RIDHUAN TEE TEGUR PIMPINAN PAS

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Dr Ridhuan Tee Abdullah kecewa dengan kebanyakan pemimpin sekarang kerana gagal membentuk sahsiah keluarga mereka dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Beliau menjelaskan, pemimpin sedemikian tidak boleh dijadikan contoh kepada masyarakat dan generasi akan datang.
“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka yang perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.
“Bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
TamBahnya, Islam menggalakkan masyarakat menegur pemimpin kerana tindak tanduk pemimpin berkenaan akan menjadi bualan rakyat.
Jelasnya, menegur pemimpin dan keluarga mereka tidak melanggar hak asasi, malah, sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu akan menjadi sasaran musuh politik yang beliau sendiri tidak mahu itu berlaku.
Menurutnya lagi, jika isteri atau suami mengetahui terdapatnya ahli keluarga mereka melakukan maksiat dan perbuatan yang tidak bermoral, mereka perlu menegur, bukannya mempertahankan apa yang dilakukan itu.
“Mesej saya cukup jelas. Kita tidak sepatutnya menegakkan benang yang basah dan mempertahankan yang salah. Inilah yang berlaku dalam dunia politik sekarang,” katanya di petik Sinar Harian.
Katanya, pemimpin itu tidak perlu bercakap mengenai integriti dan memberi nasihat kepada orang lain sekiranya diri sendiri tidak betul dan perbuatan itu tidak selamanya boleh menyelamatkan dirinya.

Ulasan

  1. Empat jenis lelaki yang akan ditarik bersama perempuan ke neraka:-
    1- Suami yang membenarkan isterinya;
    2- Bapa yang membiarkan anak perempuannya;
    3- Abang yang membiarkan adik perempuannya;
    4- Anak lelaki yang tidak menegur ibunya;
    mendedah aurat kepada lelaki ajnabi (bukan muhram).

    BalasPadam
  2. bagaimana dengan brahim ali yg takut bini, ini dlm kategori lelaki dayus?

    BalasPadam

Catat Komen

Catatan Popular