SEJAK BILA PERKASA JADI MAJLIS FATWA???

PAS menggesa Perkasa tidak mengeluarkan fatwa sendiri sambil menegaskan, tanggapan pertubuhan pendesak itu bahawa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 adalah tidak berasas.


Sebaliknya tegas parti Islam itu, orang Melayu kalangan ahli Umno sahaja yang tidak akan mengundi kerana unsur sabotaj dari dalam parti itu sendiri, ekoran beberapa isu seperti pemilihan calon, sebagaimana diperkatakan sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak melihat alasan orang Melayu dan mereka yang beragama Islam akan mengelak daripada mengundi hanya kerana penggunaan dakwat kekal.

“Penggunaan dakwat kekal tidak bercanggah, Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah memberi kebenaran kepada penggunaan dakwat kekal,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat partinya di sini, hari ini.

Sambil menyindir, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, “ini fatwa siapa? Fatwa Perkasa.”

“Sepatutnya Perkasa memperjuangkan isu berkaitan dengan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, bukannya mengatakan bahawa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika menggunakan dakwat kekal,” katanya.

Pada sidang media itu Mahfuz juga menggesa agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA, yang menurutnya menindas dan menjadikan kakitangan awam, yang majoritinya orang Melayu, seolah-olah “buruh paksanaan.”

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, kebanyakan ahli Perkasa merupakan ahli Umno, dan oleh itu, “saya merasakan orang Umno sendiri yang tidak akan turun mengundi kerana isu sabotaj. Bukannya orang lain.”

“Dan juga bukan kerana penggunaan dakwat kekal,” kata beliau sambil berkata keputusan itu diluluskan oleh Parlimen dan ketua Perkasa merupakan salah seorang anggota Dewan Rakyat.

“Jadi, saya tidak nampak mengapa mahu membantah penggunaan dakwat kekal,” katanya.

.... takde kerja lain... sabotaj je kerjanya

Ulasan

  1. pendekatan yang difikir dan diambil oleh Perkasa nie .. seolah-olah mereka macam LEMBU laa.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular