KHIR TERLEPAS PENJARA TAPI HILANG KELAYAKAN BERTANDING PRU-13

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi hari ini akan membawa kesnya itu ke Mahkamah Rayuan bagi mengurangkan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak.


Beliau dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Ulasan

  1. X KAN 12 BULAN JER..ALA 12 BULAN NI PUN CKP MASUK PENJARE LAST2 DIA ANTAR BALIK RUMAH DIA DUK DIAM2 DALAM UMAH HAHAHAHHA

    BalasPadam
  2. songlap duit juta-juta pn kena penjara 12 bln je...ish..ish..baguih subgguh undang2 depa buat...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular