PULAK DAH!!! KITA TIDAK LINDUNGI "WHISTLE BLOWER" NFC : NAZRI
Akta
Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam
isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot
Corporation (NFC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Nazri Aziz.
Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak terbabit kerana dalam kes NFC, perkara itu dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.
Bercakap dalam Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab, menteri undang-undang itu berkata, akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan
Institusi Kewangan (Bafia).
"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," katanya .
Beliau mengulas perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang mahu tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.

Ulasan
Catat Ulasan