PEMUDA PAS AJAK UMAT ISLAM BERDEMO JUMAAT INI DI KEDUTAAN
PEMUDA PAS BERSIAP SEDIA UNTUK HIMPUNAN AMAN DI HADAPAN KEDUTAAN AMERIKA
DPPM telah membuat pengerahan supaya 
setiap Dewan Pemuda PAS Negeri  menghantar sekurang-kurangnya 5 ribu 
anggota Pemuda PAS dalam himpunan  ini.
DPPM juga menggesa agar seluruh ummah 
Islam di negara ini untuk turut  serta dalam himpunan aman ini bagi 
menyatakan rasa cinta dan sayang  kita kepada Nabi Muhamad s.a.w serta 
menyatakan sikap kita terhadap  kebiadapan Sam Becile dan sekutunya yang
 tidak bertanggung jawab ini.
DPPM telah mengarahkan agar 1000 anggota Jabatan Amal untuk menjalankan tugas sepanjang himpunan ini diadakan nanti.
DPPM akan memaklumkan secara rasmi 
kepada pihak keselamatan dalam  masa yang terdekat bagi memastikan 
bahawa himpunan ini dapat  dilaksanakan dengan aman tanpa diganggu oleh 
provokasi mana-mana pihak.
DPPM juga menjemput seluruh pemimpin 
parti politik untuk bersama dalam himpunan ini sebagai satu isyarat 
bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima penghinaan terhadap 
Rasulullah dan tindakan menghina Islam perlu dihentikan segera.


assalamualaikum....
BalasPadamadalah dicadangkan diadakan bacaan Yassin dan solat hajat pada hari berkenaan dan dilakukan dihadapan kedutaan AS secara beramai-ramai daripada terpekik terlolong bagaikan orang dirasuk hantu syaitan.
Tunjukkan cara orang Islam bermunajat kepada Allah memohon petunjuk dan balasan kepada pihak yang menghina kekasihNya....