HASSAN BOLEH SERTAI UMNO JIKA MAHU!!!

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.


“Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih,” kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

“Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu,” kata beliau lagi.

“PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka,” kata Mahfuz lagi.

“Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada partinya akan merasakan satu kehilangan jika Hasan keluar, Mahfuz berkata, “PAS pernah melalui banyak kehilangan dalam kepimpinan (sebelum ini), tetapi PAS terus bergerak.”

“Kami tidak mengejar orang, kami mempelawa mereka,” katanya lagi sambil menambah, “saya tidak meminta sesiapa meninggalkan parti.”

“Kami meminta mereka bersatu dan membangunkan parti. Tetapi jika mereka mahu meninggalkan parti, saya tidak akan menahan mereka,” katanya lagi.

Ulasan

Catatan Popular