PM KATE LYNAS SELAMAT..TAKKAN HAJI NAK MENIPU?

Haji Najib Razak mengetepikan kebimbangan yang dibangkitkan peserta demonstrasi anti-Lynas, menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan saintifik”.


Perdana Menteri mendakwa pembangkang menggunakan isu itu untuk mendapatkan sokongan politik dengan menyerang kerajaan.

“Tetapi apa yang mereka lakukan ini tidak menemui sebarang penyelesaian.

“Kita mahu mencari penyelesaian yang boleh diterima tetapi pada masa sama tidak akan menjejaskan pelaburan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini petang tadi.
Tetapi Najib mengatakan kerajaan telah mengkaji semula operasi Lynas Corp dan syarikat itu telah diberikan garis panduan ketat untuk dipatuhi.

“Kita tidak akan memberikan lesen kendalian melainkan kami berpuashati bahawa penduduk tempatan boleh menerima projek ini selamat,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular