PERKASA TAKDE TELOQ TARIK BALIK ISU KALIMAH ALLAH...HAHAHA
Selepas bantahan dari orang ramai mengenai ugutan membakar kitab Injil
minggu lalu, BN mengambil pendekatan agar kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa agar tidak lagi membangkitkan isu mahu membakar buku suci itu.
"Kami tidak bercadang lagi untuk bakar (kitab Injil)," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan .
"Kami tak pernah bercadang untuk anjurkan (bakar kitab Injil)," katanya lagi.
Minggu lalu, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) menyeru umat Islam membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" atau sebarang kalimah Arab.
Ugutan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin bukan Islam, terutamanya ahli politik dan agamawan, yang mengatakan pemimpin berhaluan kanan itu menimbulkan kebencian di kalangan agama dari kalangan dua agama terbesar dianuti di negara ini. Pada Selasa lalu, seorang paderi dari Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap dakwaan edaran risalah mengatakan pesta membakar kitab Injil berlangsung di Butterworth, yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Tetapi menurut The Star Online, tiada siapa yang menghadiri pesta tersebut.
Syed Hassan berkata beliau mengetahui perkara ini, tetapi ahli Perkasa tidak ada niat untuk menghadiri pesta tersebut.
Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengecewakan pemimpin gereja dengan mengeluarkan khutbah Jumaat lalu yang menyeru umat Islam berhati-hati dengan "musuh Islam" yang cuba mengelirukan umat Islam bahawa semua agama berkongsi Tuhan yang sama.
Pemimpin Islam dan Kristian saling bertikam lidah berkenaan isu kalimah "Allah", yang didakwa ekslusif untuk Tuhan umat Islam.

Ulasan
Catat Ulasan