa ambil DNA DSAI yang dulu tampil untuk bagi penjelasan.mana pergi sample DNA dulu???

Kalau 2-2 pihak tak dapat jawab, terbuktilah diseluruh dunia bahawa institusi PDRM & Hospital di Malaysia takat mana...mungkin lebih teruk dari polis & hospital kat negara dunia ke 3 yang masih bergolak...betoi dak???

Walau macam manapun aku tetap percaya...DNA DSAI mungkin ber"MUTASI"...kah kah kah kah kah kah kah kah kah... ( sambil tumbuk kepala )...ni kenyataan aku kalau otak aku ada dalam kepala lutut aku la...oleh kerana aku yakin otak aku ada dalam tempurung kepala aku & berfungsi dengan baik maka kenyataan aku jadik -

DNA DSAI atau sape-sape tak kan berubah...yang berubah ialah skrip kes liwat 2...berubah mengikut kenyataan DSAI lepas ni, sebenarnya skrip tu tak berubah pun sebab skrip tu tak de lagi...depa baru nak reka tu...percaya la korang-korang......dah lama daaaaaaaaahhh...!!!

perisikrakyat

17 Jul 2008

DSAI DI TAHAN
benludin17 Jul 2008 1 Komentar

Assalamualaikum wrt

Menonton rancangan debat malam kelmarin (Selasa-15/7) diantara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shaberry Chik agak istimewa serta memberi makna pada saya. Walaupun kurang padatnya dari segi fakta namun saya percaya ada banyak impaknya kepada rakyat marhaen terutamanya penyokong-penyokong BN.

DSAI kelihatan begitu bersungguh-sungguh menggunakan ruang yang terhad itu dengan sebaiknya untuk mengikat hati rakyat agar segera faham akan percaturan kerajaan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat jika diberi amanah untuk mentadbir negara ini. Namun kedengkelan ilmu serta pengetahuan dari sudut ekonomi serta prejudis membuat serangan peribadi oleh Shaberry Chik sering mengganggu hujah-hujah yang ingin diusulkan oleh beliau. Namun saya amat percaya ramai penyokong BN yang berakal akan mudah faham lantas mengiakan apa yang telah disampaikan oleh DSAI itu.

Beliau dan PR bercita-cita untuk membantu rakyat. Adakah kita tetap menutup pintu hati untuk terus memilih orang yang semakin menekan hidup kita berbanding yang ingin meringankan hidup kita. Ini adalah realiti bukan fantasi. Lihatlah sahaja bagaimana kerajaan Negeri Selangor telah mengotakan janji pemberian air percumanya. Jangan nafikan ini dengan ego kita. Jangan bangkitkan yang lain dulu. Kita akan melunaskan segala janji secara berperingkat-peringkat. Masih jauh perjalanan serta banyak lagi masa. INsya Allah

Namun berita semalam (Rabu-16/7) tentang penahanan DSAI oleh Polis Raja Di Malaysia (PRDM) sungguh meruntun hati. Saya sebutkan ini kerana pasukan polis memang seperti raja di Malaysia ini. Mereka memperkenalkan berbagai prosedur undang-undang tetapi di dalam banyak kes termasuk kes Altantuya, keterangan mereka sering saja menyanggahi prosedur-prosedur itu. Bukan ke raja namanya tu.

Bengang ada, marah ada, terbakar pun ada dan bermacam-macam ada lagilah. Tindakan PRDM & BN ini memang tak bertamaddun serta tidak demokrasi. Bagaimana masih ada orang-orang yang bersenang hati dengan mereka-mereka ini?

Alahai!!

DSAI telahpun memberikan komitmen untuk ke IPKKL sebelum pukul 2 petang semalam (Rabu). Tup-tup pukul 12.55 tengahari dah gelabah pi ambik dia. Apa ni? Apa yang panik sangat? Penjenayah berbahaya ke DSAI ni? Mafia ke dia atau pengebom berani mati ke dia? Saya cukup yakin pasti ada beribu persoalan yang tersirat disebalik segala kegelabahan ini. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang melainkan ada beruk kat atas pokok tu. Tak tahulah.

Kita akui memang seseorang suspek di dalam sesuatu kes pertuduhan perlu disoalsiasat hatta ditahan jika tidak memberikan kerjasama atau melanggari waran tetapi DSAI ni belum lagi dikira melanggari masa yang diperintahkan. Lainlah kalau beliau sahih berbuat demikian. Kita pun tidak hendak mempertikaikannya. Cuma sefaham saya, waran tangkap itu dikeluarkan apabila DSAI gagal hadir ke IPKKL pada Isnin lalu seperti yang diperintahkan mahkamah. Namun beliau bertindak demikian kerana memboikot sikap polis yang seperti menakut-nakutkan keluarganya yang sudah sedia fobia akibat perkara sedekad lalu dengan datang beberapa kali ke rumah beliau untuk memberikan surat arahan agar hadir ke IPKKL walhal DSAI pada hari Jumaat-11/7 telah pun bersetuju untuk berbuat demikian. Kenapa gelabah sangat?

Faktor 'double standard' wujud di dalam sistem penguatkusaan di Malaysia ini. Suspek kes liwat di tahan dan segera disoalsiasat sementara penuduhnya bebas tanpa mendatangkan 4 orang saksi untuk mengesahkan tuduhannya. Tapi lain pula halnya dengan kes pembunuhan Altantuya. Suspek yang dikaitkan terlibat iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak bukan nak di kata dia ditahan atau disoalsiasat tetapi orang yang menuduh iaitu Raja Petra pula yang ditahan polis. Apakah istimewanya beliau ini. Kes mana yang lebih berbahaya dan berprofil tinggi? Kes bunuh ke, kes liwat? Kata sesiapa sahaja tidak akan terlepas dari diambil tindakan undang-undang jika didapati terlibat di dalam sesuatu kesalahan tetapi ini sebaliknya pula.

Malam tadi, lebih kurang pukul 11.15 malam, saya dan lima orang sahabat diizinkan ALLah untuk ke IPKKL untuk meninjau keadaan di sana. Ianya adalah secara kebetulan apabila kelas menadah kitab di Datuk Senu dibatalkan lalu kami pun mengambil kesempatan masa yang ada untuk melihat perkembangan yang berlaku.

Sampai disana, kami melihat penyokong-penyokong DSAI ini berkumpul di dua tempat. Satunya (lebih kurang 200 orang) kelihatan berkumpul di Jalan Hang Tuah, berhadapan dengan Penjara Pudu (Balai Polis Hang Tuah). Agak ramai polis dan SB berada disekitar situ untuk mengawal keadaan lalu kami mengambil keputusan untuk menyertai kumpulan yang berada dipintu belakang IPKKL tersebut (lebih kurang 100 orang) kerana disitu, kami dapat melihat pimpinan-pimpinan PR yang datang untuk bertemu dengan DSAI.

Lima belas minit sebelum 12 tengah malam, kedengaran kumpulan yang di hadapan Penjara Pudu bertempiaran lari kerana disembur 'water canon'. Hah! Pra reformasi telah bermula nampaknya. Fikir saya dalam hati. Risau juga takut-takut 'water canon' menghala ke arah kami pula tapi selepas lima belas minit, perkara itu tidak berlaku. Akhirnya keadaan kembali tenang dan secara tiba-tiba kami didatangi oleh seorang anggota polis trafik berpangkat sarjan dengan didahului ucapan salam. Selepas kami menyambut salamnya, beliau pun mula membebel.

"Kenapalah sibuk-sibuk nak kumpul, susahkan orang je, be" katanya. Daripada loghat bahasa, hem...ore kelate rupanya.

"Dulu kita marah ke Hindu (orang India) yang berkumpul, rupa-rupanya Melayu pun sama. Biarlah kalau dia bersalah ke, tak salah ke, kita serahkan pada perundangan. Serah pada Allah" Wah cakap pasal tuhan lah polis ni lalu seorang sahabat mencelah "tahu tak apasal orang dok berkumpul ni?" tanya sahabat. "Pasal orang marah lah" jawab sarjan tu. "Ha! Tau tak pasal apa orang marah? Sebab polis buat kerja tak betul cara" sahabat bertanya lagi lantas menjawabnya sekali.

Sarjan cuba kalih cerita "Bukan apa, kalau orang muda macam abang ni takpelah, kalau kena kejar nanti, bolehlah lari, tapi macam mana yang tua-tua ni. Tak payah lah susah berhimpun ni. Kena tembak air nanti susah" bebel dia lagi. Orang lain semakin ramai mengerumuninya lalu seorang India bertanya "Kalau UMNO buat demo kenapa tak tembak air? Seorang lagi menambah "kenapa tak marah pulak dengan dia orang? Kalau pembangkang buat semua tak boleh, semua haram. Kalau orang UMNO semua takpe". Soalan bertubi-tubi datang, dia sorang. Akhir sekali dia menjawab sambil tersengeh-sengeh "Kadang-kadang ambo pun tak puas hati dengan kerajaan ni. Bukan apo, kalau takde himpun-himpun macam ni, ambo bolehlah balik". Laaa....itu yang terbuku dihati dia rupanya. Patut lah dia marah.

Lima minit selepas itu, peguam DSAI, Sivarasa dan Tian Chua pun keluar lalu membuat kenyataan tentang keadaan DSAI yang di dalam tahanan polis. Saya tak berapa dengar biji butir percakapan beliau sebab perlahan sangat, orang dah lah ramai. Berselang 10 minit, kenyataan media pun tamat lalu kami pun mengambil keputusan untuk pulang sahaja dan menunggu keputusan sepenuhnya kes penahanan DSAI itu. Sebelum pulang, seorang sahabat pun menghampiri sarjan tadi. Sambil menghulurkan tangan, sahabat berkata "Marilah kita balik be, serahkan ajelah semua perkara ni pada Allah" perli sahabat lalu berlalu pergi meninggalkan sarjan kebengangan.

Syukurlah pagi tadi, mendapat berita yang DSAI telahpun dibebaskan. Syabas kita ucapkan kepada pihak polis kerana mengambil tindakan singkat untuk menyelesaikan perkara ini, kalau tidak, tak tahulah apa akan terjadi jika rakyat mula memprotes. Reformasi lagi kut!

Minta-minta janganlah.

8 Jul 2008

PROTES YANG DIPROTES
Abe Joe8 Jul 2008 3 Komentar

"Ana rasa kita dah tidak wajib wala' sekarang.." Saya mula berbisik kepada teman pemuda yang bersama-sama ditugaskan menjaga bahagian keselamatan VIP.

Beliau seakan setuju, rasa tidak senang dihati makin jelas kelihatan. Riak wajah seakan memendam rasa yang cukup lama untuk turut pulang.

"Nta tolong buka ana punya tag ni, ana nak serahkan kembali kat diorang. Kita balik sekarang!!.." pandangan asal mula berubah seakan sedikit arahan. Tanpa sedikit bantahan teman turut membuka tag 'SECURITY' yang awalnya diberikan untuk kami. Mengesahkan tanggungjawab kami untuk mengawal keselamatan VIP di pentas.

Rasa meluap-luap sudah tidak dapat dipendam, seawal tugasan dengan masalah mereka yang berlagak bagaikan petugas. Mencari pupulariti dengan menjadi pak pacak di atas pentas utama. Menambahkan beban kesukaran serta menyulitkan keadaan yang sedia wujud. Namun, itu adalah masalah yang masih boleh dimaafkan walau hati terus berat menjalankan tugas. Kerenah-kerenah mereka yang tidak memahami disiplin semasa bertugas...kami terus pendamkan. Itu hanya permasalahan yang masih boleh diperbetulkan.

Saya mengumpulkan tag petugas, berlari ke bahagian bawah stadium ..

"Ana minta maaf, sumbangan ana dan sahabat Wangsa Maju untuk program ini setakat ini sahaja," serius gayanya.

Exco negeri terpinga-pinga lantaran hal tersebut, beliau menyarankan saya untuk bertemu dengan Pimpinan yang menguruskan keselematan VIP.

Saya berlari ke atas pentas, cuba mendapatkan Saudara Herman untuk tujuan yang sama. Sebaik niat diluahkan, beliau turut menyatakan hasrat yang sama.

"Nta tunggu sekejap, memang kita nak tarik diri dari program ini.." balas Herman

Ketua Pemuda Wilayah- Saudara Kamaruzzaman kelihatan sibuk dengan Walkie Talkie di tangan, arahan menarik balik didengari dalam kejauhan. . Unit Amal seramai 700 orang di arahkan keluar padang dengan segera. Saya menyarungkan vest, Peserta di belakang pentas mulai perasan dengan tindakan kami menarik diri.

Gerombolan kami keluar mengejut menyebabkan petugas dari parti komponen lain berlari-lari memujuk.

"Kamu sudah tidak menepati janji," itu yang saya perasan kata-kata diberikan oleh Ketua Pemuda sebelum kami melangkah pulang. Teman-teman yang jauh bertugasditepi-tepi jalan dan yang masih dalam perjalanan untuk menukar giliran di arah segera pulang.

Sebelum pulang, sempat saya berbonceng dengan teman DPPWM meninjau di sekitar stadium Kelana Jaya andai masih ada teman yang tidak mendapat arahan.

"Ok.. ana tengok semua sudah keluar," teman berbisik di atas motor.


KITA ADALAH PELAKSANA BUKAN PERANCANG..

Semalam, saya membelek-belek akhbar membaca perkembangan terkini himpunan PROTES. Dalam Protes kami terhadap PROTES, jiwa-jiwa masih mengintai untuk melihat perkembangan. Adakah mereka mengambil pengajaran dari tindakan yang ditunjukkan kami. Nyata teguran kami pada peringkat awal tidak dipedulikan, ditambah dengan persembahan yang lebih 'kritikal' di sebelah petang. Natijahnya, rakyat mula menunjukkan PROTES sebenar. Makian beserta botol air mula dilempar, pemuda-pemuda yang berang bertindak memukul para artis jemputan. Kelam kabut mereka yang masih setia mengawal keadaan.

Saya termenung, memikirkan perkara-perkara sebelum dan seawal hari kejadian. Hakikatnya, Beberapa hari sebelum hari kejadian, teman-teman seperjuang agak berat untuk menjalankan tugas-tugas sempena PROTES sejuta rakyat. Mengambil keputusan untuk 'memprotes' PROTES ataupun hadir sebagai peserta program semata-mata. Gara-gara tempat yang beberapa kali berubah serta perancangan-perancangan yang dilihat kurang teratur. Malah gelombang sejuta yang diyakini belum wujud.. Ustaz-ustaz tidak agresif mempromosi sebagaimana BERSIH, poster dan iklan yang kerap berubah, liputan yang tidak menyeluruh dan sampai, masa yang singkat untuk mengumpul sasaran yang cukup besar. Semua mula membandingkan AURA PROTES dengan AURA BERSIH.

Sekadar pandangan saya pada awalnya;

"Kita adalah perlaksana, bukan perancang. Kita serahkan kerja merancang kepada mereka yang layak. Kita yang buat kerja nie.. terima arahan dan ikut. Bukan kerja kita untuk mengkritik benda-benda ini semua. Mungkin ini strategi.. wallahu a'alam. Kalau pergi, pakai kudrat juga. Pakai minyak juga. Kita makan juga. Tenaga habis.. duit habis juga untuk minyak dan makan. Cuma bezanya kita bertugas dan jadi peserta. Orang yang bertugas ini insyaAllah lagi banyak pahalanya. Dan kita wala' selagi takde program yang bercanggah dengan dasar pegangan kita. Kalau bercanggah tuh layak masa tuh untuk kita bebaskan diri kita dari terus wala'.."

Teman bersetuju dalam keberatan. Hakikatnya semua keberatan termasuk saya.. namun terpaksa mengorbankan kehendak hati atas kepentingan yang lebih utama.

Petang sebelum program, kami sempat bermesyuarat perihal keselamatan VIP di pentas, sebahagian dari pemuda WM lain meneruskan amanah unit amal ditugaskan untuk persediaan keselamatan.

Ketua Pemuda telah menyatakan bantahan terhadap dua kumpulan underground Kuchalana dan Carburetor Dung, katanya pihak penganjur bersetuju untuk menukar kepada persembahan 'boleh diterima' oleh semua peserta. Kami lega..

Teman tetap bertanya, "Bagaimana andai hal tersebut berlaku?"

"Kita akan membantah. Sekiranya tidak dilayan, kita akan tarik diri," jawapan yang diberi sedikit sebanyak melegakan kami.

Program-program lain telah saya batalkan awal semata-mata untuk memberikan komitmen kepada himpunan ini, menyiapkan mental kami kerap dikhabarkan jumlah sasaran yang berpuluh kali ganda dari BERSIH... dengan program yang lebih padat. Teman-teman pemuda terpaksa menangguhkan kerja-kerja di peringkat kawasan walaupun kepentingan dan tuntutan masa yang cukup mendesak. Semata-mata memberi komitmen dan tenaga kepada PROTES.

Seawal pagi pada hari kejadian, saya dan teman-teman mula berasa sangsi melihatkan pentas yang sarat dengan drum dan guitar. Dari cara pemeriksaan dan persiapan terhadap alatan tersebut dan sistem audio membangkitkan kembali persoalan yang cukup dirisaukan kami. Namun tugasan diteruskan dalam perasaan yang mula berbelah bagi.

Seorang demi seorang teman yang kejauhan mula menunjukkan kekesalan atas sambutan yang cukup dingin. Kami berusaha memujuk, teman-teman yang berkawal keselamatan terpaksa memberi reaksi positif kepada peserta yang mula hampir. Teman-teman diluar letih dengan kepanasan terik mentari, kami di dalam resah dan geram dalam tindakan individu tertentu yang masih tidak memahami protokol.

Semua telah berlalu. Ambil iktibar dan pengajaran.


Hari ini teman-teman masih berbalas mesej melihat perkembangan terkini.

Secara peribadi saya agak terkejut bila Hismauddin Rais menyatakan kesalnya terhadap kumpulan ini setelah tindakan mereka diluar jangkaannya. Pada harapannya, mereka dapat menyelami kesusahan rakyat dan mengunakan platform dan kaedah tersebut bagi menyuntik kesedaran.

Saya tidak berniat untuk terus memandang serong, 'tidak salah' mereka dengan kelakuan mereka kerana memang begitulah naluri dalam persembahan mereka. Namun salah yang menjemput atas kegagalan meletakkan mereka pada post atau sekurang-kurangnya diberi penjelasan.

Saya bukan hendak menilai benar atau tidak kumpulan ini. Itu satu skop yang boleh diletakkan juzu' lain. Saya hanya menonton klip tayangan aksi yang dikatakan melampau tidak secara live setelah kami pulang. Pada saya, bagaimana kesannya underground tersebut hingga gagal untuk menyerap nilai hikmah dalam mengenalpasti para penonton dihadapan mereka. Bagi mereka, makcik berpurdah.. pakcik berkopiah adalah sama dengan minah dan mat rempit serta mereka yang sama 'fikrah' dengan mereka (bukan niat merendahkan golongan ini). Namun, andai kita mengenali mereka dengan sifat sebegini, dengan hati dan roh mereka yang sebegitu. Dengan gaya dan jiwa yang masih gersang mencari hidayah. Kenapa harus direndahkan martabat peserta yang 'lebih basah' roh kesedarannya.. untuk 'menyerap kesedaran' dari persembahan tersebut. Ini bukan mendidik... menjahanamkan namanya.

Alhamdulillah, tindakan yang jelas dan disepakati dapat diambil oleh semua petugas. Namun, kepentingan peringkat atasan dalam membuat keputusan terbaik adalah penting. Jangan dipalit kepercayaan yang sedia diberikan rakyat. Keputusan menarik diri mungkin disedari hanya peringkat kempimpinan dan petugas.. bagaimana dengan rakyat yang masih terkontang-kanting di dalam stadium, yang hanya melenting bila melihat persembahan yang sudah melampaui batas pada fikiran mereka. Rakyat meletakkan kepercayaan kepada pimpinan, pimpinan mencari pendekatan dakwah terbaik yang diseimbangkan dengan perancagan siasah. Rakyat meletakkan kepercayaan kepimpinan dalam berijtihad hal-hal sebegini, persetujuan komponen PAS dalam program-program yang berbentuk 'syubhah' pada pandangan rakyat asalnya adalah suatu yang menghilangkan perasaan tersebut sebaik dipersetujui. Oleh hal demikian, menentukan arah tuju program yang jelas lebih penting kerana kesan yang turut melibatkan penyokong. Tindakan memprotes semasa berlangsung mungkin disedari oleh pemimpin, namun penyokong masih belum jelas mengenai hal sedemikian. Program diteruskan dalam penyokong tidak menyedari hakikat 'protes' kita terhadap beberapa perkara yang timbul, sedikit sebanyak menjejaskan imej PAS yang mungkin disangka penyokong bagai merestui hal-hal yang berlaku.


[AbeJoesCorner-saizol@yahoo.com]

6 Jul 2008

700 anggota Unit Amal PAS tarik diri
chedet6 Jul 2008 0 Komentar

Jimadie Shah Othman | Jul 6, 08 4:22pm
Kesemua 700 anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya telah menarik diri kerana tidak puashati dengan persembahan sebuah kumpulan muzik petang tadi.

Kumpulan seramai empat anggota itu dikenali sebagai kumpulan muzik 'Lawan Tetap Lawan' yang dijemput membuat persembahan di majlis tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya sempat menyampaikan tiga lagu sahaja apabila mereka diminta menghentikan persembahan mereka.



Lagu-lagu tersebut yang berirama Punk, bertajuk Hapuskan penindasan, Demokrasi tanpa ISA dan Nyanyi budaya pembebasan.

Mereka sepatutnya menyampaikan tujuh lagi di majlis tersebut. Mereka memulakan persembahan pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut seorang anggota kumpulan tersebut, Ahmad Nizamuddin Abdullah, juruacara majlis tersebut menegur persembahan mereka selepas lagu pertama.

Bagaimanapun, mereka meneruskan juga dan lepas lagu ketiga, Hishammudin Rais meminta mereka menghenti persembahan.

Beliau berkata, pihaknya diberitahu yang lagu-lagu yang mereka persembahkan, tidak sesuai dengan majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim mengesahkan yang pihaknya menarik dari daripada majlis tersebut.

Mereka adalah antara 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.

Yang lainnya terdiri daripada anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan


Protes kesal polis halang orang ramai hadir perhimpunan
chedet 0 Komentar

petikan dari harakahdaily
Intan Abdullah
Sun | Jul 06, 08 | 12:47:53 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Biarpun diberi amaran supaya jangan menghadiri Perhimpunan Sejuta Rakyat yang berlansung di Stadium MPPJ Kelana Jaya hari ini, beserta perbagai sekatan jalan raya dibuat, namun orang ramai terus mengunjungi tempat perhimpunan tersebut.




Sehingga berita ini ditulis, kira-kira 15,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sudah berada di dalam kawasan stadium dan masih ramai yang baru tiba.

Perhimpunan bermula jam 10.00 pagi tadi tanpa sebarang gangguan daripada pihak keselamatan, khususnya pihak polis.

Sebilangan besar anggota keselamatan kelihatan hanya berjaga-jaga di luar stadium, cuba memastikan orang ramai tidak mengadakan perarakan di jalan raya seperti yang diura-urakan.

Dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran orang ramai, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli yang menganjurkan perhimpunan tersebut berkata, beliau amat kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menghalang orang ramai untuk hadir ke tempat perhimpunan.

Menurutnya, beliau mendapat laporan banyak bas dan kenderaan lain dari seluruh negara yang ingin ke Kelana Jaya telah dihalang perjalanannya oleh pihak polis.

Beliau juga kesal kerana tersebarnya Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa perhimpunan tersebut dibatalkan.

SMS tersebut katanya, kononnya bersumber daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang meminta perhimpunan dibatalkan.

Hatta juga turut mengecam pasukan tentera yang bersekongkol dengan pasukan polis, cuba menggagalkan perhimpunan rakyat bagi membantah kenaikan harga minyak yang dibuat oleh kerajaan secara mendadak dan tidak masuk akal.

Beliau menafikan bahawa perhimpunan tersebut untuk tujuan politik, sebaliknya berkata ia merupakan medan bagi rakyat menyatakan ketidakpuasan hati dan membantah tindakan sembrono kerajaan.

Bagi memastikan perhimpunan hari ini berjalan lancar dan aman, difahamkan lebih 2,000 pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk memantau dan menyelia keadaan.

Pada pukul 2.00 petang nanti, wakil pemuda Pakatan Rakyat akan memberi ceramah berhubung isu semasa membabitkan kenaikan harga minya.

Sementara itu risalah berhubung isu minyak telah diedarkan kepada orang ramai yang berkunjung ke tempat perhimpunan. (Berita lanjut menyusul kemudian)_

4 Jul 2008

ALAHAI NAJIB, ALAHAI UMNO
benludin4 Jul 2008 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim

Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita nikmat untuk hidup lagi hari ini serta kekal di dalam islam dan iman.

Membaca wakalah muktahir ini (yang berhaluan kiri serta berkecuali) memberikan gambaran seimbang tentang kerajaan dan PR.

Disamping sensasi ulangan tentang pengaiban DSAI, siasatan terbuka terhadap Musa Hassan, Ghani Patail dan Najib suami isteri juga semakin meruntun hati untuk melihat karamnya UMNO dekad ini.

Kesian Najib. Paniknya dia sehingga dia menyifatkan pengakuan bersumpah Bala sebagai pembohongan yang DAHSYAT, rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan untuk mencemar imej beliau.

Memang tak patut. Siapalah yang sanggup buat kerja macam ni pada Najib, seorang pemimpin yang bersih tapi korup, tak pernah menipu kecuali BOHONG SUNAT je dan tak pernah memfitnah orang. Tapi yang hairannya dia kenal pulak si Saiful yang kaki fitnah tu. Ooo...mungkin sekadar bersubahat dengan kaki fitnah je, apalah sangat dosanya mungkin kecil sahaja (pada dia).

Sebagai gambarannya, lepas ni sesiapa sahaja yang kena liwat atau cabul bolehlah berjumpa dengan Najib sebab pasti dia tahu macam mana nak selesaikan masalah tu.

Kini tiada lagi perlindungan dari PM dan Najib kenalah tanggung sendiri. Inilah petanda yang Pak Lah dah tak mampu serta tiada ruang lagi untuk menyelamatkan UMNO dan BN. Segala kebusukan telahpun dihidu orang tatkala dinding-dinding kebal yang selama ini begitu kukuh telahpun mereput dan bocor disana-sini.

Namun masih ada orang-orang UMNO ni yang tak sedar diri. Di Selangor, Abd Rahman Palil masih ghairah buat kerja bodoh dia. Menghimpun NGO-NGO UMNO untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan PR.

Mereka cuba mengheret sultan untuk mengiakan kerja bodoh mereka. Pastinya sultan akan mentertawakan puak-puak ni.

Manakan tidak, khutbah yang dulunya membelai supaya orang tidur kini nyata mendapat sambutan dan tumpuan. Rakyat jelata tak sabar untuk mendatangi masjid pada setiap Jumaat untuk menimba ilmu dari slot tazkirah dan diikuti pula oleh khutbah yang disampaikan oleh ilmuwan-ilmuwan yang sebenar-benarnya bertauliah, kalau tidakpun ditauliahkan oleh manusia tetapi terlebih penting ditauliahkan oleh Allah SWT. Buktinya setiap patah perkataan yang dikeluarkan begitu dihayati oleh makmum kecuali mereka-mereka yang fasik (yang menutup terus pintu hati mereka dari mendengar kebenaran).

Perkara-perkara Aqidah yang ditanamkan agar rakyat kembali faham tentang islam - satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT. Bukan lagi perkara-perkara duniawi seperti jagalah sungai kita, pakailah topi keledar untuk keselamatan dan sebagainya yang boleh kita pelajari di sekolah-sekolah rendah ataupun di TADIKA. Dan yang terlebih aula tiada lagi perkataan Hadhari disebut-sebut seperti selalu. Ahhhh!!!! Alangkah nyamannya udara serta lapangnya dada terasa apabila Allah SWT seperti memanggil-manggil kita untuk mendekatinya. ALLAHU AKBAR

Adakah ini yang dikatakan oleh UMNO sebagai memecah-belahkan masyarakat. Adakah ini yang Abd Rahman katakan mempolitikkan institusi agama. Aduhhhhh!!!!! Memang bengong betul puak-puak ni. Semoga Allah memberikan taufik serta hidayah agar mereka kembali kepada islam yang syumul. Tapi kalau mereka enggan, azab Allah yang pedihlah yang layak untuk mereka. Nauzubillah

Sedarlah orang-orang UMNO, kalau parti dan bangsa yang kamu perjuang serta agungkan tunggulah azab Allah yang amat pedih tetapi jika keredhaan Allah yang kamu harapkan, kembalilah ke jalan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Sekadar itu...

Aku lu kaulihaza. ashtagfirullahalazim liwalakum waanjamiil musliminawal muslimat walmukmini nawalmukminat al ahyahiminhum wal amwat. Innahu walghafurrurrahim

2 Jul 2008

Turun Dengan MERAH !
Ir Dr bin.harun2 Jul 2008 1 Komentar

Pihak koordinator PROTES setuju untuk mengugurkan acara persembahan kumpulan/band dalam memenuhi acara Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat pada sabtu ini 06 julai 08.




Alhamdullillah !!!

Dengan keputusan ini ana rasa DPPWM walaq dengan keputusan untuk turun bersama-sama ke himpunan ini tanpa was-was lagi.

Keputusan untuk DPPWM sertai dlm himpunan PROTES sebelum ini agak berbelah bagi setelah mengetahui ttg penganjuran konsert kerana para pemuda tidak terdetik untuk membelakangkan hukum dalam mencari kerehdaan Ilahi dalam menjalankan tugas parti.

Dalam usrah semalam pun para pemuda DPPWM agak tegang dalam mencapai keputusan untuk menyertai himpunan rakyat di Amcorp Mall. Jika sebelum ini perubahan tempat dan tarikh yg sentiasa berubah menjadi persoalan namun penjelasan diberi dpt diterima. Tetapi apabila acara himpunan PROTES diselit dgn persembahan kumpulan/band2, niat untuk sertai kembali tawar.

DPPWM juga percaya sekiranya himpunan ini masih diteruskan dengan persembahan kumpulan/band2, pasti Tuan Guru Presiden juga akan 'mengelak' utk turun!

Ketegasan Timb. Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi dalam membantah persembahan band utk menarik 'crowd' ke perhimpunan PROTES telah mencelik mata hati j/kuasa PROTES untuk membatalkan acara ini dlm tentatif program. Jazakallah ustaz !

Ayuh ! Kita turun pada 06/07/08 ini di Padang Timur,berhadapan AmCorp Mall,Petaling Jaya. Turun dengan MERAH !



................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.