SAHAM FGV JATUH SEBAB FITNAH... PUIHHH
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa
ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak
berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.
Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku.
"Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur.
"Mereka ini jahat sebenarnya," kata Ahmad sewaktu mengulas prestasi harga saham FGV mutakhir ini.
Saham FGV merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 pada 21 Januari lalu - jauh lebih rendah daripada harga tawarannya - semasa kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.
Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember, semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember lalu.

Ulasan
Catat Ulasan