Langkau ke kandungan utama

TG NIK AZIZ BAGI 25 JAM SIASATNYA BERHUBUNG KGT

Kerajaan negeri Kelantan sedia disiasat mana-mana pihak berhubung dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam," kata Nik Aziz selepas satu majlis wacana di Shah Alam hari ini.

Beliau mengulas gesaan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang memberi tempoh tiga minggu bermula 24 Jun lalu kepada kerajaan negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan salah laku membabitkan pengurusan KGT.

Ia membabitkan dakwaan salah laku seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.

KGT adalah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mengeluarkan menempa, mengedar dan menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.

Ulasan

Catatan Popular