PAPER UMNO DAKWA LAIN... IBUBAPA REDHO ANAK DIBUANG LIMPA...

(MSTAR) ..... Keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan yang berlaku sewaktu perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.

Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq yang mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.

“Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.

“Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama,” katanya.

TAPI DIBAWAH LAIN PULA BERITA DARI IBUBAPA MANGSA YANG DIDAKWA....

(FMT) PUTRAJAYA: “Limpa Fairuz hancur habis kena buang. Makcik hiba lihat anak kami terlantar kesakitan macam ini. Kami tak mampu nak tanggung segala perubatannya.”

Demikian rintihan ibu salah seorang 17 mangsa yang cedera selepas dilanggar kereta ketika menonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu.

Hamidah Zainal Abidin, 51, yang bekerja sebagai guru tadika di Rembau hanya mampu menitiskan air mata tatkala ditanya mengenai perkembangan anaknya itu.


Fairuz yang disahkan doktor cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.

Menurut Hamidah, beliau dihubungi tunang Fairuz dan memaklumkan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Fairuz yang dijadualkan akan berkahwin pada Februari tahun depan kini stabil dan mendapat rawatan rapi di wad ICU sejak malam kejadian tersebut.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini bekerja sebagai seorang pemandu dan menurut Hamidah pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa anaknya itu.

“Penganjur ada datang tapi tiada jaminan yang diberi. Malah mereka salahkan budak-budak ini kerana duduk dekat dengan kawasan lumba itu, seperti yang saya baca di akhbar.

“Saya dapat tahu anak saya cedera jam 1.00 pagi. Dimaklumkan kejadian berkenaan berlaku jam 11.30 malam. Fairuz datang dengan tujuh rakannya yang lain, malangnya enam jadi mangsa dan sekarang alami kecederaan.

“Penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Budak-budak ini kata tiada pengumuman oleh pihak berkenaan dan tahap keselamatan juga terabai,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Ulasan

  1. kalau dengar ceramah ustaz azhar kan tak jadi mcm ni...haram jadah punya perdana menteri..

    BalasPadam
  2. Salah budak tu salahlah juga. Namun yang pasti penganjur tidak melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya. Sepatutnya ada benteng (guni pasir, tayar dll) sepanjang ruang lumba dengan penonton.... ini bukan lumba haram yang tak perlu langkah keselamatan. Apa kata waris-waris mangsa cari peguam untuk saman sahaja penganjur tu. Alang-alang sejuta yang hadir, biarlah RM 1 juta penganjur yang melayang... saman Najib pun boleh juga.

    BalasPadam
  3. terma ajela benda tu kan benda baik tu .ceramah agama tak perlu.ini program rohani tu.Tanya umno tu .ustaz umno tentu setuju program maksiat utk remaja ,umno bn ni tahap bangsat dah nak sesatkan remaja kita.Sokong la lagi bn.

    kalu tidak maksiat bukan umno bn la beb kah-kah

    BalasPadam
  4. setuju sangat dengan komen di atas ..

    BalasPadam
  5. tolak ulamak dapat la bala........mampus amno celaka!

    BalasPadam
  6. UMNO HARAM JADAH

    BalasPadam
  7. rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.. jangan lupa kata2 pm kite..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular