KASSIM AHMAD ANTI-HADIS MOHON HISHAM TARIK BALIK PENGHARAMAN

Selepas 26 tahun, penulis dan sarjana kontroversi Kassim Ahmad menuntut kerajaan menarik balik pengharaman bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula yang dicop pelbagai pihak memprogandakan ajaran anti-Hadis.

Yakin penerimaan masyarakat sudah berubah, Kassim - tokoh kiri selepas kemerdekaan - mendedahkan, beliau sudah mengutus sepucuk surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk tujuan itu tiga bulan lalu.

NONE"Tiga bulan lepas saya tulis surat kepada Hishammuddin. Saya kata keadaan kini sudah mula berubah banyak.

"Kerajaan kita pun sekarang sudah hapuskan ISA dan beberapa undang-undang darurat. (Jadi) patutlah pengharaman buku ini ditarik balik," katanya.

Bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu pada 1986 mencetuskan kegemparan apabila tampil dengan Hadis: Satu Penilaian Semula yang amat kritikal terhadap Hadis - sumber hukum kedua tertinggi dalam Islam selepas al-Quran.

Selepas perdebatan demi perdebatan dengan sarjana dan NGO Islam, termasuk di media, kerajaan pada Julai 1986 mengharamkan buku itu manakala Majlis Fatwa Kebangsaan mendakwa ia mengandungi fahaman bertentangan dengan akidah.

Buku itu, antaranya didakwa terpengaruh dengan saintis Mesir yang berhijrah ke Amerika Syarikat Dr Rashad Khalifa (gambar terjemahan al-Quran oleh Rashad di bawah) yang dibunuh pada 1990 selepas mengaku sebagai rasul.

Bukan itu sahaja, sebuah lagi bukunya Dilema Umat Islam-Antara Hadis dan al-Quran menerima nasib sama.

Dr M terima, Anwar pernah setuju

Usaha Kassim menerbitkan al-Quran terjemahan sendiri berjudul Bacaan (juga diharamkan pada 1995) bersama sahabatnya, seorang warganegara Singapura Osman Ali, juga menimbulkan keresahan banyak pihak.

Kassim bagaimanapun menafikan bersikap anti-Hadis tetapi kritikal kepadanya serta menerima kira-kira 40 peratus hadis yang diriwayatkan, yang dianggapnya tidak bertentangan dengan al-Quran.

NONEKetika diwawancara Malaysiakini di kediamannya di Kulim, Kassim berkata, surat yang dihantar melalui pos berdaftar kepada Hishammuddin itu bagaimanapun belum berbalas.

"Dia mesti (tarik balik). Sebab sekarang ini pun banyak orang sudah balik kepada al-Quran. Tinggal lagi dia (kerajaan) tak iktiraflah," katanya yakin ketika ditanya sama ada harapan supaya buku itu beredar semula dalam pasaran masih menyala.

Seolah masih segar dalam ingatan, Kassim berkata, dalam tempoh 26 tahun sejak buku itu diterbitkan, pelbagai pihak perlahan-lahan berubah dan menerima pandangannya, termasuklah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ulasan

  1. Al Faqeer Abdullah26 Jun 2012 3:23 PTG

    Buku itu tiada di pasaran umat Islam selamat, tak payahlah menteri KDN nak bersusah payah menghalalkan yang haram.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular