UMNO TALAM 2 MUKA : ABG MAT

PAS menyelar tindakan kerajaan Malaysia membenarkan kehadiran kapal induk pesawat Amerika Syarikat (AS) USS George Washington berlabuh di Pelabuhan Klang hujung minggu lalu kata Mohamad Sabu yang menurutnya satu tindakan hipokrit tatkala pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghentam NGO menerima dana asing termasuk dari George Soros — warga AS.

“Mengapa benarkan USS George Washington berlabuh di Port Klang?

“Bukankah kononnya BN (Barisan Nasional) katakan Amerika (AS) melalui George Soros taja NGO untuk gulingkan kerajaan? “ kata Mohamad menerusi telefon kepada The Malaysian Insider.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu lagi, tindakan kerajaan BN membenarkan kerjasama di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berlatih bersama tentera AS sebagai satu tindakan bercanggah dengan pendirian negara yang membantah peperangan tajaan kuasa besar dunia itu seperti di Afghanistan dan Iraq.

“BN cakap tak serupa bikin, bila perang Iraq dan Afghanistan meletus dahulu, bising menentang.

“Bekas PM, Dr Mahathir sampai anjurkan persidangan anti perang untuk dakwa George Bush dan Tony Blair sebagai penjenayah perang.

“Hari ini kita benarkan kapal perang AS berhenti di pelabuhan kita selama berhari-hari,” katanya.

Hujung minggu lalu, agensi berita negara, Bernama melaporkan USS George Washington berlabuh di Pelabuhan Klang untuk memperomosikan hubungan dua hala diantara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintah AS, Kapten Greg Fenton berkata persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.
“Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

“Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada disini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat,” katanya.

Ahad lalu di akhbar New Straits Times, Dr Mahathir mengulangi bahawa George Soros yang didakwanya sebagai penyangak mata wang semasa krisis kewangan 1997 menaja calon bagi menentukan siapa perdana menteri Malaysia.

Ulasan

Catatan Popular