MANA JATI? MCA BANTAH PANDUAN BERHIBUR ALA ISLAM

Presiden MCA aka pelakon cerita 'tot' Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Jan lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada garis panduan mengenai penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Feb depan.

Garis panduan itu antara lain menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau dan jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program yang dijalankan dengan serta merta.

Dr Chua berharap masyarakat Cina tidak menyokong perjuangan DAP kerana parti itu sering menyebabkan masyarakat itu berbalah selain mempengaruhi mereka untuk mengundi PAS dan sekali gus menyokong garis panduan yang menggugat kebebasan golongan bukan Islam.

... taknak ikut sambut kat Perak la...

Ulasan

Catatan Popular