TEMA KEMERDEKAAN YANG PALING BODOH DALAM SEJARAH

Kerajaan kelmarin mengumumkan tema "JANJI DITEPATI" untuk Hari Malaysia dan perayaan Hari Kemerdekaan pada 16 September dan 31 Ogos, di mana Najib akan bertemu dengan orang ramai di satu acara malam di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Presiden Umno itu telah berkempen di seluruh negara dengan lawatan Jelajah Janji Ditepati untuk bulan lalu di mana beliau telah menuduh pihak pembangkang merupakan kerajaan yang tidak boleh diharapkan dan tidak menunaikan janji mereka.

Strategi ini kelihatan bertujuan memenangi sokongan untuk BN, yang popularitinya jauh ketinggalan di belakang populariti perdana menteri.

Ahli parlimen Pekan itu telah mendapat sokongan 65 peratus dalam satu tinjauan pendapat Merdeka Center bulan lalu tetapi kerajaannya cuma mendapat sokongan 48 peratus dalam tinjaun pendapat yang dibuat selepas perhimpunan Bersih pada 28 April.

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah menunjukkan hakikat itu dengan pengumumannya bahawa "sudah pasti bahawa pilihan raya tidak akan berlaku sebelum 16 September."

"Propaganda ini dimulakan Ketua Setiausaha Negara yang baru, yang memberitahu kakitangan kerajaan supaya tidak percaya janji-janji kosong pihak pembangkang," beliau berkata, merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Ali Hamsa kepada 1.4 juta kakitangan kerajaan pada Ahad yang lalu.

"Merdeka sepatutnya tentang kebebasan minda, dan kebebasan dari ketakutan perubahan. Sebaliknya, kerajaan sedang berkata, kalau kamu ubah, kamu akan kehilangan ini dan itu," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Ulasan

  1. ...dan akan disambut oleh orang2 yang bodoh....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular