CHE DET & RAFIDAH TAKDE PRINSIP : RAFIDAH
KUALA LUMPUR, 15 Okt — Shahrizat Jalil memberitahu
mahkamah tinggi bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) telah “terpengaruh” dengan
kenyataan dari pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita PKR Zuraida
Kamaruddin, tetapi tidak bersetuju bahawa mereka telah “dibasuh otaknya” oleh
kedua defendan.
Ketua Wanita Umno itu memberi keterangan dalam sesi soal balas dengan peguambela Ranjit Singh dalam kes fitnah dengan Rafizi dan Zuraida berkenaan kenyataannya tentang skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Ranjit telah membaca beberapa kenyataan dari pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz yang mahu beliau meletak jawatan parti dan kementerian berikutan dari kontroversi projek NFC.
Ranjit bertanya beliau apakah kenyataan pemimpin BN tersebut berdasarkan fakta atau “terpengaruh” dengan kenyataan Rafizi dan Zuraida.
“Mereka terpengaruh dengan kenyataan defendan pertama dan kedua,” kata Shahrizat.
PKR berulang kali menyerang projek tersebut dengan dakwaan tentang “pinjaman” kira-kira RM84 juta yang diberikan kepada NFC kepada syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, termasuk RM13.8 juta untuk dua kondominium mewah di Bangsar.
Shahrizat, isteri kepada pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, telah dikaitkan dengan skandal itu oleh PKR kerana kedudukan suaminya dan tiga orang anaknya yang dilantik selaku pengarah dalam syarikat yang sama.

- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan