DPPM : WIRA-WIRA RAKYAT SILA TAMPILKAN RAKAMAN ANDA
KUALA LUMPUR, 30 April — PAS menafikan laporan media yang mendakwa ahli parti
Islam tersebut daripada Unit Amal PAS telah merempuh benteng polis ketika
perhimpunan Bersih “Duduk Bantah” Sabtu lalu.
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nasrudin Hasan berkata, pihaknya juga kesal dengan laporan media yang seolah-olah melihatkan Unit Amal PAS yang bertugas menjaga keamanan sewaktu demonstrasi Bersih 3.0 dilabel seperti perusuh yang merempuh anggota polis.
Nasruddin turut menayangkan video rakaman yang menunjukkan anggota Unit Amal PAS yang dilarang memberikan bantuan kepada perusuh yang sedang dipukul anggota polis di Jalan Raja Laut.
“Unit Amal cuba memberikan bantuan, tetapi dihalang pihak polis?
Kenapa media tidak memainkan perkara ini, sebaliknya melaporkan keburukan Unit Amal?” soalnya lagi.
Malah, Nasrussin juga yakin kredibiliti dan imej Unit Amal yang umum sedia maklum bertugas menjaga keamanan sewaktu perhimpunan “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka Sabtu lalu tidak akan tercalar.
Sehubungan itu, pihak DPPM mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai video untuk memuat naik di laman YouTube, ataupun menyerahkannya kepada DPPM supaya dapat dijadikan bukti.
“DPPM meminta agar wira-wira rakyat tampil mengemukakan rakaman mereka, supaya pihak kami daripada Juham (Jabatan undang-undang dan hak asasi manusia) dapat mengkaji dan menelititi video berkenaan supaya tindakan perundangan dapat diambil.
“Kami juga menuntut satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat dengan adil dan rasional berhubung insiden 28 April lalu,” katanya lagi.
Tambah Nasruddin, PAS menyertai Bersih kerana menyokong 84 NGO yang menuntut pilihan raya adil dan bersih, dan sekiranya kerajaan masih lagi tidak melaksanakan lapan tuntutan Bersih, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyokong Bersih 4.0.
“Sekiranya tuntutan itu tidak dilayan lagi, kami tidak teragak-agak untuk menyokong Bersih 4.0.”

Ulasan
Catat Ulasan