MB KHALID PECAHKAN RAHSIA PERBELANJAAN HASSAN ALI

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh menggunakan kos yang tinggi untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.
Khalid berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.
“Saya rasa tidak sebab untuk ambil tindakan terhadap perbelanjaan itu kerana ia mengikut tatacara Perbendaharaan.
Bagaimanapun menurut Khalid, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.
“Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” katanya lagi.

.... (77) Mereka (yakni abang-abang nabi Yusuf yang sebapa itu) berkata: “Jika dia mencuri, maka telah pernah mencuri jugalah saudaranya yang seibu sebapanya itu sebelum ini”. Mereka maksudkan nabi Yusuf sendiri. Mereka ingin melepaskan diri dari kesalahan mencuri itu dengan melemparkan tuduhan kepada nabi Yusuf alaihis salam dan saudaranya Bun-yamin. Nabi Yusuf, menyimpan dan menyembunyikan (rasa meluat) di dalam hatinya sahaja. Dia tidak menzahirkannya kepada saudara-saudaranya; dengan mengekalkan keramah-tamahannya terhadap mereka. Nabi Yusuf berkata di dalam hatinya: “Kedudukan mereka lebih teruk; dan Allah lebih mengetahui dengan kata-kata bohong yang telah mereka ucapkan itu”. Mereka dulunya pernah mencuri adik mereka dari bapa mereka; kemudian mengadakan dusta untuk melepaskan diri. Tetapi dia tidak mengucapkan kata-kata ini kepada mereka. Dia hanya mengatakan ini semua di dalam hatinya sahaja.

Ulasan

Catatan Popular