Kali pertama sejarah Umno, PM daripada negeri yang kalah - Tun Mahathir
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh
PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) - Desakan demi desakan supaya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan semakin berkumandang.
Malah hari ini dalam program 'Umno Pasca Pilihan Raya ke-12' yang diadakan di Hotel Singgahsana dekat sini, suara hadirin bulat menyatakan Abdullah perlu meletak jawatan kerana punca kekalahan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Dewan Besar Hotel Singgahsana dekat sini hiruk pikuk dengan laungan supaya Abdullah meletak jawatan, dan ianya dihangatkan lagi apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Dato' Mukriz memberi pandangan terhadap punca kekalahan yang berlaku kepada Umno/BN sewaktu pilihan raya 8 Mac lalu.
Mahathir dalam ucaptamanya selepas forum tersebut secara terang menyindir kepimpinan Abdullah yang hanya dikuasai oleh anak menantu hingga menjadikan negara dan Umno itu lemah.
Tun Mahathir secara terang menyatakan bahawa inilah kali pertama dalam sejarah Umno/BN bahawa Perdana Menteri adalah daripada negeri yang kalah iaitu Pulau Pinang.
Beliau berkata, sebelum ini empat Perdana Menteri yang lalu kesemuanya menjadi Perdana Menteri mewakili negeri yang dimenangi Umno/BN atau pakatan Perikatan
baca lagi
disini

Ulasan
Catat Ulasan