JAWATAN SENATOR NAIB DAP TIDAK DILANJUTKAN


Ekoran kenyataannya yang menolak perhimpunan jalanan di bandar raya baru-baru ini, DAP tidak melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara yang disandang Naib Presiden parti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
 
"Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di bangunan Parlimen di sini.

Tunku Abdul Aziz mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur 28 April lepas.
Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ulasan

  1. Eloklah tidak dilantik semula. Orang bangsawan sepertinya yang tidak pernah tahu susah jerih rakyat marhaen dan suka "play safe" seperti Najib, tidak akan mahu bersusah payah demi rakyat atau lebih tepat lagi suka menangguk di air yang keruh atau lebih tepat lagi Munafik. DAP jangan lagi tertipu dengan Melayu yang mahu jawatan mudah ini kemudian bagi kenyataan yang berlawanan. Lebih baik lantik Tun Mahathir dah tentu kita tahu hala tuju politik beliau dari melantik "Si Tua Munafik" ini.

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular